Taksir Zakat | Lembaga Zakat Selangor melancarkan bulan Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu” bermula 15 Jun hingga 31 Julai 2022 . Tujuan kempen ini diadakan semestinya untuk menggalakkan rakyat Malaysia berzakat dengan taksiran junmlah yang betul.
Table Of Content
Paling menarik kempen Jom Taksir Zakat juga menawarkan hadiah menarik untuk penyumbang zakat tetapi mestilah mengikut peraturan tertentu seperti yang dikongsikan dibawah.
Apa Itu Taksir Zakat ?
Takzir zakat bermaksud mengira anggaran zakat yang perlu dibayar. Ada yang hanya tahu Zakat fitrah yang dibayar setiap kali bulan syawal sahaja tetapi tidak pernah melunaskan tanggungjawab zakat pada bahagian lain yakni Zakat harta
Zakat Harta pula ialah zakat yang dikenakan ke atas harta-harta tertentu dan boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta.
Zakat harta terbahagi kepada beberapa jenis :
- Zakat Pendapatan
- Zakat Perniagaan
- Zakat Wang Simpanan
- Zakat Pelaburan
- Zakat KWSP
- Zakat Emas
- Zakat Tanaman
- Zakat Ternakan
- Zakat Saham
Ini bukan kali pertama aku support Lembaga Zakat Selangor untuk memberikan kesedaran kepada orang Islam untuk menunaikan zakat.
Entri Zakat sebelum ini
- Bank Islam pemudahcara untuk pelanggan menunaikan zakat
- Bayar Zakat Secara Online dengan Bank Islam
- Adakah simpanan kita wajib dizakatkan ?
- Bayar zakat fitrah secara Online sahaja, Teknologi dah mudahkan urusan kita
- Lega dah tau cara kira Zakat ASBF
- Tambah Caruman Zakat Jom!
Kenapa takut berzakat? Kita menunaikan sebahagian rukun Iman kita, dan yang penting besar manfaat yang akan kita perolehi.
Selain daripada harta kita disucikan yang penting juga Zakat boleh rebate untuk Cukai pendapatan.
Untuk mereka yang ingin membuat taksiran zakat pendapatan secara online boleh berbuat demikian di https://www.zakatselangor.com.my/zakat-pendapatan/
Selain website, lagi kemudahan yang disediakan oleh LZS untuk mentaksir zakat ialah dengan memuat turun aplikasi Zakat Selangor di App Store atau Play Store.
Kempen Jom Taksir Zakat
Sempena kempen Bulan Jom Taksir Zakat ini, PIhak Lembaga Zakat Selangor menawarkan hadiah
- Terbuka kepada semua warganegara Malaysia KECUALI warga kerja LZS.
- Untuk menyertainya, peserta hendaklah mematuhi peraturan berikut:
- Kelayakan menyertai cabutan pemenang kempen Jom Taksir Zakat:
- Peserta perlu layari jom.zakatselangor.com.my atau imbas kod QR dan muat turun Aplikasi Zakat Selangor di Play Store atau App Store.
- Sila log masuk dan membuat taksiran jenis-jenis zakat harta.
- Peserta perlu tekan butang simpan sebagai bukti taksiran dan komitmen penyertaan.
- Membuat bayaran zakat harta di mana-mana saluran bayaran yang disediakan oleh LZS termasuk ejen-ejen LZS yang bertauliah.
- Tiada had minimum bayaran zakat yang ditunaikan.
- Setiap peserta berhak untuk mendapat satu cabutan sahaja.
- Kelayakan penebusan baucar selepas Taksiran Zakat:
- Peserta perlu layari jom.zakatselangor.com.my atau imbas kod QR dan muat turun Aplikasi Zakat Selangor di Play Store atau App Store.
- Sila log masuk dan membuat taksiran jenis-jenis zakat harta.
- Peserta perlu tekan butang simpan sebagai bukti taksiran dan komitmen penyertaan.
- Tangkap layar bukti taksiran dan tunjukkan di mana-mana cawangan LZS berdekatan.
- Kelayakan menyertai cabutan pemenang kempen Jom Taksir Zakat:
Objektif
- Mendidik dan mengajak umat Islam di Selangor mengira sendiri zakat dengan lebih mudah dan tepat.
- Memberi kesedaran untuk taksiran jenis-jenis zakat harta.
- Membentuk sentimen minda masyarakat untuk membudayakan taksiran dan bayar zakat setiap tahun.
- Menggalakkan kaedah taksiran yang menyeluruh agar jumlah yang dizakatkan lebih tepat.
- Menganjur dan mempelbagaikan aktiviti menarik di sepanjang tempoh program berlangsung.
TALIAN ZAKAT SELANGOR
1-300-88-4343
Isnin – Jumaat : 8:30 pagi hingga 5:30 petang
Rehat Jumaat : 12:15 petang – 2:45 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : TUTUP
ZAKAT adalah sebuah ibadah maliyah yang diwajibkan ke atas seorang Muslim – mengeluarkan hartanya dengan kadar dan syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan telah ditetapkan oleh agama.
Ibadah ini telah disyariatkan sebelum ibadah puasa diwajibkan iaitu pada tahun kedua setelah Nabi Muhammad saw berhijrah ke Madinah.
Kesan pelaksanaan zakat bukan semata-mata dilihat dari sudut keperluan memenuhi perintah agama. Namun, ia dapat memberikan kebaikan dan kesan positif dalam diri individu, masyarakat dan negara. Sangat besar !
Yakinlah apa yang disarankan oleh Nabi Muhammad saw yang terbaik untuk umatnya.
No Comment! Be the first one.