Ajaran Qadiani Sesat ! ia adalah antara salah satu ajaran yang telah diharamkan oleh Negara kita berdasarkan warta fatwa bertarikh 24 September 1998, Kerajaan Negeri Selangor.
Table Of Content
Ia bukannya satu-satunya ajaran yang telah diharamkan malah terdapat banyak lagi ajaran agama yang cuba berkembang dan mempengaruhi rakyat negara kita.
Aku tertarik untuk berkongsi ‘kehebatan” (kononnya) agama ini yang berjaya menarik ramai pengikut dan membuatkan orang mudah percaya.
Memang kita dari golongan biasa merasakan ajaran seperti tidak masuk akal benda ini berlaku di negara kita tapi hakikatnya memang ramai yang telah terpesong.
Kenapa ia terjadi pastinya disebabkan beberapa faktor ajaran itu sendiri dan latar belakang pengganut yang rapuh.
Cuma aku ingin nyatakan, Nasib baiklah kita punya badan agama yang senantias akan terus berusaha untuk membendung dari ia menular dalam masyarakat kita.
Ciri-Ciri Ajaran Sesat
Imam al-Shafie (m.204 Hijrah) pernah berkata,
“ Jika kamu melihat seseorang boleh terbang di udara, dan boleh berjalan di atas air, jangan kamu tertipu dengannya sehingga kamu mengukur peribadi dan amalannya dengan pertimbangan neraca al-Qur’an dan al-Sunnah.
Sebilangan manusia sangat mudah terpengaruh dengan keajaiban dan perkara-perkara pelik dan ganjil yang mampu dilakukan oleh seseorang manusia lain, lantas mengangkatnya sebagai guru.
Padahal tanpa disedarinya, individu yang diagung-agungkan itu mengamalkan ajaran sesat!
Ajaran sesat juga boleh dikesan dengan dakwaan ganjil dari para gurunya. Contohnya seseorang guru mendakwa boleh menguasai jin dan berupaya mengarahkan mereka mengikuti arahannya dan menundukkan binatang buas di hutan belantara.
Sedangkan kelebihan ini hanya diberikan kepada Nabi Sulaiman ‘alayhissalam
Ajaran sesat yang telah diharamkan oleh kerajaan Malaysia
- Bahai – Agama yang diaskan oleh Mirza Husayn – ali nuri aau Baha’ullah. Agma penyatuan agama budha, Islam Yahud, Kristean Zoroatester
- Hassan Anak rimau – Dari ilmu persilatan bertukar menjadi ilmu agama
- Ayah Pin – Popular dengan kerajaan Lagit yang bertapak di Hulu Besut Terengganu.
- Ajaran Matahai/ Tslin/Ajaran Haji Ahmad – Satu mazhab aga yang berasal dari Kampung Seronok Pulau Pinang
- Millah Abraham – Ajaran yang berasal dari Bogor Indonesia
dan banyak lagi……
Fakta Utama Ajaran Qadiani Sesat
- Ajaran Qadiani berasal daripada India dan diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad bin Ghulam Murtadha Bin Atta Muhammad yang dilahirkan di Qadian, berhampiran kota Amritsar, Punjab.
- Diasaskan di Malaysia pada tahun 1889 dan dipercayai mula bertapak pada tahun 1930 di Batu 20, Kuala Selangor, Selangor.
- Gerakan Qadiani ini turut dikenali sebagai Ahmadiyah, Ahmadi atau Ahmadiyyat yang pada asasnya berpegang kepada kepercayaan bahawa ajaran Mirza adalah ajaran yang sebenar.
Pada 15 Disember 1953, telah diadakan perbahasan antara kumpulan ini dengan para alim ulama di hadapan Sultan Selangor, Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah.
Hasil perbincangan tersebut telah diputuskan bahawa ajaran Qadiani tidak diiktiraf sebagai ajaran Islam, malah terkeluar daripada Islam. Disebabkan itu, gerakan kumpulan Qadiani ini semakin lumpuh.
Ciri-ciri ajaran sesat Qadiani
Beliau berkata: “Demi Allah yang nyawa saya di tanganNya, Dialah yang telah mengutus dan menamakan saya nabi dan menunjukkan bukti-bukti yang jelas tentang kebenaran dakwaan saya yang jumlahnya sampai tiga ratus ribu bukti “.
Mirza Ghulam Ahmad
- Sebagai nabi yang menerima wahyu
- Imam Mahadi.
- Isa al-Masih.
- Mempunyai mukjizat.
- Para nabi menyaksikan dirinya.
- Malaikat sebagai pancaindera tuhan.
- Nabi Isa AS telah mati dan kuburnya di Srinagar, India
- Mengubah ayat-ayat suci al-Quran mengikut kehendaknya sendiri agar bertepatan dengan dakwaan dakwaannya.
- .Mirza Ghulam Ahmad turut menafikan konsep jihad.
“Jihad dengan pedang telah dilarang. Semua peperangan untuk agama sekarang ini telah ditegah. Sekarang jihad untuk agama telah diharamkan. Pada pendapat saya, tiada doktrin yang memburukkan nama Islam lebih daripada doktrin jihad. Saya menghabiskan sebahagian besar umur saya untuk mengiyakan kerajaan British dan menentang jihad,”.
Fatwa tahun 1998 di atas telah diperincikan pada tahun 2000
Memandangkan mana-mana orang yang telah menganuti ajaran Qadiani telah menjadi murtad (keluar daripada agama Islam), akibatnya dari segi hukum syarak dan undang-undang sivil adalah:
- Perkahwinan orang tersebut boleh dibubarkan dengan pengesahan Mahkamah Syariah mengikut seksyen 46 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984.
- Orang tersebut tidak boleh menjadi wali dalam akad nikah anak perempuannya.
- Orang tersebut tidak boleh mewarisi harta peninggalan kerabat-kerabat Muslimnya.
- Orang tersebut tidak berhak untuk mendapatkan apa-apa keistimewaan yangdiperuntukkan kepada orang Melayu di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan sekiranya hak-hak tersebut telah diberi, dinikmati atau diperoleh oleh orang tersebut, ia hendaklah terhenti dari berkuatkuasa dan bolehlah dilucut, ditarik balik dan dibatalkan mengikut mana berkenaan, oleh pihak berkuasa yang berkaitan.
Kesimpulan
Umat Islam di Malaysia perlu memantapkan aqidah masing-masing berlandaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah untuk tidak terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang menyimpang dari ajaran Islam. Jauhilah ajaran seperti Ajaran Qadiani Sesat dari menghancuri keluarga kita.
Macam- macam ajaran sesat wujud dalam dunia ni kan..semua mengganggu akidah orang islam..sebab tu kena kuat iman dan berhati- hati….
Wow berat artikel ni, kena pahamkan betul2
semoga kita dijauhkan dari ajaran sesat ni, amin.
Nauzubillahiminzalik moga dijauhkan daripada ajaran yg sesat macam ni. Takutnya…