Kad Digital Negaraku

10hb Februari lalu aku berkesempatan join satu aktiviti NGO di dewan perdana felda Iaitu majlis serah kelab  Sahabat persaudaraan (KSP) kad digital Negaraku.  Kehadiran yang agak ramai dari berbilang bangsa dan peringkat umur. menarik minat aku untuk mengetahui apakah initipati sebenar event ini.

 

Dalam majlis ini juga untuk memperkenalkan Mobile App Ngo Negaraku  yang mana hanya mereka yang terpiih atau pemegang Kad NGO ini sahaja akan dapat menikmati tawaran pembelian barangan dengan harga yang lebih murah. Dan yang paling menarik bagi aku, melalui apps ini juga merupakan satu platform untuk menggalakkan pengumpulan derma dan sumbangan secara digitial kepada ahli, membantu antara satu sama lain mengikut keperluan sebenar.

Mobile app ini dibangunkan untuk memupuk perpaduan masyrakat khusus kalangan ahli NGO dan Koperasi Pengasas KSP Dr. Mohd Zamri noordin

Selaku UX designer dan part time blogger, aku memang berminat untuk  explore apps tersebut. Sebarang pembangunan apps sebegini seharusnya bermula dengan idea idea dan objektif tertentu. Atau sebaiknya di lakukan satu kajian khas sebelum ia dibangunkan. Tapi aku percaya atas keperluan digital masa kini yang mendorong KSP merasakan perlu mengorak langkah ke dalam arus tersebut.

 

Cuma harapan aku ahli KSP menggunakan platform tersebut sebaiknya. info lanjut boleh rujuk di https://kadngonegaraku.org/

 

kad digital negaraku

 

Untuk permulaan menurut mereka, bagi membantu ahli NGO dalam menguruskan perbelanjaan mereka, Kelab Sahabat Persaudaraan telah menyediakan sebanyak 30 ribu kad NGO Negaraku untuk diedarkan kepada NGO dan Koperasi Berdaftar. Dan pemberian peringkat pertama dimulakan kepada ahli-ahli dari 50 NGO yang hadir ke Majlis Pelancaran di Dewan Perdana Felda pada 10 febuari 2018.

3 prinsip utama Kelab Sahabat Persaudaraan

Program Komuniti Digital NGO Negaraku diperkenalkan oleh Kelab Sahabat Persaudaraan berteraskan 3 Prinsip iaitu:

  1. Menghubungkan Kerajaan, NGO dan Ahli-ahli NGO termasuk Koperasi dalam era digital berteraskan semangat Negaraku.
  2. Mengeratkan kerjasama dan memupuk semangat bantu membantu antara satu sama lain mengikut keperluan sebenar.
  3. Mendidik Masyarakat untuk berbelanja secara bijak dan berhemah.

 

BACA : Nampak orang susah salahkan Pusat Zakat.

Para peringkat pengenalan ini terdapat beberapa syarikat yang turut mengambil bahagian untuk memberikan tawaran harga terbaik termasuklah Ez ride, kaspersky dan comfort refleksologi. Patutlah akau lihat beberapa booth juga dibuka semasa event ini. Bagi aku ini satu ‘sign‘ yang cukup bagus bila beberapa syarikat besar seperti ini turut terlibat dalam event sebegini. Moga lebih banyak syarikat korporat besar juga akan turut serta untuk inisiatif NGO ini di masa hadapan.

6 Comments

  1. Min February 19, 2018
  2. Leyla Nurjatiey February 19, 2018
  3. SalinaJohari February 19, 2018
  4. YB Shehan February 19, 2018
  5. miminadam February 20, 2018
  6. Julia Johari February 20, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!