PRO MMR perintis Sport massage di Malaysia

Sejak aku kenal sport massage tahun 2018, kiranya PRO MMR Massage ni kira tempat yang wajib pergi kalau aku rasa badan tak sedap dan rasa sakit especially selepas sukan. Dulu terletak di Bandar tasik selatan, sekarang dia orang dah berpindah di Bandar sri permaisuri dan dia orang antara pioneer Sport massage di Malaysia.

Asalnya aku datang memang untuk review, dan lepas tu aku pun share dalam blog aku dalam entri aku. Sedar tak sedar dah 3 tahun aku ulang alik ke tempat dia orang.

Sport massage di Malaysia

Sport massage di Malaysia

Bab bab massage ni aku and husband memang suka sangat. Merata kami cuba, segala jenis mak nenek kami cuba tau. Dari balinese massage, traditional massage, reflexolgy, thai massage, sampailah ke hamam turkey. Alaaa aku tak sempat kongsi kisah lucu hamam di turkey lagikan. Nantilah aku share dalam entri khas, korang kena baca nanti.

Back to kisah sport massage ni, kiranya kami ni memang terus jatuh hati sebab itu dalam purata 2/3 bulan confirm kami akan datang. Siyes aku confident betul berurut dengan dia orang nih. Kesemua dia orang terlatih.

Aku rasa urutan dia orang ni sampai ke urat dalam, dan cara regangan yang dia orang buat dekat aku memang best ada rasa gabungan chiropractic. Yang penting aku tak pernah sakit kalau lepas berurut dengan dia orang.

prommr2

Dengan skill joyah aku, memang aku selalu tanya dia orang ni belajar mana, and hala tuju dia orang. Ramai yang dari Sports Science UM dan juga IKBN.

Sebelum aku cerita lebih panjang, ni aku share dulu dengan korang sedikit introduction apakah sport massage. Yang pasti ia bukan untuk urut yang sedap sedap macam balinese massage tapi merawat badan yang tengah sakit especially selepas sukan.

Apakah sport Massage

  • Ia adalah sejenis urutan yang melibatkan manipulasi tisu lembut  dalam tubuh badan manusia. 
  • Tisu lembut adalah tisu penghubung  ke tulang dan tulang rawan; ia termasuk kulit, otot, tendon, ligamen dan fascia (satu bentuk tisu penghubung yang melengkung dan memastikan tisu lembut yang lain).

Kalut Pi PRO MMR sebab Sakit badan selepas Tournament Volleyball

Kali ni aku datang sebab baru lepas masuk tournament Volleyball Hot Women untuk senior category pada 8hb March baru ni. hahahah .. okay gelak dulu. Aku ni sebenarnya dah tak work out dekat 3 bulan, masa hari game aku memang dah warming up pun sebelum masuk ke gelanggang, tapi maybe tak cukup . Or faktor umur maybe ?

Sport massage di Malaysia

kesannya, the next day Hari isnin aku masuk kerja, jalan lebih kurang macam terkengkang – kengkanglah. Rasa muscle aku macam keras kejung. Tak boleh jadi nih, maybe sebab aku ada juga dive masa ambik bola hari tu .. cewah!

So masa urut tu aku pun ambiklah kesempatan tanya kenapa aku jadi macam ni. Adik yang urut tu cakap badan kita ni if 3 hari tak senaman akan back to normal. So just imagine dengan aku yang tak work out 3 bulan hahaha.

Memang keras lah sesetengah anggota badan aku, tapi aku perasan kurang berbiji biji di kaki sebab dalam masa 2 bulan ni aku banyak urut disebabkan sakit kaki platar facitis tu.

Untung Husband aku dapat Sifu massage kali ni

Nak jadi cerita, kali ni laki aku memang langkah kaki kanan betul. Sebab yang urut dia adalah pengasas PRO MMR En. Mohd Azlan Othman sendiri bukan calang-calang tau.

Laki aku ni kisahnya bulan 7 hari tu jatuh basikal and patah collarbone, nak urut sebarangan memang dia tak berani. Tapi dengan PRO MMR ni dia berani lah.

Sport massage di Malaysia

Fuh cara massage pun laki aku cakap tak sama dengan tukang masage yang lain yang dia pernah cuba. Ini memang level lain dia cakap. So bila habis berurut sempatlah aku pun bersembang sembang dengan dia pasal sejarah PRO MMR ni. Selalunya susah nak dapat sifu ni sebab dia follow team malaysia ke serata dunia ataupun dia fokus untuk untuk kes yang kronik sahaja.

Info PRO MMR sport massage

Pro MMR ini telah ditubuhkan sejak 11 tahun yang lalu dan telah berkembang dengan beberapa cawangan. Pada awalnya agak struggle untuk memperkenalkan sport massage di Malaysia sebab masih baru, in fact pada sukan komanwel 1998 Malaysia terpaksa import sport massage dari Australia.

Berkat perkembangan sukan di Malaysia yang banyak anjurkan game maka disitulah sport massage mula dikenali.

Sport massage di Malaysia

Lagi satu, PRO MMR ini memang mendapat pengikhtirafan dari beberapa hospital untuk dirujuk sebagai syarikat yang boleh membantu pesakit yang mengalami kecederaan yang serius seperti terputus ligamen.

Jadi SOP nya simple sahaja, pastikan jumpa Dr. terlebih dahulu, diagnosed sakit bahagaian mana dan boleh rujuk ke PRO MMR untuk tindakan seterusnya.

In fact dia orang ada program “Back to Sport” untuk mereka yang betul betul nak kembali ke dalam arena sukan walaupun telah mengalami kecedaraan. Ianya pakej selama 7 hari/kali dengan pemerhatian yang lebih terperinci dari pihak PRO MMR Massage

3 Servis utama yang di PRO MMR tawarkan

  • Sport Massage
  • Physiotheraphy
  • Soigneur

Cawangan PRO MMR Sport massage di Malaysia

Kalau nak cuba korang boleh contact sahaja dia orang nih, banyak dah cawangan and kemungkinan akan bukan kawasan utara pula.

Facebook https://www.facebook.com/prommrteam/

  • Cawangan Setapak  http://www.wasap.my/60182474109/prommrsetapak.
  • Cawangan Cheras http://prommr.wasap.my.
  • Cawangan G Tower KL http://www.wasap.my/60182409223/prommrgtower
  • Cawangan Seremban (Terapi lelaki sahaja) 
  • http://www.wasap.my/60132696462/prommrseremban
  • Cawangan Johor (Batu Pahat/JB/ Pasir Gudang)(Terapi lelaki sahaja)  http://www.wasap.my/601157674250/prommrjohor

Add Comment

error: Content is protected !!