Simptom Menopaus. Aku simpan sini untuk rujukan berdasarkan beberapa sumber yang aku cari. Nak tak nak satu hari aku akan tempuhi juga, malah semua wanita pasti aku laluinya melainkan transgender hehehe. Cuma samada kita sedari atau tidak sahaja nanti.
Table Of Content
Berdebar juga nak tempuhi saat ini, tapi ini adalah sebahagian dari fitrah wanita yang Allah telah tetapkan untuk kita. Tambah untuk pesakit endometriosis macam aku ni memang ada sedikit terlebih berkaitan dengan hormon ni.
Apakah simptom menopaus?
Kita mungkin akan berada dalam fasa menopaus bila kita mula ada gejala atau tanda-tanda ini. Semua orang pasti ada gejala menopoaus tersendiri namun ini adalah cici-ciri umum
Anda mungkin beralih ke menopaus jika anda mula mengalami beberapa atau semua gejala berikut:
- Sentiasa panas (Panas yang tiba-tiba menyebar ke seluruh badan).
- Berpeluh malam dan / atau sejuk.
- Kekeringan faraj; ketidakselesaan semasa hubungan seks.
- Mudah terkencing kencing ( membuang air kecil lebih kerap).
- Kesukaran tidur (insomnia).
- Perubahan emosi (mudah marah, perubahan mood, kemurungan ringan).
- Kulit kering, mata kering atau mulut kering.
Wanita yang masih dalam peralihan menopaus (perimenopause) juga mungkin mengalami:
- Kelembutan payudara.
- Memburukkan lagi sindrom pramenstruasi (PMS).
- Tempoh tidak tetap atau tempoh ponteng.
- Jangkamasa yang lebih berat atau lebih ringan daripada biasa.
Sebilangan wanita juga mungkin mengalami:
- Jantung yang sentiasa berdebar
- Kerap Sakit kepala.
- Sakit sakit sendi dan otot.
- Perubahan dalam libido (dorongan seks).
- Kesukaran menumpukan perhatian, hilang ingatan (selalunya bersifat sementara).
- Pertambahan berat badan.
- Rambut gugur atau menipis.
Gejala-gejala ini boleh menjadi tanda bahawa ovari menghasilkan estrogen kurang, atau tanda peningkatan turun naik (naik turun) kadar hormon. Tidak semua wanita mendapat semua gejala ini.
Amaran
Walau bagaimanapun, wanita yang terkena gejala barulah jantung berdebar, perubahan kencing, sakit kepala, atau masalah perubatan baru yang lain harus berjumpa doktor untuk memastikan tidak ada sebab lain untuk gejala ini.
Pesakit thyroid juga mempunyai symptom jantung yang bergerak laju dan jugak
Secara saintifik Simptom Menopaus
Menopause adalah bagian dari proses penuaan yang akan dialami oleh semua wanita. Namun usia kaum hawa yang mengalaminya dapat berbeza-beza.
Menopause terjadi saat ovarium Anda berhenti memproduksi atau mengeluarkan telur dan menghasilkan kadar estrogen yang rendah. Estrogen merupakan hormon yang bekerja untuk mengendalikan siklus reproduksi.
Seorang wanita dikatakan mengalami menopause ketika dia tidak mengalami menstruasi selama lebih dari 12 bulan.
Seperti penerangan diatas, kita boleh melihat perubahan badan dan system badan kita mengikut beberapa stage yang kita lalui samada premenoupouse, menaopuse dan post menapouse
Di saat ini kita perlu persediaan mental dan fizikal supaya tidak kemurungan, kerana sesetengah wanita mengandaikan bila tiba saat ini mereka akan tidak berkeyakinan terutamanya bila berhadapan dengan suami.
Adakah terdapat perubahan emosi lain yang boleh berlaku semasa menopaus?
Terdapat beberapa kes bila kita melalui tempoh Menopaus ia memang boleh menyebabkan pelbagai perubahan emosi, termasuk:
- Kehilangan tenaga dan insomnia.
- Kekurangan motivasi dan kesukaran untuk menumpukan perhatian.
- Kegelisahan, kemurungan, perubahan mood dan ketegangan.
- Sakit kepala.
- Agresif dan mudah marah.
Persedian dan Penerimaan Menopaus
Kena belajar menerima hakikat dan redha yang setiap wanita di muka bumi ini akan melalui proses yang sama dan hati kita akan lebih tenang.
Ia bukanlah penghakiran untuk kehidupan wanita malah kita boleh ambil peluang untuk menjalankan ibadah dengan lebih seronok.
Dulu mak saya pernah share dia memang rasa panas badan tu masa memula menopaus.. mood pun jadi lain.
apa-apa pun kena ada ilmu. baru boleh elak kemurungan ketika melalui fasa kehidupan ini.
Alamak, lagi brp tahun eekk nk menopous😅
Sekarang memang perkara sebegini kena share kan. Takut the women will become stressed sorang-sorang kan. And perlu juga support group yang boleh membantu beliau.
Moga mudahlah menopaus untuk kita ni. Ye kena terima la sampai satu tahap kita akan menopaus. Semua wanita pun akan mengalaminya. Post ni saya suka sebab beri maklumat tentang menopaus.
Banyak juga tips2 dalam entri ni at least kita dapat tahu tanda tanda badan akan menopous .
perempuan kena tahu perkara ini, sy pernah dengar jugak pengalaman dpd orang lama2.. diornag cakap perubahan tu agak ketara dan emosi menjadi tidak stabil… so, kalau itu ada ilmu dan bersedia kemungkinan fasa tu dapat di lalui dengan baik
banyak juga tip dan simptom untuk wanita yg mengalami menopaus. terima kasih atas perkongsian 🙂
this is a very good sharing tips about menopause. at least i know what should i do when i come to that the age
Saya suka perkongsian macam ni. Kita sebagai wanita. Sentiasa ada peralihan kehidupan. Jadi, jangan takut untuk ambil tahu. Sebab ini memang ketentuan, cuma tidak tahu bila. Harap-harap diri kita, pasangan kita dan anak-anak kita akan terus support dan memahami. Cukup dr ahli keluarga kecil yang kita bina ni menerima perubahan itu. Kita tak minta seluruh alam semesta tahu tentang keadaan peralihan kehidupan seorang bergelar wanita. Giteewwww. Selamat Hari Raya AidilAdha kak.
Wah menarik ni baru tahu.. kena alert bila Kita dah tiba dilingkungan usia tersebut
every woman need to know about this. thanks for the good info ya
nice sharing kak azni… bila fikir akan tempuh saat tu kelak, waktu muda yang masih berbaki ni nak hidup enjoy dan buat yang terbaik dan amalkan tips awet muda..
Betul kak azni, setiap wanita akan melalui semua ni. Info yang menarik ni kak azni. Marsha pun menghampiri 40-an jadi kena bersedia.
Mak saya dulu pun selalu jugak share pengalaman dia menopause. Hot flashes dgn berpeluh malam tu mmg almost tiap2 malam la. Dh la rumah takde aircond. Kesian dia.
Memang Sis pun banyak membaca pasal ni, sebab umur dah meningkat ni, sebagai persediaan.. than ks sharing …
Terima kasih sebab share info ni. A good reading for me walaupun macam lambat lagi, tapi I can share the info untuk any women out there.
good sharing!rasanya ramai kena ambik tahu jangan seskali terus labellakn orang menopause sebab tak silap khai term ni sensitif kan?