Tempah sofa chesterfield | Iyeer.. aku akhirnya berjaya membuat keputusan yang besar dalam hidup aku, hahaha aku berani buat keputusan tempah sofa chesterfield secara online melalui IG pulak tu. Gara-gara follow hashtag #homedecomalaysia. Aku testimoni yang berjaya tempah sofa secara online dan nasib baik tak kena scammers.
Table Of Content
Bagi orang lain mungkin biasa, tapi aku ni consider orang yang agak takut takut sikit kalau nak buat pembayaran yang besar melalui kedai yang secara online atas platform IG and FB ini sebab kurang secure berbanding kita beli di kedai .
Maklumlah duit nak hado. Kalau jadi apa2 ralat tak sudahkan. Tu belum kena bebel lagi dengan abam hahaha.. takuttt.
Jual Sofa lama terlebih dahulu
Asalnya, aku dah mula rasa kurang selesa dengan kerusi yang aku pakai selama 12 tahun rasanya. Sofa tersebut aku beli di MACY, harga dalam RM2500 untuk 2+ 3 Seater pada tahun 1998. hahahah gila lama kan.
Alhamdulillah anak aku bukannya jenis conteng conteng merata, masih dalam keadaan elok.
Dan aku berjaya jual sofa lama di Carousell dengan harga RM400.00 sahaja. hurmmm untuk sofa yang beumur 12 tahun aku rasa okaylah. Dan untung sapa yang beli sofa aku tu.
Siyes untung sebab masih elok, kalau tak percaya sila tengok cerita sayangku kapten mukkhriz. Rumah aku pernah jadi location untuk drama ni huhuhu ..
Aku pernah pergi kedai perabot yang kononya aku nak beli disitu, kemudian aku tanya kalau nak mintak tolong buang kerusi aku lepas tu. dia cakap boleh.. bayar RM 50 sahaja.
EH!! baik aku cari buyer sendiri kan itulah akhirnya we all jual di carousell sahaja, lebih berbaloi.
Sebenarnya kalau aku tambah span kerusi tersebut mungkin jadi seperti baharu, tapi akhirnya aku rasa aku nak tukar rupa bentuk, warna dalam rumah aku ni. Ambik aura baru dan tema baru.
Kos untuk refurbish juga hampir sama dengan beli baru. Jadi jalan paling baik tempah sofa chesterfield
Aku sajalah nak kongsikan pengalaman ni dengan korang dan juga ini sebagai rekod diary hidup aku atas pencapaian aku menempah dan membeli secara online hheheh. Poyo… poyo
Setengah orang selamba sahaja kalau bab membeli ni. tapi Sebabnya aku ni seorang yang mesti nak ‘rasa’, ‘sentuh’ dan lihat sendiri kain dan material tersebut tambah-tambah aku bekerja dalam bidang design ni so sikit sebanyak kenalah tempias kecerewetan macam interior designer.
So here goes, my personal experience sewaktu nak beli sofa secara online sebab ramai yang tanya.
Tips sebelum tempah sofa chesterfield
- Buat study sikit, refer di IG Deko, dan pinterest untuk home deko
- Untuk pilihan warna
- Rupa bentuk
- Material
- Melawat kedai kedai perabut seperti Ikea dan SSF atau mana mana kedai
- Nak puaskan hati lagi pergilah kedai perabut yang best.
- kena ada feel tu dulu
- kena faham teknologi yang dia orang gunakan
- takda satu pun design kedai perabot yang aku pergi ada design macam yg aku share kat atas tu
- Rasa keempukan sofa tersebut
- Sofa pun ada macam macam teknologi.
- Spring pun ada bermacam jenis
- Pilihan untuk letak handle tangan kiri kanan
- Kelemahan sofa yang dulu, tempat tgn lebar jadi orang suka duduk disitu. aduhh cepat rosak
- Sebab tu kali ni hahaha, pesen no “duduk”
- Pilihan warna yang sesuai dengan tema rumah
- Ini faktor yang sangat penting.
- Kalau nak rumah nampak kemas jangan guna macam macam warna. Maximum 4 warna.
- Pilih nak warm atau cool
- Pilih IG yang dipercayai
- Baca komen komen orang dah feedback. ini sangat penting yer, scammers banyak skrg ni
- Aku amik masa 4 bulan untuk memilih tempat mana untuk mulakan proses tempahan
- Perbandingan sofa mestila apple to apple,
- Antara online dan kedai fizikal.
- Aku found out lagi murah beli secara online
Akhirnya aku decided try dengan Ella furniture
Aku nampak IG ella furniture ni dalam search function rasanya, tertengok dan terus suka pulak dengan design chesterfield modern yang dia kongsikan tu. kebetulan kena dengan warna dinding sekarang.
2 kali sebenarnya aku cuba communicate dengan ella furniture ni, pada bulan 11, 2019 dan Februari 2020. Hahah ingat senang nak convincekan husband supaya kali ni kami tempah sofa? huh payah ooo sebab laki aku ni lagi jenis fobia nak keluar duit yang besar macam ni.
Untuk orang lain maybe tak lah kan.. tapi untuk kita orang agak besar sebab banyak benda lain yang nak kena perbetul rumah yang dah berusia 17 tahun ni,kalau ada anak dah amik spm tahun ni heheh.
Paling disaster tiles rumah aku pernah pecah uolls.. stress tau
Kali kedua aku contact tu betul betul sebelum musim PKP, yang buat berani dan yakin sebab dia duduk di area Bukit jalil hahah.. so apa apa hal senang lah kan.. konon..
Aku tengok ramai yang dari negeri lain pun tempah dengan dia, camna erk derang rasa kain and material tu.
So We all jumpa di MC D equine, terus cuba paham proses dan pilih material yang we all nak.
Tawakal sungguh.
Finally tempah sofa chesterfield
As usual kenalah bayar deposit, so we all bayar Deposit separuh dari harga penuh , so total yang di transfer dalam RM1100.00, fuh .. dah sama harga tiket nak pi travel mana mana. Harga penuh dalam RM2100.00 rasanya (eh takut silap) … haha korang tanya jelah owner dia kalau nak tempah.
Kalau ikut perjanjian dalam masa 2 minggu sofa tu boleh siap. Tapi nasib tak baik, kena musim PKP. hahahhaa…
Bayangkan we all tak ada sofa tu dari bulan 1 sampailah sofa ini sampai seminggu sebelum raya. hahaha. nasib baik orang tak datang rumah masa ni, Kalau tak sebelum sebelum ni memang penuh sahaja sedara mara datang,
So kiranya sofa ni delay dekat 2 bulan lebih. Nak buat macam mana kan. Bukan salah pihak dia tapi semua orang satu dunia affected dengan musim Covid1-19 nih.
Selalu jugak contact via wassap dengan ella untuk tanya progress, dengan harapan dia tak lupa lah sofa aku. Bila dah masuk bulan puasa tu, wah dah start berdebar. Agak agaknya sempat siap ke tidak untuk musim raya nanti. Rumah pulak seperti tongkang karam sepanjang musim PKP ni disebabkan laptop penuh atas meja.
Akhirnya.. seminggu sebelum raya sofa idaman ku pun sampai hahaha. Alhamdulilalh sangat sangat puas hati dengan kualiti dan design. Kalau amik gambar semua orang pujilah. Tapi cabarannya adalah untuk pastikan sofa cerah ini kurang kotor.
Jadi based on our experience ini , korang yang teringin nak tempah sofa ni bolehlah hubungi dan lawat IG dia. Aku tak dapat komisen apa pun, tapi sebab aku puas hati dengan apa yang aku dapat. Jadi aku berani lah promote syarikat ella furniture ini. korang boleh lah contact dia disini
wasap.my/60179919930/EllaFurniture
Semangat nak deko rumah nih!
Disebabkan tak boleh nak travel dalam tempoh 2 tahun ini, so kami laki bini decide nak guna allocation yang ada untuk perbaiki dan improve barang barang rumah yang selama hari ini kami ignore jer.
Memang aku puas hati dengan keputusan tempah sofa chesterfield ini dan sebab ramai yang puji ni semangat lah nak share dalam blog ni.
Project modern wainscotting atau accent wall dah dah siap sebelum sofa ni sampai, dah beli karpet baru juga ( juga lebih 10 tahun) heheh.. next project study and work area. We all decide nak buat shiplap pula. heheh nnt kita update yer
lagi satu jangan lupa follow IG aku yang baru khas untuk rumah sahaja IG Makeover_not 13
Wahhh murah wei!!! Cantik pulak tu!
Thank you sharing. Bleh buat rujukan akan dtg 😂😂😂
fuhhhh lawa,patut laa umah jadi lokasi hehheh
Lawa lawa… Suka sofa kak! Nice colour
Nina suka design chesterfield tapi rumah Nina cinonet nau… Dah ukur size tak done so terpaksa tukar plan sofa design lain
Berkenan jugak sofa tu. Kalau shipping ke teganu ada tak agak yer..
Perghhh. Lawo bebenor ni
Memang la sofa yg dah berdekad perlu diganti baharu. Pasti cantik ruang tamu tu. Abe Kie pun jual sofa lama dlm mudah.my. Cuma beli di kedai je. Thanks. Abam Kie Biters.
Boleh share meja coffee tu.. Harga @ boleh tau beli kat mana..
saya beli di SSF. harga tak ingat haha. tapi dalam 300-500 kut