Daging Dendeng Sumatraa | Ish lamanya aku tak travel sejak sejak pandemik ni. Kiranya last aku travel pada tahun 2019 ke Turki, lepas tu duduk dalam gua hahaha. kiranya 2019-2022 ni hampir 3 tahun aku travel weh. Kalau dulu dah keras bontot dah, kaki pun dah gatal.
Table Of Content
Nasib baik sekarang ni boleh bersabor, boleh tahan nafsu. Rahsianya.. divert pada projek deko and upgrade rumah hahah
Entri aku Beli Produk Brahim untuk travel kira memang hitlah dalam carian geng geng travel yang macam aku nih. Confirm next trip aku (huhuu bilalah tu) aku memang akan standby pek daging dendeng ni bersama-sama nanti.
Sesungguhnya orang yang diy Travel or backpack macam aku ni selalau sahaja cari jalan mudah dan bajet kalau nak travel ni. Aduii kalau pergi ke London, Jepun, Swiss, Australia and negara negara maju yang lain tu korang tahu baper harga sekali makan?
Aku ingat lagi, aku makan nasi beriani di Swiss harganya RM 80.00 sepinggan. Dinner set bento apa tah kat Jepun opkos yang halal dalam RM250.00. Ajer giler orang perak cakap hahaha. Jadi salah satu caranya selain korang siapkan pes, or masak siap-siap and defrost letak dalam bekas special dan bawak bersama-sama korang di atas flight
Tapi korang kena ingat!
Kalau letak dalam tupperware or bekas special pun, silap silap haribulan bekas masakan korang tu kena buang masuk dalam tong sampah, aduhhh… sakit hati wooo. Especially Australia.
Sepanjang pengalaman aku, yang mana dalam bentuk proper pack dengan label yang betul memang tidak ada masalah lansung. So far aku bawak brahim okay, imigresen dia memang belek sungguh pek maknan tu dan lepaskan kita orang.
Payahnya nak masak daging dendeng
Korang pernah masak daging dendeng ni? hehehhe aku tak pernah seumur hidup. Makan sahaja pandai. Kalau pergi nasi padang memang aku carilah daging ni. Daging dendeng ini diperap dengan kicap, lama lama perap lagi sedap. Ada orang rebus dulu daging ni sebab nak bagi empuk dan lembut. Tapi kalau daging batang pinang tak payah pun nak rebus rebus nih.
Tapi itulah
errr.. tak koser nak berpeluh-peluh kat dapor and masak untuk kami 3 beranak. Tak kos effektif rasanya. letak 1 pinggan pun belum tentu habis. Semua anak beranak spesis makan sikit sikit je, so tidak berbaloi.
Jadinya, lebih baik aku beli sahaja.
Daging Dendeng Sumatraa Ready to eat
Korang pernah makan sambal dendeng?
Mesti pernahkan, untuk orang yang tak pernah mai aku nak cerita rasa dia lebih kurang macam mana . Rasanya pedas pedas, manis, masin, dan wangi dengan aroma rempah. Perak pun ada ada resepi daging dendeng, kakak aku selalu buat and again aku tukang makan sahaja.
Normally orang buat daging dendeng ni sebab tahan lama, so kalau hari raya ianya lebih lama dari masak daging rendang.
Kalau yang versi perak pun dah sedap, opkos resepi istimewa dari sumatra lagi sedap, sebab normally derang lagi kaya dengan rempah ratus di masukkan dalam masakan.
Baru baru ini aku ada majlis wedding anak saudara di Damansara, heeheh kami pakat-pakat kumpul di Hotel Royale Chulan The Curve. Alkisah masa majlis kenduri tu kami laki bini makan sikit dan light light sahaja sebab seronok menyembang orang cakap.
Bila dah sampai hotel jam 11 malam mulalah laki cakap lapar, si iman pulak sekarang ni dah mula kuat makan. Takkan lah nak pi mamak dengan baju lip lap haaa..
Nasib baik aku dah standby roti and pek sambal dendeng ni siap. Pengalaman menjadi traveller memang membuatkan aku sentiasa bersedia untuk keadaan macam ni.
So gais, korang boleh standby pek Sumatra dendeng ni untuk bulan puasa nanti manalah tahu lambat sedar hahah. Pek ini sejenis makanan sedia untuk dimakan (ready-to-eat) ni, koyak, tuang dan makan. Tak ambil masa lama
Nak beli mana ?
Daging Dendeng Sumatraa boleh dibeli secara online direct HQ [DI SINI] ataupun Shopee, bagi yang nak jimat boleh free shipping.
Kalau nak beli secara offline, boleh dapatkan di Village Grocer dan Jaya Grocer di Puncak Alam, Bukit Jelutong, Sg Buloh, Bangi, Nilai dan lalaport Bukit Bintang.
- Facebook: Sumatraafood HQ
- Instagram: @sumatraafoodHQ
No Comment! Be the first one.