tips memilih water heater : Instant Water Heater Atau Water Heater Tangki ?

tips memilih water heater



Plan nak upgrade bilik air anda? Masih tidak pasti sama ada membeli instant water heater atau storage water heater untuk rumah anda? 

Menurut pengalaman saya, saya telah mengumpulkan 8 faktor yang paling penting untuk semasa memilih water heater. 

Harap artikel ini dapat membantu anda memahami kelebihan dan kekurangan bagi dua jenis pemanas air ini, dan dapat membeli water heater yang terbaik untuk bilik air anda.

8 Tips Yang Perlu Dipertimbangkan Semasa Memilih Water Heater

#1 Ruang

Instant water heater sangat sesuai untuk bilik air yang sempit kerana ia kecil dan mengambil sedikit ruang.

Sebaliknya,storage water heater lebih besar dan memerlukan ruang yang banyak untuk pemasangan. Jika anda merancang untuk memasang tangki air panas tersebut di plaster ceiling, ia akan mengurangkan ketinggian bilik air anda, mengakibatkan ia terasa lebih kecil.

#2 Reka Bentuk

tips memilih water heater

Dengan menggunakan storage water, reka bentuk bilik air lebih kemas dan unggul. Tangki pemanas air boleh disembunyikan di atas plaster ceiling, dan anda boleh memasang rain shower dan shower mixer untuk menjadikan bilik air anda serupa dengan bilik air hotel mewah.

Sebaliknya,instant water ehater biasanya dipasang di dinding, dan memerlukan beberapa paip menyambungkanny ke shower head dan unit pemanas itu sendiri, ia akan kelihatan serabut

#3 Tekanan Air

Banyak yang tidak tahu bahawa tekanan air akan menurun jika anda menggunakan water heater tanpa pam. Oleh itu, penting untuk mendapatkan instant water heater dengan pump jika anda mempunyai tekanan air rendah.

Storage water heater tidak mempunyai masalah ini, kerana ia dapat mengekalkan tekanan air incoming dan outgoing. Jadi, tekana air mandi tidak akan terjejas.

#4 Masa Diambil Untuk Memanaskan Air

Untuk kebanyakan orang, instant water heater merupakan pilihan yang lebih baik di sini kerana ia memanaskan dengan lebih cepat berbanding dengan storage water heater.

Saiz tangki menentukanmasa yang diambil untuk memanaskan tangki air simpanan. Tangki besar akan mengambil masa lebih panjang untuk dipanaskan dengan sepenuhnya. 

Pengguna sentiasa perlu menunggu air panas kecuali anda “turn on” tangki itu sepanjang masa. Tetapi ia membazirkan lebih banyak elektrik..

#5 Penggunaan Tenaga Elektrik

Daripada segi penggunaan tenaga, instant water heater adalah pilihan yang lebih menjimatkan tenaga. Ia  hanya menggunakan elektrik semasa ia digunakan, dan tiada tenaga terbuang sebelum atau selepas memandi.

Untuk mengekalkan air panas pada semua masa, storage water heater perlu sentiasa dipanaskan, jadi ia kurang efisen tenaga. 

Jika anda hanya membuka storage water heater untuk mandi, maka air panas yang tidak digunakan akan menjadi sejuk dengan perlahan-lahan selepas sesuatu masa. Dan ini mengakibatkan pembaziran tenaga elektrik secara tidak langsung.

#6 Suhu air yang konsiten

Saya lebih suka instant water heater kerana ia lebih mudah untuk mendapatkan suhu yang sesuai dan konsisten.

Saya percaya ramai yang mempunyai pengalaman buruk dengan storage water heater. Suhu air agak susah dikawal dan sentiasa perlu dilaraskan semasa memandi, ia agak menyusahkan.

#7 Air Panas “multi-point”

Instant water heater hanya boleh disediakan untuk 1 titik sambungan, yang biasanya adalah untuk mandi.

Anda boleh menyambung storage water heater ke banyak tempat, seperti: shower head, tap basin, bathtub dan juga tap dapur.

#8 Kos

Terdapat tiga kos yang berkaitan dengan water heater: kos produk, kos pemasangan, dan kos penggunaan. Secara am, instant water heater adalah lebih murah kerana pemasangannya mudah dan lebih jimat elektrik.

Storage water tank lebih sukar dipasang, memerlukan paip air panas yang khusus, dan menggunakan lebih banyak tenagaelektrik. Oleh itu, ia lebih mahal.

Kesimpulan

Bagi kebanyakan orang, saya lebih rekomen memasang instant water heater kerana ia lebih murah, senang pasang, dan jimat elektrik. 

Bagi golongan yang baru nak renovate rumah baru, boleh consider memasang storage water heater kerana ia lebih cantik dan sesuai bagi bilik air yang moden.

One Response

  1. Myzan December 21, 2022

Add Comment

error: Content is protected !!