Korang tahu tak, bila masuk umor 40 an kita akan diberi voucher untuk buat full check up oleh perkeso. Rasanya tidak semua orang tahu bab ni, or maybe tahu tapi malas ambik tahu. Sebab aku ada test dengan kawan kawan aku ramai buat tak endah. Eh aku dengar ada Medical Check Up kesihatan melalui satu program yang dikenali sebagai Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS). Agenda ini diluluskan oleh Kementerian Kesihatan pada Ogos 20222
Table Of Content
- Pemeriksaan percumaan dengan voucher Perkeso
- Pemeriksaan percuma dengan HUKM
- Apakah yang dimasudkan dengan Full check up.?
- Testimoni dari orang yang rapat dengan aku pergi buat full medical check up
- 1. Kakak aku tetiba dapat tahu masalah jantung
- Kos perubatan untuk rawat jantung
- Suami selalunya degil nak buat check up kesihatan kan
- Kawan sekolah sebaya (45 tahun) buat check up jantung selepas ayah kena heart attack
- Rakyat kita suka ambik mudah
Nanti korang cari tau info ni.
Aku nak share kepentingan buat full medical check up untuk kita semau
Pemeriksaan percumaan dengan voucher Perkeso
Banyak jugak yang spesis yang tak kisah. Kalau dapat tu percuma pergilah weh, free jer tu. Bawak badan sahaja pergi ke hospital.. Aku rasa sesiapa yang ada mencarum socso memang boleh dapat voucher ni.
Cuba korang check kat https://sehat.perkeso.gov.my/v2/ Â hanya masukkan ic sahaja.
Macam aku, aku kerja di syarikat Semi gomen. So masa aku masuk umor 40 company aku pun ada offer untuk buat full check up. Rasanya Value dari RM600-RM1000.
Tahun ni aku dah dapat juga voucher ni dari perkeso dan bercadang nak buat selepas raya, sebabnya aku dah buat full check up pada Dec 2016 under HUKM.
FREEE!!
Pemeriksaan percuma dengan HUKM
Aku lupa program ni. Aku dapat wassap yang mengatakan ada pemeriksaan percuma di HUKM. We all call dan beramai ramai pergi. Untuk orang berumur 35-65 tahun.
Barang Free jangan dilepaskan
Baca : Kurus untuk sihat bukan untuk cantik sahaja
Rasannya setiap 4 tahun sekali derang akan panggil. Actually ini adalah sebahagian dari ‘study” pihak HUKM untuk kaji pattern pemakanan dan tahap kesihatan rakyat malaysia sebab terpaksa spent masa dekat 1 hour untuk interview session. hehe okaylah kan… win win situation.
Tapi aku nak habaq, yang ramai datang ni aku tengok auntie dan uncle chinese. Korang paham maksud aku kan?
So far result aku semua normal. Cuma kali ni takder stress test cuma ada ECG untuk kaji tahap jantung.
So macamana cara buat medical check up?
BACA : 10 INFO PENTING COVID19 KALAU KORANG POSITIF
Apakah yang dimasudkan dengan Full check up.?
Haa memang betul betul full lah.. dari ambil air kencing, ambil darang, check paru paru, check jantung, and macam macam lagi. Kalau kita pergi farmasi ataupun klinik, normally kita haya dapat check darah dan air kencing yang mana akan di bawa kepada lab untuk test dengan lebih terperinci.
Tapi masih ada kekurangan sbb tak dapat check paru paru, jantung, dan juga kanser. Tapi sekurang-kurangnya korang ambik juga langkah untuk buat full medical check up kan. cuma baru baru ini bila aku sakit plantar facitis merasalah aku masuk dalam mesin MRI yang mahal tu.
Walaupun hanya sakit tumit, Doktor nak pastikan tiada ketumbuhan tulang kesan dari sakit aku tu. Setengah kawan sampai kena stage operate yer, dan setengah orang sanggup tahan sakit dari kena operat. Aduh!!
Seeloknya setiap tahun kita buat check kesihatan ni. Aku nak share beberapa kes di kalangan kawan kawan dan family. Yang mana test sebegini dapat membantu kita kenal pasti penyakit dengan lebih dekat.
harga medical check up di klinik swasta 2021 dari dahulu sehingga sekarang pastilah berubah tinggi, sebab tu korang jangan lupa buat insurans
Testimoni dari orang yang rapat dengan aku pergi buat full medical check up
1. Kakak aku tetiba dapat tahu masalah jantung
Selalu kami bincang bab kesihatan dalam wassap keluarga. Kebetulan suami kakak aku ni asyik pengsan, so we all suspect ada jantung. So atas inisiatif tu lah, kakak aku pun buat full check up sebab ada beberapa simptom yang agak menakutkan seperti mudah berpeluh dan cepat penat..
So pada hari ambik result dr dapat satu abnormalities dalam bacaaan stress test. Stress test ini dimana badan kita akan diletakkan wayar wayar khas untuk mengesan pergerakan kita sewaktu berlari. Dan ianya ada peringkat2 peringkat tertentu.
Nampak gayanya bacaan jantung tak berapa cantik dah perlu melalui angioram kalau kita nak tahu blockage nya di mana.
Kos perubatan untuk rawat jantung
Malangnya insurans kakak akut tak cover angiogram ni yang bernilai RM7000.00 dan sekiranya betul, kenalaah buat angioplasty yang mungkin bernilai RM10,000 -15,000 untuk 1 stent.
Sebab tu penting kalau cari medical insurans yang betul, cuba korang tengok AXA medic Card. Aku rasa banyak jugak membantu
kakak aku terpaksa amik perubatan secara alternatif selain kawal pemakanan. Itu sahaja pilihan yang dia ada. tetapi syukur sekurang kurangnya selepas buat full check up dapat detect ada masalah tersebut.
Suami selalunya degil nak buat check up kesihatan kan
Ini kisah suami aku sendiri. Lately memandangkan banyak kisah kawan kawan yang kena sakit jantung. Timbul kesedaran untuk buat full check up pada tahun ini . Sebenarnya suami aku ni ada buat check up pada 2 tahun lepas. Alhamdulillah pada masa itu memang cantik lah semuanya walaupun dia confirm ada darah tinggi.
Tapi bila menginjak umur 45 tahun, keputusan full check up ini pula menunjukkan bacaan pada skala 8 ! Sangat tinggi.. memang sangat tinggi. normal adalah pada skala 5.
Terasa diri ini tua, bila kita dapat tahu penyakit penyakit ini. Badan tidak sekuat dulu, dan perasan muda hahha. Gara-gara nak naik basikal MTB dah patah pulak collar bone pada tahun 2019. Aduss cari penyakit namanya.
Tapi syukur alhamdulillah, bila kita buat full check up sebegini sekurang- kurangnya kita tahu.
Sekarang tengah jaga kontrol pemakanan suami aku. Yang sebenarnya we all hantu seafood. hahah.. maklumlah pasar borong dekat jer ni ha… asyik asyik beli ketam, sotong udang.
Sekarang banyak masak masakan yang ber grill, kurang minyak, dan juga pengambilan Vita BG35 dan juga nak amalkan arabic gum.
BACA ; PENGALAMAN VAKSIN DI PWTC
Kawan sekolah sebaya (45 tahun) buat check up jantung selepas ayah kena heart attack
Kisahnya kawan aku sebelum ni bekerja di O&G negara yang terkemuka. 2 tahun sebelum kejadian dia dapat detect blockage pada awal tahun ini, result semua nya cantik jer. Tak ada masalah lansung.
Tapi selepas ayah kawan aku ni meninggal disebabkan sakit jantung, so ahli keluarga semua pun pakat pakat ajak pergi buat check up. Asalnya kata kawan aku ni, sebab 2 tahun lepas okay sahaja. so maybe tak payah buat.
Tapi adik beradik yang lain macam paksa juga buat so dia pun panjatlah ke IJN untuk executive health check up. Masa ni dia dah bekerja sendiri, nasib baik dah ambil insurans. jengjeng… rupanya dia ada 2 blockage di bahagian kiri. Haa.. bahaya weh.
Syukur dia dengar suggestion family untuk buat full check up.
Total kos untuk semua tu di IJN katanya RM42k, dan nasib baiklah walaupun dia bukan lagi bekerja dia Petronas, nasib baik syarikat isteri dia cover.
Korang bayangkan kalau tiba tiba kita perlu melalui prosedur begini, mana nak cari duit?
Rakyat kita suka ambik mudah
Alkisahnya bila sembang dengan kakak aku yang berumur 55 tahun dia pun tak pernah pun buat mamogram ataupun papsmear, nampaknya kesedaran agak kurang. Adui itu yang kita tahu tiba tiba sahaja kawan-kawan atau sedara pergi meninggalkan kita tanpa sebarang tanda tanda.
Setengah orang pula berpendapat, lebih baik jangan tahu. Nanti terus tiada motivasi dan akan bertambah sakit. Aduh yang ini aku tak boleh nak kata apa dah. Tak boleh paksa.
Tapi dalam famili aku sendiri ada abang kakak aku yang lebih prefer untuk pilih jalan ini. Lebih tenang katanya
Bagaimanapun pun banyak jer hospital yang ada buat full medical check up. Contohnya IJN nih. aku buat artikel ni dalam tahun 2018. Kalau nak tau harga full medical check up di klinik swasta mungkin boleh visit website dia orang
Terpulang lah kan.. tapi bagi aku, anak masih kecik jadi aku perlu senantiasa mengambil langkah berjaga-jaga. Sekurang kurang kita berusaha terlebih dahulu. Ye dak..
BACA : Akhirnya Aku buang lump di Belikat
Jom kita jaga kesihatan dan ambil tahu pasal tahap kesihatan kita .. Boleh jer nak makan apa pun tapi kenalah bersederhana. tapi kalau confirm dah gout or darah tinggi tapi still makan benda yang tak boleh heheh., cari nahas namanya.
Thanks Azni for sharing. Nany last time buat check up pun dah lama…I think 4 years ago kot. Tapi yang tuh pap smear ajer. Huhuhu…kena buat juga ni nanti.
dah risau juga bila dah berumur 40 an..
semakin pertengahan umur..
tak macam orang muda-muda lagi
Faktor pemakanan pada masa kini, kena ambil langkah berjaga jaga.. Utk diri kita dan insan tersayang.. Meh singgah ke blog saya http://www.mirahamzah.com
betul.. untuk orang yang tersayang.
Bagus betul full check up ni ya..boleh berjaga2 lepas buat ujian.. Huu takut juga tu kalau result tak cantik 😅
Memang penting buat full edical check up ni, tak kiralah umur berapa pun, sebab sekarang makin ramai orang muda kena penyakit degeneratif ni. Semoga kita semua sihat-sihat selalu..
Macam mana nak guna voucher ni???da buat ujian apa ye???
kalau berdaftar dengan socso akan dapat.. cuba check ikut link yang i share tu