Solat taubat | Pernah lakukan tak seumur hidup? berapa kali ? 1. 2,10 or tak terkira banyaknya? Alhamdulillah anda selalu melakukannya. Tidak kira dosa kecil atau besar kita sebagai hambanya sebaiknya lakukan rutin ini untuk mendapat keampunan dari ALLAH. Solat taubat merupakan salah satu amalan yang dianjurkan dalam agama Islam, yang bertujuan untuk membersihkan jiwa dan memperbaiki hubungan dengan Allah.
Table Of Content
- Pengertian Solat Taubat
- Waktu Solat Taubat
- 2. Langkah-langkah Solat Taubat
- a) Niat
- b) Solat Taubat
- Zikir Selepas Solat Sunat Taubat
- Fadhilat Solat Taubat
- 3. Kekuatan Solat Taubat dalam Kehidupan
- Menghapuskan Dosa
- Membersihkan Jiwa
- Meningkatkan Ketakwaan
- Mendekatkan Diri kepada Allah
- FAQ Solat taubat
- Berapa kali solat taubat perlu dilakukan?
- Bolehkah solat taubat menghapuskan dosa-dosa lampau?
- Adakah solat taubat hanya boleh dilakukan oleh orang yang berdosa besar?
- Apakah waktu yang sesuai untuk melaksanakan solat taubat?
- Imam al-Ghazali ada cakap..
Artikel ini akan menghuraikan kepentingan Solat taubat dan tatacara melakukannya. kita akan membahas secara mendalam mengenai solat taubat dan bagaimana amalan ini dapat mempengaruhi kehidupan kita. Kita juga akan melihat bagaimana solat taubat dapat membantu meningkatkan kecemerlangan
Aduh ! sebenarnya kita sendiri kena tanya pada diri sendiri.
Aku tuliskan entri ni sebab aku nak pastikan aku betul betul yakin dengan solat sunat taubat yang aku lakukan selama ini. Demi keberkatan bulan ramadhan moga entri aku kali ini dapat memberikan manfaat untuk semua yer
Taubat boleh didefinisikan sebagai rasa bersalah dan menyesal terhadap segala perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Manakala taubat nasuha adalah taubat yang sebenar-benarnya diiringi janji untuk tidak mengulangi sesuatu perbuatan itu lagi.
Pengertian Solat Taubat
Solat taubat adalah solat yang dilakukan sebagai bentuk penyesalan dan memohon ampun kepada Allah atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Solat taubat memainkan peranan penting dalam memperbaiki hubungan dengan Allah dan membersihkan jiwa dari dosa. Amalan ini melibatkan menghadap kiblat, berdoa, dan mengungkapkan penyesalan dengan ikhlas.
Sebaiknya Solat taubat kena buat selalu. Bila-bila sahaja. Sampai hati tu rasa lapang dan sampai hati rasa bersih. Pastu rajin nak beribadat. Bila dengar nasihat tu, hati macam seronok. Tak nak lagi buat dosa-dosa lama. Haa, tu inshaALLaH tanda taubat ALLaH dah terima.
Tetapi Solat taubat ni elok buat malam-malam Sebelum tidur atau sebelum Subuh lebih bagus kalau Waktu sunyi malam. Bersihkan diri. Ambik wudhu. Pakai wangi-wangi (bagi lelaki).
Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.
Waktu Solat Taubat
- Solat sunat taubat lebih afdhal didirikan pada 2/3 malam dan yang terbaik adalah sejurus selepas tersedar daripada melakukan dosa
- Namum sebenarnya ia boleh dilakukan pada bila-bila masa selain daripada waktu yang diharamkan untuk mengerjakan solat.
2. Langkah-langkah Solat Taubat
Tata cara solat sunat taubat. Bila dah siap berdiri, Istighfar dulu. Isitghfar pendek sahaja pun okay.
Berikut adalah langkah-langkah dalam menjalankan solat taubat:
a) Niat
Sebelum memulakan solat taubat, hendaklah kita menetapkan niat yang ikhlas untuk membersihkan diri dari dosa-dosa dan memperbaiki hubungan dengan Allah. Niat ini harus datang dari hati yang tulus dan dilakukan dengan kesungguhan.
Baca seberapa banyak kita nak sampai hati tu bebetul tenang.
- Pastu baru niat solat taubat
- ▪️ أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
- “Ussoli sunnatan taubati rok ‘ataini liLLaHi Ta’ala”
- [Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana ALLaH Taala]
b) Solat Taubat
Seperti solat biasa, solat taubat juga dimulakan dengan membaca takbiratul ihram. Membaca takbiratul ihram ini menandakan permulaan solat taubat dan kita sepatutnya melakukannya dengan khusyuk.
- Baca do’a Iftitah dan al-Fatihah macam biasa.
- Rakaat pertama, baca Sural al-Kafirun 1x
- (Kalau ada yg tak hafal Surah ni, boleh baca Surah al-Ikhlas je)
- Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas 1x.
- Bila sampai waktu Sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca do’a Nabi Yunus a.s.
- “La ilaha illa anta subhaanaka inniy kuntu minaz dzhoo limiin”
- Bacalah 10x atau 20x atau 30x.Ikut suka kita.
Waktu ni dahi kita sujud menyentuh bumi. Kita berada dalam keadaan hina sehina hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita.
Sujudlah lama-lama. Selepas tu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam.
Baca : Amalan yang dianjurkan oleh sheikh Al Jaber
Zikir Selepas Solat Sunat Taubat
- Lepas bagi salam, Istighfar lagi. Boleh baca Istighfar pendek atau yang panjang sikit.
- “AstaghfiruLLaHhal’adziim /
- AstaghfiruLLaHhal‘adziim, alladzi laa ilaha illaa huwal haiyul qoiyuum wa-atubu ilaih.”
- Baca seberapa banyak yang kita nak.Baca sampai hati tu rasa lemah.
- Bila rasa dah cukup kita Istighfar, baru do’a.Bila berdo’a, kita kena bebetul menyesal dengan dosa2 kita. Mohon ALLaH ampunkan dan terima taubat kita.
- Sebagai permulaan, guna do’a sendiri dalam bahasa melayu. Luahkan apa yg terbuku kat hati tu. Menangislah. Merayulah.
- Mohon ALLaH ampunkan dosa tu.Bayangkan kita cuma ada satu je ni peluang nak mintak ampun dengan ALLaH.
- Bayangkan Malaikat Izrail dah ada kat belakang nak cabut nyawa kita.. Kejap lagi kita mati.. Agak-agaknya apa kita akan mohon pada ALLaH?
- Istigfar dan baca doa. Dalam bahasa melayu pun boleh. Dah selesai berdo’a, tutup do’a kita tu dengan;
- “Robbana aatina fid dun-ya hasanah wa fil aakhiroti hasanah waqinaa adza bannar”
- Pastu duduk diam atas sejadah, ambil masa 10 minit, muhasabah diri kita. Tengok apa yang boleh kita perbaiki lepas ni.
Fadhilat Solat Taubat:
- Diampunkan Allah SWT.
- Dimudahkan segala urusan.
- Menceriakan kehidupan seharian.
- Menghilangkan perasaan yang menekan.
- Mencegah dosa dan menghindari gangguan.
3. Kekuatan Solat Taubat dalam Kehidupan
Solat taubat bukan hanya sekadar amalan rutin, tetapi ia juga memiliki kekuatan yang signifikan dalam kehidupan kita. Berikut adalah beberapa kekuatan solat taubat:
Menghapuskan Dosa
Melalui solat taubat, Allah memberikan kita kesempatan untuk menghapuskan dosa-dosa kita. Dalam Al-Quran, Allah berfirman, “Katakanlah: ‘Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’” (Az-Zumar: 53)
Membersihkan Jiwa
Solat taubat juga membantu membersihkan jiwa dari dosa dan keburukan. Ketika kita dengan ikhlas menyesali dosa-dosa kita dan memohon ampun kepada Allah, kita merasakan kedamaian dalam hati dan kesucian jiwa. Ini membawa kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup kita.
Meningkatkan Ketakwaan
Melakukan solat taubat secara berkala membantu meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah. Ketika kita secara aktif berusaha untuk memperbaiki hubungan dengan Allah dan memohon ampun, kita akan lebih peka terhadap dosa-dosa kita dan berusaha untuk menghindarinya. Ini membantu meningkatkan kesedaran kita akan tindakan-tindakan yang bertentangan dengan ajaran agama.
Mendekatkan Diri kepada Allah
Solat taubat adalah cara yang efektif untuk mendekatkan diri kepada Allah. Ketika kita dengan tulus berhubungan dengan Allah melalui solat taubat, kita merasakan kehadiran-Nya yang dekat dalam hidup kita. Ini membantu memperkuat ikatan spiritual kita dengan Allah dan memperdalam hubungan kita dengan-Nya.
FAQ Solat taubat
-
Berapa kali solat taubat perlu dilakukan?
Anda boleh melakukan solat taubat sebanyak yang anda perlukan. Ia adalah solat sunat yang boleh dilakukan pada bila-bila masa apabila anda ingin memohon ampun kepada Allah atas dosa-dosa yang dilakukan.
-
Bolehkah solat taubat menghapuskan dosa-dosa lampau?
Ya, solat taubat adalah salah satu cara untuk memohon pengampunan daripada Allah dan menghapuskan dosa-dosa lampau. Apabila dilakukan dengan ikhlas dan penyesalan yang sebenar, solat taubat memperoleh keampunan daripada Allah.
-
Adakah solat taubat hanya boleh dilakukan oleh orang yang berdosa besar?
Tidak, solat taubat bukan terhad kepada orang yang berdosa besar sahaja. Setiap individu, baik yang berdosa besar mahupun berdosa kecil, boleh melakukan solat taubat sebagai satu cara untuk membersihkan diri dan memperoleh rahmat Allah.
-
Apakah waktu yang sesuai untuk melaksanakan solat taubat?
Solat taubat boleh dilakukan pada bila-bila masa, kecuali pada waktu-waktu yang dilarang untuk melaksanakan solat seperti ketika waktu terlarang (waktu matahari terbit, tenggelam, dan ketika solat fardhu). Anda boleh melaksanakan solat taubat di rumah, masjid, atau di mana sahaja yang bersih dan sesuai untuk melaksanakan solat.
Imam al-Ghazali ada cakap..
Tanda hati kita sudah mula hitam,:-
- Bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah.
- Hilang kemanisan beribadah.
- Hati tak makan nasihat
moga artikel Cara solat sunat taubat ini dapat membantu korang. Jom kita sama sama lakukakan
No Comment! Be the first one.