Kali kedua aku join seminar saham sebab nak mencari kekuatan untuk aktif dalam bidang saham ni, tapi kali ini fokus kepada Seminar Saham Patuh Syariah. Perasaan takut rugi tu masih menebal dalam diri aku, sesungguhnya aku bukan lah risk taker. Jadi simpanan aku boleh dikatakan agak konvensional, hanya simpanan melalui unit amanah saham ABSF, unit trust dan juga tabung haji.
Table Of Content
Aku memang minat sangat bab kewangan ni, banyak kali juga lah aku kongsikan dalam blog aku ni atas kesederan dan kepentingan menabung, pendidikan kewangan pada anak-anak. Tapi bab saham ni memang aku surrender, Aku belum mampu untuk berkongsi dengan reader selok beloknya. Tapi aku nak kongsikan ilmu apa yang akan korang dapat jika berada bersama dengan aku.
Bila tak mampu, kita kenalah mencari kan!
Seminar Saham patuh syariah
Penting untuk aku fahami berkenaan patuh syariah nih, dan aku sendiri memang concern bab-bab ini walaupun tahap ilmu agama aku tu tidaklah tinggi sangat tapi ini asas dalam kehidupan orang islam haihh.. kalau tidak, kita ni jatuh makan benda haram kan jadi darah daging kita pulak tu. Jangan buat memain. Jangan terjah sahaja.
Kenapa aku betul semangat untuk datang kali kedua, sebabnya aku ingin mendengar pula pendapat dari ustaz ustaz berkenaan hukum hakam pasal saham. Disebabkan malas nak fikir pasal bab ini, aku hanya laburkan wang aku di unit trus yang mempunyai manager menguruskan kaunter saham patuh syariah. hehehe kerja senang.
Tapi aku tetapkan dalam hati, apa kata aku datang seminar ni dengan berlapak dada. Dengar pula perspektif labur saham patuh syariah sendiri.
Berbalik pada kisah ustaz-ustaz tersebut. Wah rupanya mereka pun bukan calang calang orang, mereka pun telah lama melabur berkat bimbingan tuan haji ashaari academy. Untung lah kan ! nanti aku kongsikan satu persatu ilmu yang aku dapat pada event tersebut,
7 RM Rules
Menurut Tuan haji Ashaari, ada 7RM Rules yang penting dan perlu di terapkan dalam trader atau pemain saham ni
- Right mindset
- Right market
- Right meaning/moat
- Right management
- Right market price
- Right moment
- Right money management
Nampak macam senang kan, tapi semua tu berkait. Secara teori dan konsep memang aku boleh hadam, nak praktikan tu heheh mungkin lelah sikit. Ingat senang ker… hahaha tambah-tambah tak cukup ilmu didada
2 benda penting perlu difahami mengenai Saham
CEO bursa saham pula menekankan 2 benda yang paling penting.
- Disiplin dalam trading : Act or behavioural according set of rules
- Psikologi dalam trading : objective & Strategy perlu ada kenapa kita mahu membeli dalam sesuatu kaunter tersebut. Psychology of trader need to be trained. Optisimis Vs Pesimistik
haa mendalam sangat kan. Paling tertarik Ceo bursa saham cakap perihal prinsipal Vs Degilism. Dimana kita perlu tahu bila untuk membeli dan bersedia untuk menjual. Kalau ada ilmu yang kukuh pasti akan dapat akan membantu kita membuat keputusan.
Setengah orang Degil kerana decision making disebabkan oleh emotion. Jadi sebagai trader kita perlu tahu untuk kawal emosi kita, supaya tidak terlalu tamak atau pun takut.
4 prinsipal of trading
- Fundamental
- Charting
- Technical analysis
- Gut feel
Yang aku faham dari kata kata CEO bursa saham ini, kita perlu memahami dan pelajari ilmu ilmu charting dan sebagainya dengan lebih mendalam contohnya kelas yang sering di adakan oleh Asri Ahmad Academy.
Janganlah sembrono orang kata. Kelak kita yang rugi.
Betul sangatlah kan, zaman digital ni semua diatas talian tapi tidak sama jika duduk berguru dengan sifu yang pakar dalam bidang ini.
You are not the universe but the whole trader create market universe
Sessi forum Saham Syariah bersama ustaz
Berkonsepkan forum, 3 figura hebat dalam agama dan tuan haji Asri sendiri mengupas dan membincangkan dan berkongsi pengalaman berkenaan saham dan perpektif islam. Ustaz husni, ustaz syed norhisyam, ustaz haslin memberikan hujah hujah yang bernas berkenaan saham syariah ini.
Memang membuka mata dan aku sampai rasa terkesima, betapa kita ni masih jauh ketinggalan,
Betulkah orang Islam tidak perlu kaya, bersederhanan dan zuhud ? Menurut ustaz hazlin Berdasarkan hadis tersebut sebenarnya tidak tepat, mereka tidak menafsir keseluruhannya. Orang Islam sebenarnya perlu menjadi kaya sebab untuk membantu orang islam yang lain pula.
Dan kita perlu kaya dengan niat untuk membantu orang lain, dan caranya adalah melalui pungutan zakat .
ketiga, Ilmu perlu senantiasa berkembang, terutama dengan bidang IT dan dan Tecknologi. Apa yang yang kita capai perlu lah melalui proses, kita perlu mempelajari benda baru dan dapat memberikan impak kepada kita
Allah tidak akan ubah nasib umatnya melainkan dia berusaha sendiri
Info lain yang menarik di Seminar Saham patuh syariah
- Mengikut pengarah MITI, dalam senarai 40 orang kaya di Malayisia tidak kurang dari 10 orang adalah bumiputera. Sangat sedikit!
- Dalam dasar ekonomi baru bumiputera diberi equity 25% tapi malangnya hanya 4% sahaja dicapai
- 30 jun 2016, 5 juta CDS di keluarkan tetapi hanya 240,000 atau 4.8% sahaja milik bumiputra
- Perkongsian menarik dari CEO MyFindb,com menggunakan mesin artificial intelligent dalam membantu pemilihan saham yang sesuai.
- Pelaburan Saham adalah “wang lebihan” yang kita ada, bukan duit pinjam!
- Ustaz huzni dari Lembaga Zakat menekan kan bermula lah dengan sedekah untuk terus capai kejayaan
Maklumat lanjut Seminar Saham patuh syariah
- Address : ASRI AHMAD ACADEMY SDN BHD NO.13-1, Prima Samudera, Jalan Samudera utara 11, 68100 Batu Caves Selangor.
- HUBUNGI : 017 – 6600570 / 016 – 4660690
- EMAIL :events@asriahmadacademy.com
- WEBSITE :www.asriahmadacademy.com
- FACEBOOK :HJ.MOHDASRIAHAHMAD
Doakan aku untuk istiqamah untuk memulakan langkah dalam bidang saham ini.
Ai takut main saham. Takut rugi.
Hahhaha samaaa laaa
Arwah suami Dura cukup minat saham2 ni.. tapi xpnh ada peluang nak belajar.. kalau dia ada, mesti dia suka dgr info cenggini
Bagusnya info ni..nak tau lg detail boleh pergi seminar mcm ni..
tak berapa nak faham sgt saham2 ni ,mmg kene masuk seminar,course untuk betul2 fahamkan. barulah pakcik kayo 😀
Saham-saham ni kena pergi seminar macm ni paham la nanti..bgus sangat dibuat seminar mcm ni
Perkongsian yang menarik.. Hihihi
Dulu dengar pasal Saham ni..minat sangat tapi tak tahu nak buat macam mana… kena pergi seminar juga barulah nak paham…ahahahah
Betul tu..nak trader saham kena berani. kena cari ilmu. kena berdisiplin..
Dah register kelas advance ke ni?
dah register kelas advance ke ni