Vitamin C Serum annona rawat masalah parut & kusam

Aku memang  tidak pernah puas mencari solusi untuk melasma dan jeragat yang  mencanak seiring dengan umur aku ni. Kali ini aku tekad nak cuba Vitamin C Serum annona ini pulak, kalau dapat treat masalah pori pori yang besar it’s a bonus untuk aku.

Tapi alhamdulillah, memang berjaya juga aku sekat setelah  aku buat sedikit research masalah aku ini. Memang menghantui tau.  Awal awal lagi aku nak cakap, nak kulit cantik memang kena jaga luaran dan dalaman. Plus  treatment di beauty center

Vitamin C Serum annona

Setiap produk memang ada kekuatan dan kelebihannya, tapi tidak semua orang rasi or sesuai. So the only way untuk tahu kena cubalah, nak tak nak memang kena investlah. Dengan Harga RM39.00 aku rasa berbaloi untuk aku cuba.

Masa muda memang lah kurang berkemampuan dan tidak ada ilmu dari segi penjagaan muka. Alhamdulillah dengan faktor umur dan financial yang sudah stabil faktor penjagaan kesihatan luar dan dalaman memang menjadi prioriti dalam hidup aku.

Jadi korang jangan lah terkejut kalau tengok banyak produk yang aku pakai dan cuba kalau korang baca dalam blog aku ni.

Konsep aku senang, kenalah cuba dan kenali diri sendiri.

Yang pasti, aku sedar aku ini sejenis orang yang cepat immune. Disebabkan itulah aku punya pelbagai serum dalam satu satu masa.

Vitamin C Serum annona

 

Kenapa muka aku kusam/jeragat

  1. Tidak pakai suncreen or sunblock dari zaman muda. (sekarang dan insaf)
  2. Low BP, bermakna aku kekurangan iron yang membawa oksigen ke seluruh badan, kesannya aku cepat kusam. Jadi terpaksa lah aku ambil inisiatif tambahan dengan supplement iron
  3. Kurang minum air.

Ya! ini lah masalah aku yang aku find out kenapa muka aku tidak seglowing orang lain hahahah.. Agak frust bila kita pakai make up tapi tetap tidak glowing. Tapi alhamdulillah berkat menjaga akhir akhir ini  memang nampak lah hasil bila orang tegur nampak berbeza.

Jadi kalau betul nak muka helok kenalah aku pastikan aku buat ketiga tiga diatas ini dan terus istiqomah. Doakan aku yer!

So my Verdict /finding produk Vitamin C Serum annona

Aku dah mula pakai dalam seminggu, dan kebetulan aku travel ke Bali (untuk kali ke 4 heheh) tapi masa aku pergi ya allah punyalah panas. So bersedialah untuk burn or berjelaga.

Tapi, alhamdulillah tak ada weh. Serius!.. 2 orang anak saudara yang follow sama hahah berbelang muka.  Terus keesokan harinya terus mintak pakai serum ini.

So apa finding aku pasal produk ini ? haaa inilah yang aku rasa.

  1. Tekstur yang sangat halus and lembut
  2. Rasa seperti air tetapi bukan rasa ‘kosong”
  3. Kadar serapan yang sangat cepat
  4. Muka memang tidak rasa berminyak
  5. Sesuai untuk prep sebelum mula make up
  6. Membantu kurang burnt

Macam aku cakap di awal tadi, dengan harga yang mampu milik memang aku tidak teragak agak untuk mencuba annona Vitamin C serum. Nasib baiklah aku bawak masa travel.

Tambahan pula aku tertarik membaca beberapa info yang google sebelum ini. Jadi aku kongsikan disini untuk rujukan pada aku sendiri or perhaps membantu orang lain untuk membuat keputusan.

Vitamin C Serum annona

 

kelebihan Vitamin C Serum Annona untuk kulit

  • Menghalang sinaran UV daripada matahari yang menyebabkan kulit rosak, jeragat dan tua sebelum waktunya.
  • Produk yang mempunyai antioksida kuat berperanan melindungi kulit daripada radikal bebas yang menjadi punca penuaan pramatang.
  • Exfoliant yang berfungsi menanggalkan sel-sel mati daripada permukaan kulit seterusnya menjadikan kulit semakin lembut, halus dan cerah.
  • Membantu mencerahkan kulit melalui mekanisme pengurangan penghasilan melanin.
  • Dapat menanggalkan bintik hitam yang tak normal pada kulit.
  • Berfungsi sebagai anti-inflamasi yang sangat baik untuk mengatasi masalah jerawat.
  • Membantu penyembuhan luka pada kulit.

Point paling penting yang aku nak korang tahu, produk Vitamin C Serum ini berjaya mendapatkan KKM : LULUS KKM NOT161004544K. So selamat lah untuk digunakan. Ianya mempunyai 10x ganda Vitamin C dan ia akan memberikan kesan yang lebih pantas berbanding biasa.

  • Tiada campuran Alkohol
  • Tiada pewarna tiruan
  • Tiada pewangi
  • Sesuai untuk kulit sensitif

Kandungan utama Vitamin S Serum

  • Glutathione
  • Hyaluronic Asid
  • Peony
  • Delima
  • Skull cap
  • Saxifraga

Untuk maklumat lanjut Vitamin C Serum annona:

Fuh.. fuh… semua diatas ni memang terbaik. Nak tau lebih lanjut korang google la glutathione tu apa.. and hyaluronic asid tu apa.  Kalau cerita nanti panjang lebar pulak. Cukuplah aku cakap produk ini ada kesemua diatas.

Maklumat lanjut

25 Comments

  1. Chrissella March 4, 2019
  2. syahoney March 4, 2019
    • azni March 4, 2019
  3. Zandra March 4, 2019
  4. Ezna March 4, 2019
    • azni March 4, 2019
  5. Rawlins GLAM March 4, 2019
  6. Lia Hasty March 4, 2019
  7. Mimi March 4, 2019
    • azni March 4, 2019
  8. Fadzi Razak March 4, 2019
  9. Nadia j March 4, 2019
  10. Mahamahu March 4, 2019
  11. Huda March 5, 2019
  12. Emme Marina March 5, 2019
  13. Liez March 5, 2019
  14. Wawa Ashihara March 5, 2019
  15. Julia Mahir March 5, 2019
  16. AYU RAFIKAH March 5, 2019
  17. Syamimi March 5, 2019
  18. Wui Kathy March 5, 2019
  19. Dorsett Pink March 14, 2019
  20. Zhana May 10, 2019
    • azni May 13, 2019
  21. Julianti June 18, 2019

Add Comment

error: Content is protected !!