Fakta menarik tentang Turki | hajat dihati nak repeat turki pada tahun 2020 setelah kami pergi pada tahun 2019 yang lalu. Memang terpersona dengan Turki. Rasa sangat dekat dihati. Mungkin kerana sejarah tamadun islam yang kuat disitu, ada tinggalan kisah Nabi di Top Kapi, Negara yang cantik, makanan halal dan banyak lagi.
Turki memang fascinating!
Aku ingat lagi sewaktu aku suggestkan pada husband dia macam tak percaya Turki ni best tapi memandangkan dia yang akan buat itinerari perjalanan kami so dia mula research dan akhirnya dia yang tak sabar nak sampai ke sana. Dan sampai hari ini kami terkenang-kenang keindahan Turki.
Korang boleh baca entri pasal turki dalam blog aku nih
- Itinerari Turki dan Bosnia
- Pengalaman Sewa kereta di Cappadocia yang pening kepala
- Tips Shopping di Istanbul
- 10 contoh Scammer Turki
See.. banyak aku tulis pasal turki sebab aku suka negara nih. Serius aku suka. pemandangan best, makan best dan orang pun hensem dan lawa-lawa heheh
Bak kata kawan aku ” Full of Colours”
Baru ni aku terbaca catatan sahabat FB jugak yang menulis coretan pengalaman dia ke Turki sebanya 13 kali. Aku tersenyum simpul dan hati berbunga bila membaca catatan beliau. Rugi pulak tak simpan dalam blog aku nih . Aku memang suka simpan segala pasal travel.
Aku harap info turki dan Fakta menarik tentang Turki dah membantu korang sewaktu berkelana ke sana gitu.
Bumi yg mana nabi muhammad swt pernah menyebut sewaktu baginda mengali parit dlm perang khandaqj,
Jangan di tanya kenapa aku suka negara Turki. Aku tidak pernah rasa jemu malah rasa rindu untuk meninggalkannya tanyalah pada yang pernah datang ke Turki apa mereka rasa.
Abang Joe
Fakta menarik tentang Turki
Info ini yang dikongsikan oleh abang Joe, memang padat dan ringkas. Lepas ni semua dah boleh sapu habuk kat passsport tu, book tiket terus ke Turki okay.
- Turki antara negara yang mudah untuk dapatkan visa, percuma selama 90 hari.-
- Negara antara dua benua di mana asia 97% dan eropah 3% melalui selat Bosphorus.- Napoleon bonaparte pernah berkata jika dunia ini menjadi 1 negara Turki lah akan menjadi ibu negeri..kenapa..cari sendiri. heheh
- Turki terdapat 81 negeri semuanya.
- Istanbul salah satu kota tercantik di dunia. Terletak di antara dua laut iaitu laut Marmara dan laut hitam.
- Pintu masuk ke negara eropah timur seperti Bulgaria dan Greece, anda boleh ke sana dengan menaiki bas, keretapi, feri dan kapal terbang tambang murah.-
- Bersempadan dengan negara Bulgaria, Greece, Cyprus, Georgia, Armenia, Iran, Iraq dan Syria.-
- Bursa tempat bersemadinya jasad pengasas empayar islam Uthmaniyyah iaitu Osman Gazi.-
- Turki terdapat lebih dari 8 gunung ski resort, antaranya : Uludag Bursa, Erciyes kayseri, Kartepe, Sariksmis, Bitlis, Elmadag.-
- 98% penduduk negara Turki beragama islam
- Dari Turki boleh ke serata negara eropah dengan menaiki kapal terbang tambang murah seperti ke German, Perancis, Poland, Greece, United Kingdom dan lain-lain.
- Antara syarikat kapal terbang tambang murah yang beroperasi di Turki ialah : Pegasus Air, Aegean, Air Arabia, Fly Dubai, Easyjet, Condo, Tuifly, Germanwing, Transavia, Norwegian.-
- Negara yang kaya dengan sejarah, budaya, tempat semula jadi, gunung ganang yang cantik, sungai dan tasik yang jernih.-
- Kos belanja yang tidak berapa mahal berbanding dengan negara eropah barat.-
- Mempunyai sejarah dunia : empayar rom, empayar greek, empayar rom byzantium dan empayar uthmaniyyah.-
- Melihat hasil arkitek islam hebat Mehmed Aga iaitu Masjid Biru yang menjadi lambang kemasyhuran Istanbul selain dari Hagia Sophia.-
- Di sinilah makam sahabat Nabi iaitu Abu Ayyub Al-Ansari di daerah Eyup Istanbul. Satu-satunya sahabat nabi yang syahid di bumi Turki.-
- Urfa, sebuah negeri yang digelar negeri para nabi, di sini terletaknya makam nabi Ayub as, nabi Ilyasa as dan makam isteri nabi Ayub as iaitu Siti Rahmah. Mengikut riwayat juga, di sini tempat lahirnya nabi Ibrahim as, juga tempat nabi Ibrahim dibakar oleh raja Namrud.-
- Bandar Urfa juga merupakan antara bandar yang tertua di dunia, mengikut riwayat, bandar Urfa telah dibangun semenjak zaman nabi Idris a.s.-
- Negeri Konya, tempat asasnya kerajaan islam bertapak di Turki iaitu kerajaan Seljuk.-
- Pamukale di sini anda dpt melihat kebesaran allah d mana terdapatnya cotton caslte..batu kapur yg sejuk air yg mengalir panas-
- Trabzon merupakan destinasi yang wajib anda pergi jika ke Turki. Terletak di persisir laut hitam.- Hatay atau
- Antakya, wilayah paling selatan di Turki, tempat bersemadinya jasad Habibi Najjar, kisahnya ada diceritakan di dalam surah yasin.-
- Pertempuran antara kerajaan Troy dan Greek , di Canakkale anda boleh lihat replika patung kuda yang menjadi simbol kejatuhan kerajaan Troy…Banyak lagi kalau ikut nak di tulis tetapi mata mula layu izinkan diri ini berehat seketika ..
Sapa yang belum berkesempatan nak ke Turki inilah masanya. Aku memang suka membaca tengtang turki, malah Fakta menarik tentang Turki yang menarik ni membuatkan hati aku tak sabar sabar je nak book tiket tau. Eh.. Harga tiket yang memang murah sekarang ni dan matawang mereka yang tengah jatuh.
Moga ada rezeki aku nak repeat ke Turki lagi pada tahun hadapan. Doakan sis gais
Turki masih ada dalam list travel saya… teringin sangat nak pergi… InsyaAllah kalau ada rezeki… menarik sangat sejarah dan tamadun islamnya kan
Wish me one day dapat jejak kaki ke Turki. Memang nak sangat pergi sana sebab banyak tempat menarik salah satunya Istanbul.
In shaa Allah, satu hari nanti pasti akan ke sana..
alahhh.. kak azni punya cucuk… kita dahla tak pernah melancong jauhh
Teringin betul nak ke Turki, moga dimurahkan rezeki untuk ke sana suatu hari nanti.
Assalam,
” Kembara membuatkan kita hilang kata – kata, namun kemudian menjadikan kita seorang pencerita”
– ibnu battuta-
Teruskan menulis, salah satu pahala yg dpt di perolehi dari penulisan..