Cara edit gambar gelap supaya korang tak terus buang gambar tersebut kalau tak puas hati. Adakan korang buat macam ni kan.. kan. kan. Penat dah korang posing kan. heheh jangan risau setiap benda ada solutionnya. Kena rajin godek sikit jer.
So kali ni aku nak kongsikan cara mudah kalau korang selalu amik gambar tapi sesetengah part tu tak berapa bestlah dari kaca mata korang, Muka pun tak nampak. Nampak dull and tak bestlah.
Aku pengguna Iphone X, kalau ambik gambar dalam rumah kadang-kadang memang selalu gelap. Walaupun ianya Iphone yer tetap ada masalah gelap tu.
Tapi kalau iphone 10 ke atas aku rasa dia orang dah settle masalah nih, dah improve banyak. Kalau korang perasan influencer atau instafemes akan amik gambar di tingkap berlatar belakangkan langsir semata – mata nak dapat cahaya natural dari matahari.
BACA ; PANDUAN BLOGGER OPTIMUMKAN IMEJ
Kalau pagi pagi okay lah, kalau tengahari hahaha jenuh jugakan. Nampak tak betapa pentingnya cahaya nih untuk menghasilkan gambar yang osem.
BIla dapat hasil tak best memanglah agak mengecewakan, tapi aku rasa ini masalah sejagat nih tambah tambah Iphone atau handphone lain yang tak berapa power.
Takkan kita nak siapkan lampu bagai. Lambat and leceh, Well actually kalau overexpose pun tak bagus sebab boleh hilang details kalau kita edit. Biar sedikit gelap tapi bila naik kan exposure dia segala ‘details ” dan perincian tidak hilang.
Jangan bimbang
Gambar raya aku baru ni mendapat like and komen yang banyak kononnya aku ambil di studio. Maklumlah raya PKP. Kita makan, ambik gambar dan tidor ulang ulang. Seronok juga sebab kali ni dapat hasilkan gambar yang best.
Tapi Gambar raya kali ini aku ambil menggunakan kamera fujifilm mirroless. Walaupun dah bukak exposure tapi still aku rasa agak gelap dan tak berpuas hati.
Aku tak pakai banyak apps sebab tak berapa nak rajin hahaha. Cukupla dengan menggunakan adobe lightroom ( free version sahaja pulaktu)
Satu lagi cara nak mudah korang boleh menggunakan preset yang banyak orang jual tu untuk mendapatkan effect tertentu. Aku ada juga dowload cuma setengah tu tak kena dengan jiwa aku, terlebih sangat cara edit sampai tak real.
Aku prefer gambar yang real, crisp dan cerah sedap mata memandang. So apa yang korang kena buat ?
Mula-mula downloadlah Adobe Lightroom. hehhehe. Buka apps tersebut dan add/ tambah gambar dalam adobe lightroom dan mulakan proses editing atau suntingan .
Haaa cuba tengok yang lepas edit nih
Cara Edit Gambar Gelap
Cubalah beberapa langkah mudah ini di Aplikasi lightroom dan belajar untuk mencerahkan gambar anda dengan beberapa klik! Untuk membetulkan gambar gelap dan kurang terang, anda boleh memfokus pada 3 features sahaja.
Kalau ikutkan korang boleh gunakan applikasi tambahan lain seperti VSCO dan snapseed. Tapi bagi aku memadailah dengan adobe lightroom ini sudah memuaskan hati aku.
Boleh guna juga edit tools di Instagram tapi hasilnya tidak berapa cantik dan tidak berapa professional. Kebanyakkan photographer atau media house akan menggunakan tools ini untuk memperbaiki gambar yang ada
So bersedia? Jom kita edit gambar yang gelap and tak berapa best tu.
Ketiga features/slider ini boleh ditemukan di bawah panel Lights
- Exposure
Mulakan dengan menggeser Slider pendedahan ke kanan. Ia cukup sensitif, jadi perubahan kecil mungkin memberi kesan besar pada gambar. Tarik perlahan-lahan sehingga anda mencapai titik yang anda suka, dan fokus pada butiran yang anda pulihkan dari gambar. sebainya dapatkan gambar terlalu gelap dan tidak terlalu terang,
CATATAN: jangan lakukan ini, anda boleh memperbaiki banyak bahagian gelap lain dalam gambar anda dengan tiga langkah seterusnya. - Shadow
Langkah kedua adalah membetulkan bayang-bayang. Slider ini jauh lebih sensitif daripada yang Exposure, jadi anda mungkin perlu memindahkannya ke kanan.
Slider SHADOWS hanya memberi kesan pada kawasan gelap pada gambar, anda boleh menggunakan gelangsar ini untuk mengembalikan butiran yang hilang. Sekiranya hanya beberapa kawasan gambar yang sedikit kurang terpapar, sesuaikan ” bayang-bayang dan hitam ” terlebih dahulu - Black
Langkah terakhir, anda boleh menyesuaikan Orang Hitam. Dalam foto gelap, anda mungkin perlu meluncurkannyaSlider ke kanan. Dengan langkah terakhir ini, anda dapat menyingkirkan bahagian gelap terakhir dalam gambar anda.
Cukup 3 langkah basic ini sahaja untuk dapatkan gambar yang best, tetapi selalunya aku akan edit lagi untuk bahagian warna dan effect untuk dapatkan hasil yang lebih dramatik.
Tak payah nak upload gambar banyak- banyak tapi tak ada kualiti, tapi dapat 2/3 gambar yang best, lepas tu edit dan korang tengoklah hasilnya. Nak tau feedback cuba upload di sosial media .
Wow! dahsyat dia punya selepas tu.. boleh try nanti.
wow mabeles, nak try gak lah…
wah terbaik !
Gud sharing nnt sha try
Biasanya edit juga gbr klu part brightness ni..sbb kekadang gelap gmbr nmpk suram lakk…😁
Nice tips akak.. Saya pun suka edit lighting n balance kan yg lain2 ikut mata kita
Syok pakai adobe lightroom ni kan edit pic. Dengan filter kita dah ada lawa je gambar kat instagram.
Tq kak..suka juga edit-edit gambar ni. Edit mudah-mudah je lah retinya.. baru sedap mata memandang
pernah cuba memang terbaik suka sangat… mudah kerja-kerja nak edit gambar.. tak payah shot banyak kali kan!
wow gambar menyerlah dan bertambah menarik.. mya pun dah kena belajar balik aplikasi edit2 ni. mya failed bab ni.
heheheh jom kita edit gambar
nice sharing. edit2 lah perlu, baru nampak cantik tu gambar.
Kita edit guna snapseed je selalu.
Nad memang suka pakai lightroom. Kebanyakan gambr nad guna lightroom
Kena belajar guna lightroom juga ni. Biasa Ai guna RNI Films je dah ok. Tapi kalau gelap sangat bila cerahkan akan pecah gambar tu.