Sinopsis Bisik-bisik gelora | adapatasi dari Novel karya Fauziah Ashari . lakonan mantap dari Raysha Rizrose dan Redza Rosli sebagai pendokong utama.
Table Of Content
Bani Arumi dan Jad anak yang nakal
Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota.
Arumi ( Raysha Rizrose) anak tunggal kepada pasangan Tuan Akalil dan Puan Mayamin. Arumi yang sedang menunggu keputusan SPM telah dihantar ke kampung neneknya sebagai hukuman di atas kesalahan yang dilakukannya.
Di Kampung Jiwa, Arumi ditinggalkan bersama dengan nenek dan nenek saudaranya, Nek Aji dan Nek Muya.
Nek Aji dan Nek Muya sentiasa mencuba untuk menerapkan nilai-nilai Islam di dalam diri Arumi walaupun Arumi sering saja membentak benci.
Jad Izzuddin (Redza Rosli ) pula anak bujang kepada Imam Imran, iaitu imam di kampung tersebut. Jad memang talam dua muka kerana di depan keluarga dia berperangai baik tetapi tanpa pengetahuan keluarga dia seorang yang teramat ‘nakal’ sehingga pernah pecah masuk rumah orang kampung dan pernah mencuri wang tunai RM 15,000.
Peristiwa Tangkap basah
Kerana sikap mereka berdua, mereka telah ditangkap dalam keadaan yang mengaibkan sehingga keluarga membuat keputusan untuk menikahkan mereka.
Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku
Sebenarnya Jad tertanya-tanya, kenapa dia boleh tertidur di katil dengan cucu Nek Aji dalam keadaan separuh bogel? Arumi pula tetap menafikan yang dia tidak bersalah tetapi keadaan mereka tetap mencurigakan
Pada malam selepas perkahwinan mereka, Jad ditangkap dan dipenjarakan kemudian. Arumi melarikan diri melanjutkan pelajaran ke luar negara dan terlupa akan hakikat bahawa dia masih isteri kepada Jad.
BACA : Sinopsis Tarik aku ke syurga
Berjumpa selepas 7 tahun
Selepas Jad dibebaskan, dia telah dikaburi dengan dendam. Jad telah menemui Arumi dan menuntutnya kembali taat kepadanya sebagai seorang isteri.
Selepas tujuh tahun peristiwa itu, mereka bertemu kembali dalam keadaan yang amat berbeza. Arumi terpaksa kembali ke Malaysia selepas 7 tahun di London, melarikan diri dari segala masalah dan Jad. Jad pula telah menjadi usahawan dengan membuka restoran selepas dua tahun meringkuk di penjara kerana kesalahannya. Namun, dendam di hati mereka tidak pernah padam walaupun setitik.
Dendam Jad dalam Sinopsis Bisik-bisik gelora
Arumi terus terperangkap dalam ‘kurungan’ Jad. Jad begitu berdendam dengan Arumi kerana perempuan itu tega melarikan diri tujuh tahun lalu sedangkan dia terpaksa menjual tanah ayahnya dan kehilangan kereta kesayangan demi menyelamatkan maruah mereka selepas diugut Yahya, kawan Jad yang telah berpaling tadah.
Apakah yang dijadikan senjata oleh Yahya sehingga Jad sanggup berhabis beribu ringgit?
Pertemuan Arumi dengan Fakhri pula menjadi titik hitam dalam hidup Arumi sehingga Jad sanggup meletakkan maruah Arumi sebagai orang gaji di rumahnya. Dalam masa yang sama, kehadiran Nada yang pada mulanya merimaskan Jad telah menyebabkan Arumi makin terluka. Jad sanggup membawa Nada ke biliknya di depan Arumi tanpa merasa bersalah walau sedikit pun.
Dan…siapa pula yang dalam diam tetap memburu Arumi? Siapa yang membunuh Wilson, kenalan Arumi dari London? Kenapa kebanyakan mangsa bunuhnya hampir menyerupai paras Arumi?
Mampukah kehadiran anak yang dikandung Arumi mencairkan hati Jad yang sudah hampir menerima isterinya itu?
Info Sinopsis Bisik-bisik gelora
- Episod: 35
- Tarikh Tayangan: 21 Mei 2022
- Waktu Siaran: Isnin-Ahad, 7:00 malam
- Rangkaian: Akasia TV3 / Disney+ Hotstar
- Penulis Novel: Fauziah Ashari
- Penulis Skrip: Intan Zarina Mohd Yasin
- Pengarah: Riza Baharudin
- Produksi: Global Station Sdn Bhd
Pelakon: Redza Rosli, Raysha Rizrose, Gambit Saifullah, Hafidz Roshdi, Ruminah Sidek, Mark Adam, Afifah Nasir, Kodi Rasheed, Norreen Iman, RJ, Harun Hashim, Raja Azmi, Shah Reza, Shakilla Khoriri, Edika Yusof, Shekeen Waida, Mak Mah, Nizam Kama, Damia Qaissarah, Dzul Hadziq
Apa ending dia. I harap arumi divorce dari jad. Regardless of his judgement, she’s a rape victim who’ got pregnant. She should not be treated like shit the whole pregnancy. Husband yg tak memahami macam ni boleh cause depression. Postpartum depression is real guys. Buat la sweet camne pun bila tobat nanti, a woman shud not give another chance to this kind of man