Telur ikan mayong Setengah orang panggil ikan nyok-nyok.. ikan blotan.. Ikan duri. Kiranya ikan ni dikenali dengan macam macam namalah.
Kenangan makan telur ikan mayong
Tapi yang pasti bila tengok telur ikan ni… Ya allah serius teringat zaman kecik kecik dulu. arwah mak jer selalu jer buat masak lemak ngan telur ikan nih. ntah pasal apa.. bila share kat fb gambar nih semua cakap benda yang sama. tambah pulak yang selalu buat tu orang yang dah tak ada. lagi lah touching kan.
Macam kes aku ni mmg sejak arwah takder mmg lamaaaaaa… dah tak merasa dpt telur ikan ni. mayabe dulu senang dapat. sekarang ni kalau p pasar pun (mcm selalu p) hahaha… memang kadang tak kenal rupa ikan ni. kalau kenal pun telurnya dah tak ada. hanya orang tertentu sahaja yang yang tau.
Setengah orang mmg tak tahu. mr asben first time kut tengok and rasa telur ikan ni. yang dia tau telur ikan kat kedai mamak tu jer.. selain dari telur itik ngan telur ayam lah. hehehe
Baca : makan western di El ray cafe best jugak
Nak jadi cerita.. kawan aku ni bukak bisnes di MMA nilai santai corner. sekali dia post kat FB daaa… waduhhh meleleh ayaq liur. Mujorlah mr. asben layankan jugak .. terus p malam tu dari puchong ke nilai.
kalau kat kedai laila ni ada dua options. nak masak lemak or masak asam pedas. kalau ikut kawan kawan yang lain ada yg buat masak kari jugak. yang masak kari ni memang tak pernah rasa.
Perasaan masa dapat makan telur ikan ni kan.. huhu rasa nak nangih.. siyes.. sbb dah lama tak rasa feel telur ikan tu pecah masa dalam mulut. ish ish.. terus throwback 30 tahun yang dulu masa duduk kat dapor makan ngan arwah mak. boleh siap teringat pinggan masa zaman tu. terbayang arwah mak cedok nasi.
pastu makan sama sama. aduhai.. masa tulis nih pun dah sebak.. mmg lah mengusik jiwa kan. kalau ikut arwah mak tau favourite masakan aku.. gulai ni ngan sup ikan merah. huhuhu sedeylah pulak
D’laila Claypot MMA Santai Corner
okay untuk korang yang first time nak try p lah cari kedai ni ikut waze or foursquare D’laila claypot di MMA santai corner. akak laila ni masak lemak cili api. perghh mantop gak. i
mana yang tak tahan pedas tetiba nak makan. mmg terkejut sgtlah. tak payah cakap bykklah kan.. memang sedaplah tu. Iman ni memang pandai pilih makan gak. boleh judge mana sedap ngan tak sedap.heheh sbb mak pak dia kan suka test makan sana sini.
Pedas meleleh pun dia dok ulang soh suap lagi. Kat kedai akak dlaila ni semua bahan bahan fresh. korang pilih and order. haa.. stylo dak org gerik.. ala ala restaurant 4 star tau.. you choose we cook gitu. selain dari tu ..
akak laila ada jual benda lain gak.. mee udang.. mee ketam. and lain lain. Mee udang ni selalu gak dpt review, hang tgk gambar ni.. udang tu elok dok beratoq.. puaslah makan kan udang byk. padanlah dengar rege. berbaloi baloi.
kenapa tulis bab makanan bulan posa nih? hahaha sah sahlah nafsu nafsi .. semua teringin.. dok berkira nak bukak apa masa posa nnt. bulan posa ni akak laila bukak kedai kat kuarters klia. jauh benor nak p sana.. apa yang dia share kat FB tu ..huhu semuanya sedap sedap. nasib baik jauh .. kalau tak abislah… ngan gulai kawah umbut lah.. daging salai lah.. ish semua sodap.
One Comment