Sinopsis Jodohku Babysitter | Kisah tentang Adam duda anak tiga setelah bercerai dengan bekas isterinya, Ika yang curang dengan kawan baik Adam iaitu Amri. Sedih dan sakit hati dengan bekas isterinya, Adam bercadang tidak jatuh cinta lagi dengan perempuan lain tetapi kehadiran Adel yang menjadi pengasuh kepada anak-anaknya telah merawat luka dihati Adam dan anak-anaknya.
Table Of Content
Cinta pandang pertama? Karut!
Janda Adam – Ika
Bila tamak dan tak puas hati menguasai hati, ada saja salah dicari. ika, dah ada suami yang baik, ada anak tiga orang yang comel tapi sanggup curang dengan lelaki lain. tapi, kesalahan tetap diletakkan pada adam.
Kerana ini lah adam jadi phobia untuk berkahwin lain. hak anak-anak dapat padanya. ika pun tidak dibenarkan oleh amri untuk membela anaknya. Mengandung pun tak dibenarkan dengan alasan tak bersedia. suami apakah ini?
Adel si babysitter
Adel muncul sebagai penyelamat menjaga anak-anak adam bila puan halijah ke tanah suci. walaupun pada mula adam tak yakin kerana penampilan adel yang seperti lelaki tapi bila melihat kemesraan anak-anaknya, dia mula senang hati. dan, entah kenapa, hatinya pun berdetak. sesuatu yang aneh.
keganasan rumah tangga adakala kerana sikap suami isteri itu sendiri. isteri yang kuat melawan dan suami yang tak jujur. penulis Cik Nureen Ahmad bijak selitkan permasalahan rumah tangga. lupa pula, adakala juga angkara ibu bapa sendiri. suka benar campuri urusan. sepatutnya beri nasihat sewajarnya bila anak-anak dilanda masalah, bukan cucuk jarum.
kasih sayang ini sangat berahsia, kan? belum tentu selamanya milik kita
BACA : Tarik aku ke syurga
Akhirnya Jatuh cinta kali ke 2
Bagi Adam untuk jatuh cinta buat kali kedua itu sangat mustahil. Namun, tak siapa menduga, Adam akan terpaut hati pada babysitter anak-anaknya sendiri. Babysitter tomboy pula tu. Limited editoin!
“Walaweh, ni rumah ke zoo?” – Adel
“What? Zoo? Amboi baru mula kerja dah nak membawang?” – Adam
Adel benci bila sering dibuli oleh Adam. Hendak melawan lebih-lebih, bimbang dipecat pula. Penat sudah untuk dia bertukar ganti kerja. Akhirnya, Adel terpaksa merelakan saja sikap sewel Adam itu.
“Garangnya bibik. awak tertelan sarang terbuan ke apa ni? Marah sangat.” – Adam
“Encik ni memanglah, wayar putus.” – Adel
Kuasa Allah tiada siapa dapat menyangkal. Daripada perasaan benci, kini perasaan itu berbalik menjadi cinta. Dalam mereka menghintung hari untuk disatukan, Adel mula curiga dengan perubahan Adam. Namun, Adam pantas memujuk. Membuatkan hati Adel kembali sejuk.
Mahligai yang terbina, awalnya sangat membahagiakan. Sehinggalah ‘satu rahsia’ yang menjadi tanda tanya dan titik permulaan curiga Adel terhadap Adam. Eh makin menarik pulak Sinopsis Jodohku Babysitter ni kan. Jangan lupa nonton yer
Info Drama Jodohku Babysitter
- Episod: 20
- Tarikh Tayangan: 2022
- Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
- Rangkaian: MegaDrama Astro Ria
- Pengarah: Hadith Omar
- Produksi: Juita Viden Sdn Bhd
Para Pelakon Sinopsis Jodohku Babysitter
Pelakon: Aliff Aziz, Intan Najuwa, Yuna Rahim, Ellyas Abdullah, Natasha Elyzza, Sharifah Shahora, Nina Juren, Isaac Iman, Tayha Nazira
Watak Pelakon
Aliff Aziz sebagai Adam Farhan
Intan Najuwa sebagai Adelia Faranisa
No Comment! Be the first one.