6 sebab Hotel Hard Rock Penang best ! banyak nak cerita bercuti di hard rock penang nih, semuanya secara tiba tiba sahaja. Benda kalau tak rancang memang selalu jadi. Banyak aku dengar pasal bestnya hotel ini. Review yang baik-baik sahaja berkenaan hard rock hotel penang malaysia ini kerana ia menyajikan pengalaman yang berbeza banding dengan hotel laon.
Table Of Content
- Hunt cari Harga mana lebih murah ?
- 6 sebab hotel Hard Rock Penang best
- 1. Jamming Gitar di Bilik weh!
- 2. Bilik yang Osem, Tema rock & Roll
- 2. Swimming pool Hard Rock Penang Mabeles
- 3. Pantai yang bersih
- 4. Kids Activity
- 5. Restoran pun okay.
- 6. Hard Rock Cafe
- Review Hard Rock Hotel Penang
- Maklum Balas Hotel Hard Rock Penang
- Hard Rock Penang Facilities
- Pengalaman Penginapan
- Makanan yang Menggoda
- Keseronokan dan Hiburan
Bila dengar harga Hard Rock Jatuh (selepas PKP) kami terus rasa inilah rasanya nak cuba hotel ini.Uih aku dah teruja. Lepas itu bila aku bagi tahu abam terus dia pun gedik gedik masuk agoda.com tengok harga Hard Rock Hotel Penang.
Hunt cari Harga mana lebih murah ?
Uihhh.. betul la memang murah dari dulu .Macam biasa bandingkan harga antara portal-portal travel terlebih dahulu tapi akhirnya abam book di official website Hard rock Hotel terus sebab macam lagi best offer. Jadi based on pengalaman ini, maka lepas ini korang alert lah hard rock penang promotion kalau ada lagi.
Bila dah start booking, Setiap hari iman pun sibuk mengira hari, bila nak pergi, bila nak pergi. Jadinya pada 15/ August 2020 kami sampai ke Pulau Mutiara, Pulau Pinang.
Kiranya Penang ni kampung kedua kami di sana, yerlah .. tempat kami bertemu, Ali Setan USM heheh. gittuu
Musim Covid19 harga hotel jatuh sebab itulah tak sabar nak cerita 6 sebab Kenapa Hotel Hard Rock Penang best
Yer betul, memang jatuh musim post covid nih. Maybe sebab setengah orang tak berani and takut takut nak jalan-jalan. Jadi permintaan hotel agak kurang. Tapi kalau korang rasa berani “sikit” macam kami, masa ini lah yang terbaik untuk menikmati hotel yang mahal dengan harga yang murah.
Acah acah berani sebenarnya, sebab masa kami ke sana, tengah heboh kes kluster sivangangga dan klurster tawar. Jadi kami memang cuba elak tempat yang ramai orang. Masa di padang kota memula tu tak ramai, tapi disebabkan ketagih pasembor naklah jugak pi kan…
Lepas tu nak jalan ke arah padang tengok umat manusia ramai terus patah balik. cuak oit musim covid
Normal price harga Hard Rock Hotel Penang ini dalam RM650++. A bit pricey untuk kami yang biasa jalan jimat jimat nih. Tapi kali ini kami dapat dalam harga RM400++ with breakfast, makanya apa lagi. Abam pun tanpa rasa ragu ragu terus sahaja buat booking.
heheh.. kalau orang dah kuat nyongket ( kaki jalan) ni, macam ni lah … pikir nak jalan jer. Panas bontot.
Walaupun RM400++ tapi kira tinggi lah juga untuk kami belanjakan untuk penginapan. Nasib baiklah kredit airbnb masih banyak so kami tidur percuma dia studio apartment. If Nak tau macam mana dapat percuma boleh skroll di bawah sekali ni.
6 sebab hotel Hard Rock Penang best
Serius best bercuti di hard rock penang ni, aku anak beranak memang enjoy sesangat weh ! Aku ada beberapa sebab kenapa we all rasa Hard rock ni best and berbaloi dengan percutian kami. Jom lah faham kenapa 6 sebab hotel hard rock penang best
Puas hati. Kena rasa walaupun sekali.
1. Jamming Gitar di Bilik weh!
- This is the winning point, especially from my husband’s point of view. Memang tidak ada lah di hotel lain.
- So kena letak ni no 1. Aku pun naik syiok tengok dia jamming
- Rupanya sebelum sampai ke sana lagi dia dah survey apa yang best disini.
- Korang boleh pilih mana mana guitar yang ada di sini. tapi tidaklah banyak.
- Rasanya dalam 15 biji guitar.
- Masa mula mula pembukaan HRH ni kena bayar dalam RM5000 deposit untuk pinjam gitar-gitar ini.
- Kemudian turun RM2000 so boleh agaklahkan berapa harga guitar tu sebijik
- Tapi sekarang tak payah dah bagi deposit, boleh ambil sahaja tapi first come first serve
- Korang juga akan dapat amp dan of course headphone, kalau tak pecah lah bilik dengar bunyi gitar letrik nih
- Aku tengok laki aku enjoy sangat sangat sambil jamming sambil pandang laut gitu
2. Bilik yang Osem, Tema rock & Roll
- Bilik tu okay laaa, tidak besar tidaklah kecik.
- stunning sea views hard rock
- Tapi bestlah bilik dia. Clean setup but nampak class. sis suka. hehhe..
- Lobi area pun ada mood dengan sinaran lampu purple
- Sepanjang area pula, ada gambar2, baju atau segala instrument musician yang femes.
- Untuk kami 3 beranak, just nice. kalau banyak anak mungkin agak sempit. setakat 5 orang ank kecik kecik berhimpit okaylah kut
- View mengadap laut. Blissful and best
2. Swimming pool Hard Rock Penang Mabeles
- Perghh ini memang best. Kita yang orang besar nih pun teruja tengok kolam dia
- Kolam dia memang besar dan pool waterpark play area memang best
- Kalau ada duit lebih ambik lah bilik yang bukak sliding door terus masuk kolam cuma view pulak tak berapa best sebab terhalang dengan pondok pondok dihadapan tu.
- Keluasan size kolam tu sepanjang hotel tu lah. Besarkan.
- Ada area kolam yang berpasir didasarnya, ada area kolam yg dalam , ada area untuk anak anak.
- Sambil tu dia orang bukak music rock & roll, perghh memang layan kalau korang temgok anak anak mandi tu
3. Pantai yang bersih
- Aku suka pantai di sini.
- Macam ekslusif untuk orang stay di hard rockhotel ni sahajaa. Bersih sahaja area pantai tu.
- Ada dock yang seronok untuk korang ambil gambar sewaktu sunset
- Seperti biasa ada operator yang menawarkan servis jetski, banana and parachut tu.
- Tapi kita orang tak ambik sebab dah pernah naik dan abam kan dah cedera di bahu. So tiada sapa yang boleh teman iman naik banana tu.
4. Kids Activity
- Hotel untuk family memang tidak lengkap kalau tiada fasiliti untuk anak anak.
- So memang ada kids area yang best untuk anak anak
- Untuk sesetengah bilik, ada dilengkapkan dengan PS4.
- Katanya ada 15 bilik yang ada kemudahan ini.
- Tapi still kena ambik di tempat yang sama dengan guitar.
- pool, foosball, video games on an Xbox or Playstation 3 console
- Iman tak sempat nak main sebab lebih suka mandi di pool
5. Restoran pun okay.
- We all ambik package breakfast sekali.
- Unfortunately datang musim covid pergerakan tu macam limited lah sikit.
- Semuanya di hidang oleh pihak restaurant
- Cuma apa yang menarik, hehehe siap di pakej kan dengan menarik dengan bungkusan Hard rock contoh macam nasik lemak ini lah ,.
- Alaaa.. macam korang pergi Legoland and Disneyland hotel lah, kan semua makanan tu di bentuk dan di pakej mengikut hotel
- Tapi aku tak ingat makanan apa yang sedap hahaha…
6. Hard Rock Cafe
- Jangan lupa kena register nama terlebih dahulu kalau plan nak makan disini.
- Kalau memang plan nak makan di situ, sebaik sampai sahaja boleh daftar.
- Makanan okaylah, tapi I expect more. Sebab dah biasa makan di TGI friday dan Chilis so aku bayangkan lebih special disini.
- Unfortunately tak ada live band. Abam agak frust.
- Iman yang paling enjoy sebab dia suka baca setiap satu sejarah baju, instrument yang ada di pamerkan disini. siap google terus info artis berkenaan.
Kalau ada rezeki memang kami nak pergi lagi kesana. Ada yang cakap Hard Rock Hotel Desaru pun tak sehebat Penang. Satu lagi setiap kali ke bali, memang kami akan terintai sahaja hard rock hotel di Kuta tu.
Katanya lagi happening heheh…
Nantilah one day kalau dah habis covid 19 ni kita akan cuba jejak juga di sana. Overall, satu percutian singkat yang best untuk kami anak beranak walaupun 1 malam. Kalau tahu best macam ni book 2 malam terus hahaha.. mcm lah banyak duit.
Sebab itulah aku berani kongsikan
oh yer… malam pertama kami tidor percuma dengan penginapan airbnb, heheh best juga. Tapi itulah kalau dapat staycation 3d 2n at hard rock ni lagi better aku raa
Nak tahu macam mana percuma cubalah intai entri yang ini . Panjang lebor aku cerita pasal airbnb. Bukan scam, ini betul-betul nih. Tetapi based on aku punya study, memang kriteria ini yang buatkan aku nak duduk Hotel Hard Rock Penan
Review Hard Rock Hotel Penang
Since nak ‘invest’ tidor hotel ni mahal (untuk aku) so kami memang buat study terlebih dahulu. So maklumat ini yang kami cari
Maklum Balas Hotel Hard Rock Penang
Salah satu ciri paling menonjol tentang Hard Rock Hotel Penang adalah maklum balas yang positif daripada pelanggan-pelanggan terdahulu. Dari perkhidmatan mesra kakitangan hingga kebersihan yang terjaga, ramai yang telah meninggalkan ulasan memberi pujian atas pengalaman mereka.
Hard Rock Penang Facilities
Hard Rock Hotel Penang mempunyai ciri-ciri yang memikat hati. Dari rekabentuk dalaman yang bergaya batu hingga koleksi barangan artifak muzik yang memukau, setiap sudut hotel ini memancarkan semangat rock ‘n’ roll yang sejati. Memang seronok betul berada di Hotel ni
Pengalaman Penginapan
Tetamu-tetamu di Hard Rock Hotel Penang dilayan dengan layanan istimewa. Bilik-bilik yang selesa dan moden memberikan ruang peribadi yang sempurna untuk berehat. Kehadiran pemandangan laut atau taman menambah seri kepada pengalaman penginapan.
Makanan yang Menggoda
Pilihan makanan di Hard Rock Penang benar-benar memikat. Dari hidangan tempatan yang autentik hingga masakan antarabangsa yang lazat, restoran-restoran di sini menyajikan pelbagai hidangan untuk memuaskan citarasa semua tetamu.
Aku suka melihat cara mereka pakejkan makanan yang disediakan
Keseronokan dan Hiburan
Dari persembahan muzik langsung hingga acara-acara hiburan yang menarik, Hard Rock Hotel Penang sentiasa memastikan tetamu-tetamu mereka berhibur. Suasana yang bertenaga dan penuh kehidupan menjadikan pengalaman di sini tidak akan terlupakan.
Wah… Syoknya
Teruja nak stay sini jugak satu hari nanti
tak pernah lagilah stay kat HR, nama besar, hotel pun mesti best kan..
Best bawak family sebab ada banyak facility untuk kids tu best..
Meh la datang HR Kota Tinggi..Boleh lelaga mask!! hahaha
Tazabar nak pi HR esok…lagi tazabar bila Kak Nini update ni
Skrg mmg byak harga jatuh.. Byak tempat lg kalau nak jalan2.. Btw nice sharing..
wah ini wajib pergi , memang akan melayan gitar tak tidur jawabnya
hahahha yes… kena pergi… mmg berbaloiii
It’s an awesome helpful website. Shamol Ray
Menarik betul hotel ni ya ๐
Bnayak betul hotel kasi harga murah sekarang ni.
Pening juga nak pilih yang mana satu. HR penang macam best je..Kena masuk list nih..
Wah..bestnya boleh jamming!
wahh best one day maybe simpan duit dlu hehe
Suka duk bawah.. Syok bukak pintu pastu terjun je ๐๐
lama tak bercuti di Penang.. boleh rikiยฒ hotel ni
Best betul tempat dia.. Kumpul duit la nak stay sini
Terasa nak g sini gak. Tapi husband anti betul dengan Penang. Nak kena pujuk lebih ni.
ahahahah napa dia anti dengan penang?? heaven laaa bab makan tu
Teruja betul Sal tengok Kak Ni dalam pool tu. Relax habis yuuuu…hehehe