Erti Sedekah Credit : dari sumber facebook Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)
Table Of Content
Sangat tertarik untuk membaca kalau bab bab sedekah nih. Makanya saya rasa perlu untuk simpan info ini di blog untuk tatapan sendiri dan semoga semuga pembaca pun dpt manafaat bersama sama okay.
Sedekah membuat hati kita lebih tenang dan mempunya magik yang besar dalam kehidupan seseorang lebih lebih jika diamalkan setiap subuh. Sangat besar maknanya Erti Sedekah ini
KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?
Sebagaimana firman Allah, “…wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah…..” –(surah al munafiqun:10) Sedangkan dia tidak pun berkata “supaya aku dapat mengerjakan umrah” atau “supaya aku dpt solat” atau “supaya aku dpt berpuasa”?
Seorang ulama berkata, “Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya..”Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu’min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.
Bersedekahlah untuk saudaramu yg telah pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap untuk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh.
Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah.
Baca : Review Novel Terima Kasih Allah Saat Roh Di Sempadan Barzakh
Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah? Jom fahami Erti Sedekah
- Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga
Sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan
Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka - Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur
- Sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)
- Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan.
- Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat
- edekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada
- kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)
- Sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan
- Sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya
- Orang yg bersedekah adlah org yg terbaik di kalangan manusia.
- Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)
- Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar
- Org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa.
- Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.
- Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati
- Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.
- Bersedekah menolak bala dan menutup 70 kejahatan di dunia.
- Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan
- Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh
- Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian
- Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2.
Besar peranan Erti sEdekah
Dan sebaik2 sedekah skrg ini ialah menyebarkan mesej ini dengan niat bersedekah. Kerana setiap org yg “copy paste” msj ini, pahalanya adalah utkmu juga, in syaa Allah.
Amalan bersedekah
Antara Insan hebat yang dalam amalan bersedeqah
1. Siti sarah dan amalan sedekahnya selain dari tips menjemput rezeki:
Aku ada ada tulis kisah siti sarah sebab, walaupun dia seorang artis dan selebriti dia amat dimuliakan sewaktu pemergiannya.
Ini antara amalan wajib siti sarah
- Jangan pernah lupa solat 5 waktu
- Dengar/baca surah al-Waqiah bersama suami/isteri setiap pagi dan malam, amalan mereka laki bini dan terbukti
- Solat taubat selalu
- Banyakkan bersedekah/memberi dalam dan selalunya dalam senyap. Bak kata shuib dia pun tak tahu kepada siapa lagi sedeqah yang dia panjangkan
2. Syeikh Al jabar tidak punya harta infaq hartanya untuk akhirat
Syeikh Al Jabar di kabarkan tidak meninggalkan harta saat meninggal kerana rajin bersedekah dan mengutamankan orang lain ,
Saat hidup, Syekh Ali bahkan tidak punya kereta peribadi, rumah pun tiada
Ini antara amalan yang dilakukannya
- Baca QulhuAllah 10x setiap pagi.
- AlMulk sebelum tidur.
- Sedeqah subuh hari2 moga doa dikabulkan dan murah rezeki
Boleh baca disini untuk senarai keseluruhan
3. Sedekah subuh online
Apa lagi alasan kita ?
Sedekah subuh online | Amalan sedeqah subuh seperti yang dianjurkan oleh beberapa alim ulamak seperti sheikh al jaber amatlah besar fadhilatnya. Seumpama membuka rezeki di pagi hari, kini korang boleh lalukukan dengan Aplikasi Sujood yang semememangnya mudah dan dipercayai. Semudah ABC
Untuk ingatkan bersama, dalam rezeki kita ada rezeki orang lain… Jadi sama-sama berkongsi rezeki.