10 tips nampak muda ataupun patutkah aku tulis rahsia awet muda nenek? Mesti semua teruja nak tahukan. Penting ke nak tahu pasal ni? Opkos penting, Siapa tidak takut tua kan tetapi realitinya masanya tetap akan tiba. Lari lah kemana pun. Masa akan berjalan dan tiap tahun umur kita tetap berganjak. Jadi untuk itu , kena ketahui 10 tips nampak muda. Bak kata orang putih kita kena embrace and aging gracefully
Table Of Content
Walaupun kita telah berumur 40an and cukuplah kita nampak muda angka umur 30 tahun, Agak mustahil untuk kelihatan seperti belasan tahun pula. haha jangan aim high sangat, tapi mana tahu kan. Mungkin ada yang memang lakukannya. Jadi kena ambik tahu segala tips yang berkaitan dari makanan awet muda, amalan doa awet muda. Tak salah kita mencuba.
Cuma kita janganlah tua sebelum waktu. Kadang-kadang hanya memerlukan beberapa teknik dan tips untuk memastikan kita tidaklah nampak terlampau tua walaupun memang kita berumur gitu hahaha.
Cuma janganlah kita yang masih berumur 40an tetapi seperti orang yang berumur 60an pulak.Uih aku memang risau bab ni dah lah lagi 4 tahun nak masuk umur 50 huhuhu .
Ada artikel tulis pasal awet muda cara jepun tu pun best juga kalau baca
Botox itu penyelesaiankah?
Kalau korang perasan beberapa orang ternama dan selebriti ramai yang ambil botox kerana bimbangkan kedutan di muka. Bagi aku hanya temporary. Bila satu masa kita tidak boleh melawan takdir, muka kita tetap akan jatuh tambah-tambah orang yang kekurangan kolagen atau orang yang tidak pernah kisah pasal muka.
Aging gracefully maksudnya biarlah kita tua dengan usia kita. Jangan terlampau taksub untuk cantik mengalahkan anak muda.
So here goes
10 tips nampak muda
Perkongsian tips ini berdasarkan pemerhatian, pembacaan, perbualan dengan pakar-pakar make up artis, doktor dan juga pakar kesihatan yang aku jumpa selama berblogging. Jadi terpanggil untuk kongsikan dengan korang semua. Mana yang elok amalkanlah.
1. Penjagaan Mata
- Dalam banyak part yang kena jaga dari segi pernampilan adalah bahagian mata.
- Bahagian paling sensitif adalah dibawah mata. Kedutan akan mula terserlah di bahagian bawah , dan di tepi mata
- Inilah nasihat yang MUA nasihatkan pada aku dalam satu sessi beauty produk
- Sebab tu kalau kita letak concealer di bahagian mata, otamatik kita akan nampak lain.
- Jadi dapatkan eye cream atau eye gel, untuk korang amalkan.
- Yang penting kena amalkan dari muda okay sebab Inilah benda pertama yang orang nampak dan lihat pada kita
- Setiap kali aku pergi facial treatment, beautician selalu nasihat tidorlah sebelum pukul 11 kalau nak elak dark circle.
2. Penjagaan kulit
- Beza orang tua dengan orang muda mestilah tahap ‘kekenduran kulit‘ atau ‘glowingnya‘ muka kita.
- Ada masa kita nampak orang muda pun boleh nampak tua, dan orang tua pulak nampak muda
- Pokoknya adalah penjagaan kulit, tidak kira lah umur berapa.
- Penjagaan kulit muka di kawasan muka dan badan berbeza. Muka lebih manja dan perlu extra perhatian
- Pastikan sentiasa extra cuci untuk muka selepas penggunaan make up penting yer untuk penjagaan muka
- Yang penting sunblock jangan tinggal. Pigmentasi akan aktif dibawah kulit kita nanti.
- To be frank inilah info yang aku tidak tahu sewaktu zaman muda. Ingat pergi laut sahaja untuk apply sunblock hahaha. so sekarang aku struggle untuk fight with Melasma setepek di muka tu.
- Mask perlu di ulang pakai selang 2/3 hari untuk hydrate kan muka.
3. Perut
- Samada orang muda dan orang tua, satu lagi benda penting yang korang kena jaga cuba jaga ialah perut.
- Elakkan kelihatan boroi atau seperti orang mengandung.
- Tidak kira untuk orang lelaki atau perempuan
- Untuk orang yang banyak anak mungkin menghadapi masalah untuk menjaga perut.
- Tapi ini tidak boleh dijadikan alasan lah kan, sebab ramai sahaja yang berjaya kurus.
- Pokoknya penjagaan perut adalah pengambilan makan secara sederhana dan senaman yang bersesuaian dan berterusan untuk menjaga perut
4. Penggunaan Make up yang sederhana
- Setuju atau tidak sekiranya penggunaan makeup yang berlebihan untuk orang berumur ni juga boleh membuatkan muka kita nampak lebih tua
- Seeloknya make up yang natural dan fresh
- Kurangkan penggunaan warna warna garang jika ke pejabat, mungkin boleh lebih vibrant untuk majlis tertentu sekali sekali.
- Untuk orang yang agak berumur tidak perlu make up mengalahkan artis
- Make up yang natural dan fresh lebih baik
5. Gigi
- Salah satu aspek yang aku rasa sangat penting adalah bahagian GIGI.
- Sebaiknya gigi dijaga dengan baik dari muda.
- Jangan biarkan gigi yang telah dicabut kosong begitu sahaja.
- Buatlah bridge, crowning atau pun gigi palsu.
- Kegagalan untuk mengganti gigi yang telah dicabut secepat mungkin akan membuatkan gigi kita bertambah jarang.
- Selain dari itu kita akan nampak lebih cengkung sekiranya gigi berkurangan.
6. Jangan terlampau kurus
- Kenyataan ini sesuai untuk orang yang berumur 40an ke atas and jangalah terlampau kurus walaupun semua orang inginkan badan yang slim dan kurus
- Tapi setengah orang lupa dengan faktor kekenyalan kulit dan badan kita akan membuatkan kita kelihatan ‘sagging’.
- Kes ini terutama yang kurus mengejut seperti diet crash dan juga potongan usus.
- Yang pasti sekiranya tidak pergi ke Gym untuk pembinaan otot semula pasti akan kelihatan lebih tua.
7. Pemilihan warna baju
- Panjang lebar aku cerita dalam entri sebelum ini aku dah kupaskan kepentingan pemilihan warna.
- Basically, untuk yang berumur ini jangan terikut dengan orang muda kerana ia akan kelihatan lebih akward.
- Ingat, Kita bukan artis!!
- Seeloknya pilih warna yang sweet dan pastel untuk kelihatan lebih tenang
8. Jangan Stress
- Yakinlah, jika aku bilang punca segala penyakit adalah stress
- Kita akan sentiasa berada dalam negative vibe sekiranya sentiasa stress.
- Seeloknya perlu tahu membahagikan antara kerja dan keluarga
- Badan dan riak wajah kita memang senang berubah mengikut tahap stress badan kita
- dalam umur 40an, aku memilih kerja yang kurang beri tekanan tapi aku enjoy untuk melalukkanya setiap hari.
- aku selalu divert tekanan dengan berblogging, travel dan deko rumah
9. Senaman
- Walau bagaimana kita kawal makanan dan berjaya kurus, senaman jangan tinggal.
- Senaman akan membantu kita untuk terus ada stamina dan lebih bermaya
- Senaman juga salah satu cara untuk kita membuang toksik, dan supaya anggota badan akan lebih kuat
- Namun, aku lihat beberapa kawan lelaki aku yang terlampau aktif cycling dek panahan matahari kulit mereka bukan sahaja terbakar tetapi nampak lebih tua.
- Maklumlah orang lelaki bukan kesah bab ini kan.
- Maksudnya perlu tahu had senaman yang bersesuain dengan kehendak kita
- yer ini lah antara 10 tips nampak muda untuk aspek senaman.
10.Kawal Pemakanan
- Semakin berumur semakin kena kawal pemakanan.
- Makan berlebihan pasti akan membawa penyakit kepada kita.
- Lebih malang kalau kita akan jadi obes pula.
- Bermulalah dari sekarang dengang pengurangan makanan suku suku separuh.
- Lebihkan sayuran dan buahan, pasti kulit kita akan lebih glowing.
- Memang tough bab ni, huhuhu tapi ini memang terbukti. Makan vitamin C takkan sama dengan natural source.
Sebenarnya ada banyak tips yang aku boleh kongsikan, buat masa ini kita cuba hadam dan praktikan ini terlebih dahulu. okay tak 10 tips nampak muda ni. kalau nak lebih details boleh refer di https://www.townandcountrymag.com/style/beauty-products/g19410418/how-to-look-younger/
Ingat living in happy life semua positif vibe pun akan hadir dalam hidup kita.
Kebanyakan tips tu amat berguna. Bila dah 30+ series, rasa faham tips ni. Sebab gigi macam dah mula jarang, eye bag dah sekilo, perut susah kempes dan pakaian lebih suka pastel. Haahaa
Thanks for the tips! Memang memerlukan tips2 macam n sejak usia makin meninggi ni hehehe
another useful tip adalah time muda kena rajinkan diri pakai sunscreen setiap hari hehe
penjagaan kulit dan exercise sangat penting untuk kecantikan dan kesihatan diri. nice sharing 🙂
betul, mata paling penting sbb eyebag tu buat kita nampak tua dan nmpk tak sehat, tak fresh.
then perut, sighh tatau la nak ckp.. .jga teruk dah.. tapi tetap boroi..hmmm
Ada kawan dia dari gemuk jadi kurus. Kurus sangat sampai mata nak terkeluar. Terus nampak tua sangat..
kaan… kalau terlampau kurus confirm nampak tua
Btul lah tu.. Gigi, perut, muka, mata semua kena jaga.. Pemakanan pun kena jaga sekarang lagi2dah berumur nih.
Terima kasih berkongsi tip-tip ini boleh Naim amalkan dan yang paling penting pemakanan kena jaga juga..:)
tapi makeup yang natural dan fresh pun banyak je yang guna foundation atau base tebal. Rasanya lagi banyak product guna
owh itu mesti make up no make up. itu kategori lain. betul ini tebal juga.
tapi utk orang berumur mcm akak ni make up light2 udah.. hahha sbb kulit dah kendur
good tips. thanks sharing. semua okay cuma pemakanan dan perut tu je out sikit haha. kena start jaga balik ni
Betul juga la point2 untuk nampak muda… Kitkat ada problem dengan perut boroi “Sikit” jer… kalau tak jaga lagi, dengan metabolism pun semakin rendah skrg, sure akan nampak lagi teruk lepas ini… Another issue is mata, walaupun cukup rehat/tidur, tapi eyes bag tetap jelas skrg… kena pakai cream sebelum tidur la lepas ni…
Semua yang di atas memang bagus di amalkan dan dipraktikkan…usia makin naik ni, perut pun sama naik, pelik nauu rasa hahahaha… tapi mybe sebab no 10 tu tak jaga hehehehe..
Thank you kak share tips ni. Memang sangat bermanfaat. Maklumla umur lagi berapa tahun nak masuk 4 series ni. Haha
Wah !! So good tips from you . Nice pic of u
bagus ke semua tips yang diberikan…jangan terlalu kurus ya juga….plg penting jaga pemakanan da bersenam
Saya memang perlukan tips-tips ni semua. maklumlah dah meningkat usia ni kan. terima kasih share tips yang berguna macam ni
Bagusla semua tips ni. Iza sampai part penjagaan muka ok dh. Nk try slow2 jaga makan pulak. Tapi lepas ceaser susah nk slim betul.
Ya Allah suka sangat jika orang kata nampak muda. Lagi pun, biarlah umur semakin meningkat asal hati dan jiwa masih muda.