Pengalaman Terbaik untuk Percutian Anda Seterusnya. 10 tempat glamping di Malaysia

10 tempat glamping di Malaysia | untuk orang yang pertama kali atau nak cuba cuba berjinak camping ni aku rasa kena mula dengan glamping. Ada beberapa kelebihan glamping ni, tapi of course ada juga part yang tak best dan ianya bergantung kepada tempat yang korang pilih.

Since aku dah mulakan aktiviti glamping, aku dah set 10 tempat glamping yang aku cuba nak pergi bersama family selepas ini. Kita tulis dulu, lepas tu kita aim and lepas tu kita pergi lah walaupun aku pernah tulis A’moss tu antara tempat staycation yang aku nak pergi masa PKP hari tu hahha, sampai sekarang aku tak dapat jejak lagi

Sekarang memang dah jadi trend sebenarnya orang Malaysia ni nak bercamping. Walaupun baru pertama kali jejak arena ni tapi saja nak kongsikan pengalaman glamping dengan korang

Glamping ni of course lah dari ayat “Glam” + “Camping” hahaha.. ala glamer gitu. Banyak tempat camping menarik di perak dan selangor, tapi tak semua menyediakan “Glamping”. So korang kena mencari dan bertanyalah sikit selain dari tempat perkhemahan di malaysia

Kalau dekat Facebook tu bolehlah nampak beberapa kawan aku sendiri rajin update tempat tempat khemah yang best.

Geram jer tapi bila tanya diri sendiri ni mampukah aku nak jadi camper tegar?

Kelebihan Glamping Vs Camping

Bagi aku untuk newcomer atau pun newbies rasanya korang tak payah nak invest beli kelengkapan khemah dan sewaktu denganya. Bukan murah yer, takkan nak beli cikai-cikai kalau korang ada 3-4 anak. Kena beli yang besar dan sesuai untuk famili harga boleh capai RM1k-3k

Kedua, belum tentu camping ni sesuai dengan korang.

Untuk memulakan aktiviti camping korang perlu melakukan beberapa aktiviti seperti ini.

  • Beli khemah
  • Beli Peralatan Memasak
  • Organise barang camping,
  • Setup kemah,
  • Memasak,
  • Masalah bilik air dan sebagainya
  • Storage untuk simpan khemah dan kelengkapannya

So kalau korang tiada masalah di atas korang confirm boleh camping. Tapi kalau korang ada masalah macam aku hahah ater moh la kita mula berjinak jinak dengan glampiing terlebih dahulu. Hanya bawak badan dan beberapa bahan basic penting seperti makanan.

Aku dan family berjaya glamping di Backyard Glamping hehehehe. A very last minute plan and alhamdulillah kita orang dapat secure tempat tu. Hero kecik aku tu sangat-sangat enjoy walaupun area situ bukan lah besar sangat tapi dia rasa “Cosy” bebetul.. lay back katanya.

Siap mintak nak datang lagi, maybe faktor cuaca sejuk dan relax yang membuatkan dia jatuh hati sangat dengan acara glamping di cameron highland. Kalau camping ni aku syak anak aku tak berapa rajin . Ini andaian aku, tapi maybe belum cuba belum tahu.

Nak kena cari jugak lepas ni tempat glamping port dickson kalau anak aku ajak nanti.

Pengalaman aku sendiri haha, aku bawa TM6 untuk memudahkan proses masak memasak ni. Alaa orang pergi swiss pun bawak TM6 tau takkan aku tak boleh bawak pergi glamping. Dah namaya glamer camping hahah

tm6glamping

Jom tengok list tempat glamping in malaysia yang aku boleh terjah nanti.

10 tempat glamping di malaysia

Tiarasa Escapes, Janda Baik

Hanya 45 minit dari KL. 20 konsep khemah gaya safari mewah & 5 rumah pokok yang indah, dikelilingi oleh kabus gunung, hutan hujan yang subur, anak sungai yang bergelombang, laluan berliku.

Ownernya adalah pelakon terkenal Tiara Jacqueline. Korang boleh bersantai sambil dikelilingi alam semula jadi di tempat indah ini! Tapak glamping ini penuh dengan beranda luas, perabot-perabot kepuakan, teepee, buaian dan kolam renang yang cantik. 

tiarasaglamping

Sejak dilancarkan beberapa tahun dahulu memang ada bagi feedback yang baik, dan ada juga komen negatif, itu korang boleh gugel sendiri yer

Banyak selebriti seperti Dato Ct nurhaliza pun pernah buat family day disini. Hanis zalikha pun pernah sampai.

Tapi harganya agak keras hahahah…

Glamz @ Genting

glamzgalmping

Jarak dari KL: 45 minit

Nikmati kabus di Glamz, rumah gaya glamping yang terletak 28 minit dari Genting Highlands. Tempat penginapan di khemah loceng atau kubah cantik bersama jakuzi peribadi! Ia penuh dengan hiasan lampu dan khemah putih yang sempurna untuk anda bergambar.

Hanya dalam jarak empat puluh minit pemanduan dari bandar KL, Glamz adalah sebuah ruang acara yang unik dan glamping seumpamanya di Malaysia.

Kubahnya agak besar dan siap dengan katil kecil.

Pengalaman husband ke sini sewaktu team building katanya, Okaylah sebab masa tu baru dilancarkan dan glamping ni macam benda baru.

Cuma kalau waktu panas terasa jugak kepanasannya

Backyard Glamping, Cameron Highland

Terletak di Brinchang, atau spesifiknya di Kampung Sidia dimana banyak penjual melayu menjual hasil tempatan Cameron highland. Terdapat juga beberapa restoran yang agak femes di situ

Terdapat dalam 6 unit khemah sahaja, dibina berdekatan kawasan rumah penduduk disitu, sesuai dengan nama backyard glamping.

backyardglamping

Kelemahannya, perlu mendaki dalam 30m dari parking dikaki jalan, jadi perlu bersedia dengan kelengkapan yang sesuai. Instead of bag tarik, tapi barang perlu diletakkan dalam backpack untuk memudahkan proses mengangkut Agak tidak sesuai untuk orang berumur atau sakit lutut

Pujian harus diberikan atas penyediaan kawasan pantry dan tandas yang sangat bersih.

The Backyard Glamping terletak bersebelahan dengan Cameron Bharat Tea Estate. Kalau korang pergi cameron highland dengan menaiki bas, Stesen bas 4RM ke Mossy Mountain boleh dikunjungi dalam masa 10 minit berjalan kaki dari glamping ini.

  • Single Tent: RM120
  • Couple Tent: RM210
  • Family Tent: RM250

Amoss Farmstay

Ia terletak ditengah-tengah ladang, bunga dan herba yang comel. Kebanyakkan Kubah atau dome menghadap tanaman kubis dan mempunyai pemandangan yang menakjubkan.

10 tempat glamping di malaysia

Tempat letak kereta di belakang, tandas di luar kubah, dan juga dilengkapi dengan hiasan menarik, paling penting tempat itu bersih berkilauan dan dijaga dengan baik oleh pemiliknya.

Pihak Amoss juga mengambil inisiatif extra denga seperti membina buaian yang bagus untuk tetamu, menanam banyak bunga kecil di sepanjang laluan, menjadikan tempat ini sangat istimewa dan unik.

Pemiliknya sangat ramah dan baik dan sangat membantu. Setiap sudut adalah insta layak dan anda boleh melawat dan paling best menonton orang menuai kubis pada waktu pagi.

Makanan tidak termasuk tetapi anda boleh membawa makanan anda sendiri.

Lokasi

  • Amoss Street,
  • Kampung Gerak Sepadu Jalan Bahagian Gunung Brinchang,
  • Sungai Palas, 39100 Malaysia

Sea Horizon Resort, Johor

Sea Horizon Resor ialah resort glamping romantik yang dibina di tebing bukit dengan pemandangan Lautan China Selatan.

seahorizonglamping

Terletak di perkampungan nelayan Sedili Besar yang tenang, Sea Horizon Resort dibina tinggi di atas tebing yang menakjubka. Suasana yang sempurna ini terletak hanya 1.5 jam di timur Lapangan Terbang Senai Johor, membawa kita lebih dekat dengan alam semula jadi.

Inspirasi dari penduduk kampung disini, ia menggambarkan kehidupan di tepi laut yang sederhana dengan caranya yang tersendiri

Gopeng Glamping Park, Gopeng

Kalau teringin ingin tidur di dalam khemah sambil ditemani bintang-bintang di langit, dikelilingi bukit bukau, sungai, gua dan hutan yang lebat. Boleh lah cuba untuk glamping di bandar bersejarah Gopeng, Perak.

Taman Glamping Gopeng ialah tempat percutian hujung minggu yang sempurna untuk bersantai bersama kawan-kawan, keluarga, mahupun pasangan anda dan ini antara tempat glamping di perak

Tapak glamping ini biasa saja, tapi dibina untuk keselesaan dan bersantai walaupun ia ringkas. Yang bagusnya, Ipoh cuma sejauh 30 minit dari sini!

Dusun Bonda

Dusun Bonda ialah tapak glamping yang terletak di dusun buah-buahan! Inspirasi daripada kasih sayang seorang ibu (sebab itulah ia dipanggil bonda!), tempat ini sempurna untuk bercuti bersama kawan-kawan atau keluarga – meluangkan masa bersama orang tersayang sambil dikelilingi hutan tropika.

Kelebihan tapak perkhemahan di dusun bonda ini menawarkan aktiviti-aktiviti mesra kanak-kanak dan pelbagai kemudahan rekreasi termasuklah laluan mendaki, mandian mata air panas, kolam renang dan banyak lagi.

dusunglamping

Umea Glam Kundasang, Sabah

Terletak di Kundasang Sabah, pastinya cuaca sejuk dan lokasi berdekatan Gunung Kinabalu menjadi tarikan utama ke sini.

umeaglamping

Umea Glam Kundasang ialah tempat glamping cantik yang dikelilingi pemandangan lembah-lembah, pokok-pokok dan gunung-ganang Sabah.

Terdapat 4 unit gaya kubah di sini dipenuhi perabot desa dan selesa termasuk karpet , lantai kayu, kerusi-kerusi yang selesa dan katil. Yang pasti apabila korang selak langsir korang akan disajikan dengan pemandangan lembah di depan mata anda!

Kalau anda merancang nak ke Sabah, jangan lupa lawati tempat ini.

Stellar Cameron Highland

Stellar Cameron Highland menawarkan 2 jenis penginapan, samada secara caravan atau pun glamping. Terletak di atas bukit yang tiada pokok-pokok berbanding dengan tempat glamping yang lain.

Cuaca sejuk di cameron highland adalah penyelamat utama kalau ingin glamping di kawasan ini.

Walaupun Caravan menjadi tarikan utama di sini, terdapat A-Frame Tent (RM488/malam) atau Hexagon Tent (RM488/malam), yang boleh memuatkan dua orang. Tetapi Jika anda berada di sana bersama rakan atau keluarga, mungkin boleh sewa Cottage Tent (RM988/malam) yang mampu menempatkan sehingga empat orang sekaligus.

stellarglamping

Bukit-bukit menghijau dan ladang-ladang yang luas, ditambah dengan udara yang dingin, menjadikannya destinasi yang ideal untuk staycation dalam kalangan pelancong mahupun penduduk tempatan.

Pengalaman menarik glamping di dalam khemah dilengkapkan dengan membakar marshmallow di atas unggun api di bawah bintang pasti memberikan pengalaman yang menarik untuk anak-anak.,

Jikalau ingin mencuba tidor dalam caravan pulak ianya bermula dengan harga RM988/malam, The Cozy Caravan dilengkapi dengan dapur yang selesa, peti sejuk, meja makan dan cerek, mempunyai kemudahan seperti TV serta set meja dan kerusi luar khemah.

Kuak Hill Resort, Lenggong

Kuak Hill Resort merupakan sebuah pusat penginapan berkonsep villa dan glamping yang terletak di Kampung Kuak, Lenggong, Kuala Kangsar. Lokasinya yang berada di atas bukit bukan sahaja menjanjikan suasana yang dikelilingi kehijauan alam semulajadi, ia juga menjanjikan pemandangan yang cukup istimewa dan luarbiasa.

kuakglamping

Ianya satu lokasi glamping yang sangat menyeronokkan dan mempunyai panorama indah Banjaran Titiwangsa dengan suasana mendamaikan di atas bukit.

Glampsite di sini merupakan penginapan di dalam kemah atau glamping. Terdapat 5 glampsite yang mereka sediakan yang berbeza mengikut muatan dan level kemah. Anda boleh memilih antara top level hingga ke 5th tier level. Terdapat juga satu glampsite istimewa di sini yang dikenali sebagai The Hidden Spot. Ia menawarkan privacy yang lebih dan suasana yang cukup menarik di kelilingi kehijauan.

JENIS PENGINAPAN :

  1. Camping Site (10 Tapak)
  2. Glamping Site (10 Tapak)
  3. Family Suite 2 Tingkat (4 pax) x 1 Unit
  4. Family Suite 1 Tingkat ( 4 Pax) x 1 Unit
  5. Family Suite (2Pax) x 1 Unit
  6. Famiy Duluxe (2 Pax) x 5 Unit

Juga terdapat Fasiliiti tambahan

  1. INFINITY POOL daripada air bukit semulajadi yang sememangnya menyegarkan!
  2. VIEWING DECK menghadap pemandangan Banjaran Titiwangsa yang gah.
  3. Peralatan BBQ yang lengkap

Dah bersedia untuk Glamping atau nak terus Camping?

hehhehe amacam? okay tak tempat-tempat yang aku share dengan korang ni? Aku harap 10 tempat glamping di malaysia ni dapat beri inspirasi pada korang nak tuju kemana. Dan jugak korang tahu berbezaa Glamping vs camping

Glamping di cameron highland ni best sebab sejuk aku rasa, kalau tempat panas entahlah kan

One Response

  1. Ammi October 28, 2022

Add Comment

error: Content is protected !!