Bolehkah Beli Rumah Waktu Gawat ? huhuhu seram

Bolehkah Beli Rumah Waktu Gawat ? tambah pulak beli rumah selepas pandemik COVID-19 ni . Harga rumah bukanlah sejenih benda yang cepat turun pun, malah harga tak masuk akal pun ada. Seriau bak kata orang Perak. So nak beli ke tidak ni ?, ini yang selalu bermain difikiran kitakan.

Kalau tahun 2000, aku beli rumah 2 storey dalam RM168k untuk keluasan 20×65, tapi untuk tahun 2020 anak sedara aku beli rumah subsale dalam RM480k dan RM560k. Malah salah seorang anak sedara aku beli rumah baru di Eco Majestic yang memang terkenal dengan landskap yang sangat menarik dalam RM680k.

Aduh seram huhuhu

Tapi apa boleh buat, rumah tetap kena beli. Takkan nak menyewa sampai tua?

Bolehkah Beli Rumah Waktu Gawat

Faktor umur sewaktu beli juga memainkan peranan sewaktu pembelian rumah. Aku beli rumah sewaktu umur 28 tahun dan settle pembayaran dalam umur 40 tahun dengan teknik reduce prinsipal menggunakan wang EPF. Aku memang target nak settle hutang awal dan hidup tenang di usia 50an

Harapnya anak anak saudara ada strategi nak setelkan hutang rumah tu secepat mungkin, sebab kalau tiba-tiba nasib tidak baik putus punca pendapatan adui memang naiya.

Pengalaman laki aku kena MSS baru-baru ini menyebabkan kami bersyukur sangat tak ada hutang rumah pada masa itu. Semua boleh jadikan? PIkis salah tak pikir salah. Ini kira worst scenario yang mungkin boleh berlaku untuk kita so kena ada Plan A, B dan C

Jadi persoalannya Bolehkah beli rumah waktu gawat ?

Ramai yang tanya soalan ini, malah ada sifo yang galakkan beli waktu gawat begini. Apa kata kita dengar apa yang orang berpengalaman kongsikan.

Ini pandangan sifo Azizul Ali yang banyak menulist tentang hartanah

14 info penting bolehkah Beli Rumah Waktu Gawat

  1. Elakkan beli rumah dalam pembinaan, di bimbangi rumah tak siap. Krisis 1997-98 ada lebih 500 pemaju yang bankrupt. Krisis kali ini lebih luar biasa sebenarnya. (Mohon maaf sahabat ejen REN sekalian).Bank yang bagi biaya pun nak tutup, apatah lagi pemaju yang pinjam duit mereka.
  2. Belilah dari pasaran subsale. Rumah dah siap dan boleh duduk terus selepas urusan selesai. Tak risau terbengkalai.
  3. Cuba cari hartanah bawah harga pasaran antara 20-30% jika dapat. Jika nilai turun lagi setidaknya kita selamat.
  4. Maksimumkan tempoh pembiayaan dan pembiayaan bank. Ini bertujuan agar bayaran bulanan kita rendah setiap bulan dan kita tak rasa terbeban bayar hutang rumah.
  5. Pilih bank yang bagi value tinggi. Semak dengan beberapa bank, berapa nilai hartanah yang kita nak beli. Makin tinggi nilai bank itu bagi, disitu kita buat pembiayaan.
  6. Jika nilai tinggi, sikit duit kita kena keluarkan waktu membeli.
  7. Beli rumah yang ada potensi pelaburan, jika kita kena pindah atau dibuang kerja. Kita boleh jual pada nilai yang lebih baik.
  8. Beli rumah yang bayaran bulanan lebih rendah dari sewa. Jika kawasan itu sewa RM1200 sebulan. Beli rumah yang bayar ansuran bank hanya RM1000 sebulan. Ada caranya .
  9. Mana ada rumah macam tu? Cari di website hartanah dan berkawanlah dengan semua ejen hartanah. Mereka ada banyak senarai ‘rahsia’ penjual terdesak rumah.
  10. Ejen saya pernah tawarkan rumah 40% dibawah harga pasaran.Beli bila bersedia, jika kerja belum stabil dan gaji masih kecil. Tak salah menyewa, biar lambat asal selamat. Jangan terburu beli dan terlelong nanti.
  11. Jangan teruja dengan tawaran pemaju beli rumah tanpa modal bagai. Semua modal dah masuk dalam loan kita, biasanya nilai rendah dari harga jual.
  12. Semakin kita teruja dengan cashback yang dapat, semakin besar hutang dan koyak DSR kita untuk masa depan. Selamat berjuang kawan!
  13. Jangan ada impian tunggu dan lihat saja, beli rumah harus bermula dengan menabung. Jika tabungan tak ada dan ada orang ajar beli rumah tanpa modal. Bersedialah untuk hidup merana.
  14. Rumah tetap sebuah keperluan asas manusia. Lambat atau cepat kita tetap perlu membeli rumah juga.

Dalam krisis akan ada banyak peluang. Bersediakah kita? Jadi timbang-timbanglah Bolehkah Beli Rumah Waktu Gawat ini. Kaji semua betul betul terlebih dahulu

Apa -apa pun Belajarlah uruswang dengan bijak

Add Comment

error: Content is protected !!