Pengurusan kewangan wajib dipelajari dan dicari oleh setiap orang. Bagi aku, topik Pengurusan kewangan ni sangat penting untuk semua parents perlu bersedia especially dari awal atau dari usia muda
Table Of Content
- Pentingnya Pengurusan Kewangan ni
- 12 cara urus dalam Pengurusan kewangan
- 1. Tabung
- 2. Bawa anak pergi Bank
- 3. Kerja part time
- 5. Frasa bila dah berkahwin
- 6.Frasa bila dah berkeluarga
- 7.Fasa bila nak Beli Rumah
- 8. Simpan duit
- 9. Insurans
- 10. Rekod perbelanjaan
- 11. Review corak perbelanjaan- yearly
- 12. Kredit kad
- 13. Tabung travel
Pengurusan kewangan ni kena dikongsi dan diajar kepada anak-anak supaya mereka faham konsep tabungan dan perbelanjaan.
Bagi aku, orang cina sangat cekap bab ni, sebab tu mereka rajin untuk menambah rezeki kalau ada peluang. Sebab dia orang juga sedar diri duit banyak atau tidak so kira Pengurusan kewangan memang hebat
Pentingnya Pengurusan Kewangan ni
Aku bukanlah nak bertindak racist tapi kesedaran dikalangan orang melayu ni sangat kurang, kita yakin semua rezeki dari ALLAH..redha atau pasrah sahaja apa yang dpt. Padahal segala benda ni kita mestilah menuntut ilmu barulah jadi umat islam yang berjaya. Itu baru betui….ni tidak, asyik bising marah kat orang sekeliling,
Baru baru ni kat netizens heboh pasal #sayazahra. Bg aku ada pro and cons. janganlah korang pandang negatif sahaja. Convert lah isu yang di bangkitkan kepada yang lebih postiif., kita tgk diri kita balik mcm mana.
Again..mcm aku ckp, kalau kerja besar pun tapi takder ilmu Pengurusan kewangan life kita mmg akan struggle.
Kebanyakkan komen semua share kisah hidup yang diharung selepas grad, tapi takkan korang nak anak anak korang kena lalu jugak zaman yg sama? again… kena belajar ilmu kewangan. So aku mmg tak setuju kalau root cause ni tak solve.
Aku dibesarkan dalam keluarga yang besar, tapi kami ni dari kecil kecil lagi kami adik beradik dah biasa tolong ayah aku meniaga jadi istilah malu untuk berniaga tu mmg takder dalam family aku. walau meniaga di pasar malam janji masyuk.
hahahah tapi dalam konteks keluarga aku, kami pandai cari duit tapi kurang pandai manage, simpan or leverage. Dengan kata lain tidak ada pendedahan kewangan
Cara kami menyimpan pun sangat konvensional. Nak kembangkan simpanan pun dok pesen yang sama. Jadi bagaimana nak berkembang dengan cepat.???
So apa yang kita perlu lakukan supaya kita semua ada kesedaran untuk simpan duit.? jawapan dia.. kena menuntut ilmu, bacalah buku buku yang berkaitan Pengurusan kewangan or refer dekat web. Aku pun masih terus belajar.
12 cara urus dalam Pengurusan kewangan
1. Tabung
Kalau ada nak anak kecik, pastikan ada tabung untuk mereka. belilah tabung yg comey2. kena ajar dari umur 1 tahun. sebaik kita boleh berkomunikasi dengan mereka. Alhamdullillah Iman tak pernah kutip duit di lantai, automatik dia akan kutip duit masuk dalam tabung. Bukan nak ajar budak ni materialistik, tapi kebaikannya dia tak masuk dalam mulut dan dia boleh paham konsep simpan cara budak budaklah.
Konsep aku kat rumah, segala duit syiling yang keluar dari poket mama and papa dia yang ada atas meja adalah hak dia untuk masuk tabung. So dekat rumah ada 2 tempat tabung. 1 kat bilik 1 lagi di ruang tamu.
2. Bawa anak pergi Bank
Bila tabung dah penuh, bawak anak pergi bank sama-sama, supaya dia faham duit tu kena masuk bank. Pastu tunjuk duit yang ada dalam account bank. walapun iman mula2 tak faham mana duit dia pergi.. siap suruh keluarkan duit atas gambar buku ASB yang ada gambar syiling. hahaha kelakar betul rasa masa tu.
3. Kerja part time
Untuk golongan yang masih belajar di Universiti, setiap kali masa cuti semester Pergilah bekerja. Masa zaman aku dulu tiap kali cuti semester aku akan tolong abg aku bisnes di Highway Tapah. hehhe ada yang pergi baktisiswa lah. and jalan jalan tapi bg aku, aku akan ambik kesempatan ni untuk kumpul duit utk tampung perbelanjaan di U.
Malah kawan kawan di Oversea kebanyakkanya bekerja part time bukan cuti semester sahaja malah tiap minggu. Supaya dah tampung tabung travel atau perbelanjaan. yerlahh takkan nak pakai duit biasiswa belajar.
Kalau aku berada di zaman skrg ni lagi byk option. dekat starbuck lah.. secret recipe.. byk pilihan. malah anak beckham pun kerja masa part time at least dia orang akan appreciate duit tu, bukan joli sakan. Berkat simpanan masa belajar, lepas grad aku ada modal nak hidup di Kuala Lumpur. nak bayar sewa ka. duit minyak ka.. alhamdulillah. Walaupun pernah kerja tak dibayar gaji.
Iman pun ada part time modelling dan juga berlakon. Hasil dari pendapatan dia aku bagi dia spent rm200 sahaja, selebihnya masuk tabung. Huh! kedekut tau kalau nak suruh belanja. Bukan apa, saja nak test dia.
Cerita smlm .. akhirnya berjaya buat keputusan beli hadiah abam + hadiah bini + duit tabung rm5 . Hadiah mu hadiah ku jua haha . Lepas ni x yah berebut dah dan moga jadi investment yg terbaek utk kami 😁. . . . #kbba9 #lifestyleblogger #husbandandwife
5. Frasa bila dah berkahwin
Setelah 2 tahun bekerja, maka sampailah masa nak memulakan hidup baru. Berkahwin. Masa aku nak kawin ni laki aku kena retrenchment masa zaman kemelesetan ekonomi. Mana nak tau kenakan. Kita tak boleh baca masa depan. So masa tu aku mmg ikat perut. Lunch time minum air masak jerk. Segala perbelanjaan direkod. alhamdulillah dapat kumpul duit yg secukupnya masa nak kawin.
Arwah bapak aku tak keluar duit lansung. haha budak sekarang siap mak pak sponsor kan. aku ada jugak kenduri, bersanding dan jugak berhoneymoon. Yang ini terpaksa lah paksa belajar sendiri pendidikan kewangan. dah terdesak
Cakap pasal rintangan kahwin ni, laki aku dah consider 3 kali kena VSS or MSS. so bayangkan kalau hutang menimbun
6.Frasa bila dah berkeluarga
Maka bermula fasa terbaru. Kena bincang bersama suami apa yang nak dicapai or target. Suami & Isteri mesti meneroka ilmu Pengurusan kewangan ini. Contohnya beli rumah dan kereta and owh ya… semasa mula kawin kami pakai kereta bapa mertua mitsubishi Colt. sbb nak kumpul balik duit untuk beli kereta dan rumah. Selepas setahun berkahwin dapat beli kereta iswara.
Selepas 2 thn berkahwin juga, dapat beli rumah. Ingat yer.. seawal korang berumahtangga kena set target ni. kalau tak duit korang tah p mana mana.
Rekod semua dalam paper. nak senang buat dalam Excel.
7.Fasa bila nak Beli Rumah
Masa aku nak beli rumah ni bila tiba tiba sahaja kesedaran harga rumah akan naik. Pada masa itu Harga rumah RM158k sangat tinggi untuk young executive. Kita orang tak cukup duit terpaksa combine loan. Kalau baca cara beli rumah sekarang ni, digalakkan beli rumah yang murah atau lelong terlebih dahulu, kumpul aset dalam 2/3 rumah kemudian baru beli rumah landed property.
Nak citer lebih lanjut pun belum pakar. tapi itulah ilmu baru yang dpt. heheh cara aku beli rumah bg aku kira mcm orang biasa yang lain, masih konvensional padahal beberapa teknik yang boleh dipakai. boleh refer page FB khairul ezuwan atau Faridzul.
Sebab tu kena belajar atau menuntut ilmu Pengurusan kewangan kalau tak tahu. Masa berjalan dengan pantas. Lepas kawin mmg korang akan rasa laju jer hidup korang sbb sibuk dengan kerja dan anak anak. Kalau sapa yang ada subsidi rumah tu cepat grab.
Aku berjaya settle loan rumah dalam masa 11 tahun. HAPPY NYA.. sebab aku tak suka hutang lama-lama..or apa apa jadi aku dah ada rumah. (tips settle rumah cepat atau tak kena refer sifu yang lain) objektif aku nak bebas hutang besar before 45 tahun.
8. Simpan duit
Nak simpan duit susah? ada yang aku baca kena simpan 30% dari gaji. trust me, kalau gaji naik or bertambah tapi kalau takder attitude menyimpan mmg takkan simpan sampai sudah. so terbaik buat potongan gaji untuk ASB, Tabung Haji, Zakat, Insurans.
Mmg kita takkan ada masa nak p bank untuk buat semua ni tambah kaunter tabung haji masa tu tak byk. So balance tu lah untuk korang punya perbelanjaan. Simpanan kenalah diversified. contoh simpanan yang untouchable, boleh keluar, keluar sikit. heheh janji korang paham
9. Insurans
Insuran penting atau tak? Yup sgt penting. Kita tak tahu selama mana kita akan kerja di sykt yang kita kerja. Lagi tua lagi tinggi premium yang perlu bayar. Mcm aku ni, company tempat hubby and aku sendiri byk cover. Alhamdulillah. So aku ambil medical card dari BSN prudential.
So kalau masuk hospital, claim allowance sahaja. Bill hospital company yang bayar. Nak share ngan korang, mengikut agen insurans katanya Chinese normally akan terus cari insuran untuk anak mereka sebaik mereka lahir. so itulah yang buat untuk Iman.
Budak budak masa kecik mmg kerap sakit. so jumlah yg di claim masa masa umur kecik kecik tu belum sampai dgn jumlah yang kita dah keluarkan untuk insurans ni.
10. Rekod perbelanjaan
Rekod segala perbelanjaan dan simpanan. zaman dulu aku masuk rekod tiap hari dalam Excel, buat formula siap siap tau, daily monthly and yearly. Sekarang ni pakai apps shj untuk track perbelanjaan. So tidak ada alasan yer.
Nampak remeh tapi inilah asas Pengurusan kewangan untuk setiap orang
You’ll be surprised jumlah perbelanjaan yang kita buat setiap bulan. Tah apa apa jer beli barang. Macam my case, duit byk habis dekat makanan hahahah… yang ni mmg susah nak control.
Bulan posa ni alhamdulillah dpt control. note ; aku pakai apps SAVER utk iphone.
11. Review corak perbelanjaan- yearly
Rekod perbelanjaan setahun ni mesti di kongsi bersama spouse. untuk tgk corak perbelanjaan. hutang apa yang perlu disettlekan. berapa simpanan yang ada. Setengah kes ada suami yang ego bab ni. Bagi aku senang, sorang stuck bab kewangan definately akan drag the whole family kepada masalah besar. Lepas tu pasangan masing2 paham komitmen memasing.
Contoh my case, disebabkan sama sama kerja, sama sama jaga ank so aku pun turut bantu dia dari seg financially. mula mula2 konsep 60-40, setelah sama sama gak stabil baru 70-30. yerlah .. asben kita pun ada hobidan juga nak bertukar baju baru. kalau semua dia tanggung kesian pulakkan.
12. Kredit kad
seeloknya tak payah ada. heheh tapi untuk aku suka travel amat memerlukan kad kredit, sbb tak berani bawak cash. kalau pergi US.. taxi pun pakai credit card. Ada cara nak pakai kredit kad ni. satu yearly fees, kalau mmg kena pastikan korang call bank utk waived yearly fees. confirm dapat. Lepas tu rajin rajin lah buat balance transfer yang offer 0%.
13. Tabung travel
Bagi aku travel sgt penting. Setengah orang rasa tak penting. terpulang lah kan. tapi, kalau nak berjalan ni korang buatlah tabung travel. semua benda perlukan pengorbanan dan kesabaran. Janganlah kata tak boleh travel sbb takder duit, jauh perjalanan luas perjalanan.
Priceless beb. Janganlah p dengan travel agent. Pi sendiri. plan itinerary sendiri, mmg murah separuh. semua di hujung jari. kita kenalah reward diri sendiri jugak.
Kat entri bawah ni ada cerita mana aku simpan duit untuk travel, ada macam-macam cara tau… ikutlah cara Pengurusan kewangan mana yang korang rasa sesuai
Baca : Tips menabung untuk travel
okaylah jenuh dah bebel. ni semua pasal #sayazahra lah hahaha… aku dok pikir mcm manalah nak selesaikan masalah budak budak Gen Y. mcm aku ckp dari awal, it can happens pada anak anak kita.
Janganlah bash dia. dia meluahkan apa yang di hati dia walaupun itu semua kerja PR. hehehehe
so sekali lagi aku nak hi lite…. Paksa diri untuk terus explore Pengurusan kewangan dan terus Educate ourselves dan anak anak cara nak manage duit. Aku ni pun kategori terlambat jugak. Tapi alhamdulillah dpt achieve target nak settle hutang rumah umur 40thn. Banyak lagi yang perlu dipelajari. kalau aku ingat aku tambah lah apa apa
8 Comments