steamboat dan grill D’kayangan | Semuanya gara gara dilla dok share dalam blog dia makan di D’kayangan Steamboat Shah alam. Selalunya aku hanya makan steamboat di restoran Johnnys. Tapi tetiba bulan puasa ni teringin pulak nak makan di tempat yang buat buffet steamboat dan grill serentak. Heheheh bulan puasa ni tahulah kan.. nafsu nya lain macam sikit . Semua nampak sedap.
Table Of Content
Tapi… bila pergi Pasar ramadhan tak berapa nak bukak selera. So bila dapat jemputan berbuka puasa bersama geng blogger yang lain, waah.. teruja sebab beza dari hari hari lain berbuka puasa. Dapat jugak merasa makan kat sini.
Lately ni memang tak berapa kuat makan sangat, buka puasa pun hanya satu bekas laksa/mee dan kuih seketul plus Air. Entahlah… dah makin berumur ni kurang sikit nak bernafsu makan. Kalau pergi ke pasar ramadahan tu tak lebih Rm30 untuk family. Heheheh kalau ikut kata kawan kawan yang lain kira ni bajet abis. Tak niat pun nak bajet,, nak kontrol makan pun yer juga… tu yang potong sikit bab makan ni kan..
BACA : Makan best di KL & Selangor
Lokasi steamboat dan grill D’kayangan
So back to kisah di D’Kayangan Steamboat, mulanya agak tak berapa tahu kawasan ni. Rupaanya berdekatan Giant Shah alam. Kebetulan bulan puasa nih dapat balik awal, so pukul 4.30 terus redah ke Shah alam. Alhamdulilah dipermudahkan jalan ke sana dengan iman. Pasang jer waze, cepat jer sampai. Dalam kul 5.00 pm dah sampai. Lega. Masuk shah alam bulan bulan posa ni tahulah.. jem ya amat.
Tapi disebabkan we all sampai awal, so biarkan shj iman tidor dalam kereta. Letih puasa katanya. So parking pun senang. Sekiranya you all tak nampak, you all cuba cari tupai tupai restoran di situ. Kiranya betul betul opposite restoran tupai tupai ni.
Kul 6 petang ramai yang dah start sampai. So apa lagi gerak iman bangun, terus masuk ke dalam restoran tu. Tu diaaaa.. tengok stok utk steamboat dan bbq punyalah banyak. hahahaha rasa tak termakan ni. banyak nau nau, takpe kita rasa sikit sikit
Restoran D’Kayangan Grill & BBQ Steamboat Buffet
Buffet Ramadahan :
Bermula dari 22 May 2017 sehingga 23 June 2017
TIPS
- Surau juga disediakan, korang jangan risau. Tapi apa aku buat.. hehhe amik wudhu siap siap, lepas tu bukak puasa dengan air segelas lekas lekaslah pergi surau sebelum orang ramai.
- Makan buffet jgn terus amik nasi, nnt tak boleh masuk yang lain
- Jangan Pulun air banyak. nnt perut dah kembung kan dah tak boleh makan yang lain
Pelbagai Pilihan makanan
Pilihan steamboat and grill tu pun punyalah byk, lebih dari 40 jenis seafood, ayam, daging, ikan, fish ball, sausage, plus with perapan yang pelabagai seperti black paper, masak hitam, rempah and lain lain.
Tak pasti hari biasa bagaimana, tapi bulan puasa ni nampak gayanya pilihan makaanan banyak jugak tuk harga buffet RM45.00 ni. Sebab ada nasi dengan lauk pauk yang pelbagai, kerabu pun dah macam macam jenis. Nasi Beriani kambing pun ada you alls. Tapi kita orang rasa sikit jer sebab hahahah nak pulun makan steamboat buffet.
Haa nak suruh korang rasa koay teow goreng. Yang ni memang sedap korang. Aku and iman ulang makan beberapa kali, sebab portion memula tu amik sikit.. pastu.. ” eh.. sedap lah pulak.. hahahah” kan dah kena tambah.
Dah abis makan, budak iman tu apa lagi pulun makan aiskrim, buah buahan dan rojak buah. Air pun banyak pilihan. Kalau korang jenis suka makan kuih, jangan risau banyak juga kuih kuih disediakan.
Kita orang lepak kat situ sampai kul 9.30 mlm rasanya. hahaha kalau dah ramai ramai berjumpa sure lah macam macam cerita yang keluar kan .
Rasanya nanti lepas raya nak datang lagi, nak ajak abam datang sekali sebab pada hari yang sama abam ada event berbuka puasa dengan anak yatim di TPC kuala lumpur.
BACA : coffee societe juga sediakan juadah berbuka puasa
terasa sedapnya.. teringin nak pegi balik
dr thn lps tringin nak g, x pegi2 lg. hehe
haaa hari biasa murah sikit kut kan
Saya pernah buka puasa kat sini last year.. From my point of view, tempat ni crowded, ramai sangat org… Maybe sebab sy ni tak suka tempat crowded, so saya tak prefer dah tempat ni.. Tapi makanan dia not bad lah, sedap jugak
haa agaknya sbb dia pasang khemah kat luar tu… kali ni pergi mcm lapang juga
lama rasanya tak makan steamboat ni
mai kl boleh makan kat sini kaan
Ai peminat steamboat, nanti nak cubalah jugak makan kat sini.
adoiii terliur dah nii hihihi
memang sedap,dari bujang sampai dah ada anak suka makan situ.
sedap sgt tu sampai repeat 2x kuew teow..
kalau dekat mmg kena singgah ni
tengok sup tonyam pun terliur dh ni.
Sedapnya , godaan betul seafood2 tu semua
Sedapnya , godaan betul seafood2 tu semua
Aduyai… menyelerakan sungguh!
Teringin nak tengok Rupa char kuey teow yg dak ilman tambah 2x tuuu
haaa tu laa.. mmg sedap…..