Tips permulaan pelaburan | Aku pernahlah dulu melabur sewaktu kakak aku menjadi remisier dengan syarikat saham. sempatlah merasa beberapa kali keuntungan, sempat merasa saham CIMB dan Sime Darby Property tempat laki aku bekerja tu. Tapi aku bergantung penuh pada kakak aku untuk melabur. Aku tak pandai nak baca chart semua tu
Table Of Content
Kena ingat ye saham ni ada untung ada rugi, bukan indah-indah belaka haha. Aku rasa kakak aku pernah juga melalui saat rugi jadi pada masa itu dia tak berapa menggalakan kami untuk invest.
Namun sekarang ‘game’ untuk saham ni dah berubah bila semua dah ONline. Geng geng ofis aku ni pun ramai dah berjaya mengaut keuntungan sewaktu musim pandemik, dengarnya ada yang untung hampur 50%
Pelaburan di Malaysia
Di Malaysia terdapat pelbagai instrumen pelaburan seperti Tabung Haji, ASB, Unit Trust, Pelaburan Saham di Bursa Malaysia, Initial Public Offering (IPO), Future Crude Palm Oil (FCPO), Sukuk dan lain-lain.
Aku hanya tahu tabung haji and ASB sebab itu sahaja yang aku berani hahah, aku takut nak menghadapi kerugiaan hahah. 2 itu paling selamat untuk aku.
Tapi, hahahha aku dah mengorak langkah kepada Initial Public Offering (IPO), ini pun selepas aku selalu masuk IG Nafisah Amran yang menggalakkan pelaburan melalui IPO yang kurang risiko dan untuk orang yang tak boleh menghadapi debaran dan emosi seperti dia.
Insyallah selepas ini aku dan husband nak mula belajar saham dengan Dr. Adam zubir, sebab harganya masih murah berbanding dengan sifu sifu saham yang lain, dan aku suka konsep dia “lifestyle trader’ bukan untuk menjadi kaya gila gila.
Main saham untuk membayar dosa dosa kewangan
Dr. Adam Zubir
kerana quotes ini lah yang buatkan aku semangat nak invest dalam saham, sebab banyak dosa dosa kewangan aku nak kena cover ni macam travel, beli IPhone hahaha dan lain laon
Maklumlah aku pun masih bekerja, aku rasa tak mampu untuk mencuri masa untuk tengok pasaran saham ini.
Walaubagimanapun, first and forremost mari kita hadam tips penting dari Afyan mat rawi ni, orang kata jangan poyo sangat nak main saham padahal saving pun tak ada.
Tips permulaan pelaburan
1. Mulakan dengan allocation untuk simpanan kecemasan, 3 bulan gaji. Gabungkan wang lebihan daripada moratorium, KWSP, penjimatan kos isi rumah dll. Asingkan ke Tabung simpanan kecemasan bersamaan 3 bulan gaji.
2. Mulakan dengan buat research dan bacaan peluang-peluang pelaburan yang ada. Pelaburan yang paling menguntungkan ilmu. Jangan terburu melabur nanti jadi melebur. Cari guru.
3. Bahagikan kepada beberapa kelas risiko dan jenis pelaburan. Contoh, emas, unit trust, saham, hartanah, dan lain-lain. Setiap jenis pelaburan juga ada kategori-kategori tertentu dari sudut kelas risiko. Jangan letak semua telur dalam satu bakul.
4. Fokuskan kepada palaburan yang mudah cair. Dalam situasi krisis sebegini, pelaburan mudah cair lebih mudah untuk diuruskan untuk urusan jual, beli. Lagi mudah ia dicairkan, lagi mudah. Sebaiknya ia boleh dilakukan secara online.
5. Pastikan pelaburan patuh syariah. Kita nak kejar untuk di dunia dan di akhirat. Bukan kejar untung dunia sahaja. Saham, pastikan kaunter syariah. Unit trust, pastikan patuh syariah. Emas, pastikan patuh syariah. Forex tak patuh syariah ya.
6. Letakkan untuk jangka masa panjang, sekurang-kurangnya 3 tahun setengah. Melabur macam kita tanam pokok, hari ini tanam untuk dapatkan hasilnya dalam tempoh tertentu. Takkan kahwin hari ini dapat anak esok? Nak dapat hasil segera bukan dengan cara melabur, tapi meniaga.
7. Susun strategi sama ada lump sum atau dolar cost averaging. Jangan laburkan sekaligus. Jangan tamak. Jangan ikut emosi. Jangan ikut trend. Jangan ikut-ikut orang lain. Ikut ilmu.
8. Sentiasa monitor, bukan semata-mata mengharapkan market naik. Sambil monitor, sambil tambah ilmu. Lagi tinggi ilmu, lagi tinggi peluang untung.
9. Bersedia untuk rugi. Pelabur yang bijak bukan pelabur yang tidak pernah rugi. Tapi pelabur yang bijak ialah pelabur yang belajar setiap kali rugi. Dia bukan rugi, cuma belum buat untung. Pelabur yang paling bijak di dunia pun banyak kali rugi. Apatah lagi kita yang baru acah-acah melabur.
10. Jika tak pandai, atau malas malas, atau tak sanggup nak buat semua ini, lebih baik tak payah melabur. Nanti apabila rugi, cakap “semua pelaburan sama”. Sama ada tak payah melabur langsung atau minta tolong orang lain laburkan.
Kepentingan Belajar Saham
Aku pernah dengar talk saham dengan dr asri ahmad dahulu, ramai orang Melayu Islam kurang invest dalam saham bursa Malaysia. Bersungguh dia untuk pastikan orang melayu mulakan trade di pasaran saham. ada beberapa sebab kenapa kita kena cuba untuk belajar saham
Yang pasti ini 3 sebab utama
- Menjana pendapatan sampingan
- Meningkatkan taraf hidup
- Menimba ilmu dalam dunia Saham
Mulakan 2022 dengan belajar saham
Alhamdulilah aku dan husband dan mengorak langkah yang baik permulaan 2022. Kami dah mula dapat keuntungan di IPO dan insyaallah akan cuba belajar secara serius dengan dr.adam zubir.
2021 laki aku dah kena MSS, masa itu kami stuck untuk dapat pendapatan lain untuk sekiranya laki aku gagal mendapat kerja. Tapi bermain sewaktu emosi sangat tidak elok untuk kami. Jadi ini lesson learned besar untuk kami. Kami kena ada back up plan. Sekarang lah Masa terbaik untuk belajar saham dan pelaburan pertama
Jom ! kita sama-sama jana pendapatan sampingan dan jalani kehidupan yang lebih gembira dan semoga teracun sama dengan Tips permulaan pelaburan ini
Menarik sangat tips tu… Mungkin boleh diaplikasikan suatu masa nanti…
First time dengar pasal IPO ni.. bunyinya macam menarik juga kak Azni. Nanti sharelah lagi ya.. mana tau terbuka hati.. kiki..
Sekali baca mmg tak faham… nnt repeat balik baca untuk fahamkan dan ianya menarik tuk tahu lebih lagi hehehe
Saya jenis takut ambil risiko juga. Tp kalau letak je duit dalam bank, tak de keuntungan. Bank aje yg untung haha. Nasib baik juga adik saya financial advisor Principel investment. So serahkan aje pada dia. Sistem pun senang.
Hai!