Sinopsis Sabarlah Duhai hati, Mengisahkan hidup FIRA gadis manis yang berusia 24 tahun, mengalami satu plot twist dalam kehidupannya. Hidup Fira berubah sejak kelahiran adik bongsunya, Danish ketika usianya 20 tahun. Sesuatu yang tak boleh diterima malah Fira membenci adiknya
Table Of Content
Namun, takdir ilahi. 4 Tahun selepas itu nasib Fira berubah lagi. Fira terpaksa menjaga Danish apabila ibu bapa mereka meninggal dunia. Tiada sesiapa lagi untuk bergantung, Fira perlu menjaga Danish yang masih kecil. Ketika sedang terkapai-kapai dengan fasa baharu dalam hidupnya, Fira dilamar oleh Affan.
Fira dilamar Affan?
Affan, seseorang yang Fira rapat ketika masih kecil, kini melamarnya untuk dijadikan Isteri. Perkahwinan Affan dan Fira mendapat tentangan daripada sepupu Affan sendiri, Nadia. kerana dialah adalah calon isteri yang dipilih oleh Opah Affan sendiri
BIla Nadia dapat tahu yang Affan bekerja sebagai cikgu sementara. Ini membuatkan Nadia mengambil keputusan untuk menjadi murid di dalam kelas Affan supaya Nadia dapat bertemu dengan Affan lebih kerap.
Dugaan berat yang menimpa, merubah seluruh hidup Nur Syafira. Saat bergelut dengan ujian, dia tiba-tiba dilamar untuk Muhammad Affan. Sungguh, dia tak percaya.
Tegur pun tak pernah, tiba-tiba nak jadikan dia isteri. Lagipun, dia masih tak lupa cerita lama. Cerita memalukan yang hanya mereka berdua saja yang tahu. Hatinya kuat mengatakan Affan terpaksa. Affan hanya menurut kehendak orang tua tanpa rela.
BACA ; KISAH CINTA RUMI
Namun, kalau dah tertulis jodoh mereka, elak macam mana sekalipun, tetap bersatu juga. Walau dihati ada curiga, Fira tetap mengharap bahagia.
“Sejak bila abang suka Fira?”
“Sejak Fira curi hati abang.”
“Abang kan pernah cakap, abang tak suka Fira. Abang takkan kahwin dengan Fira.”
Tawa Affan memecah suasana hening malam. Kuat dan lama.
Dalam suram cahaya lampu, Fira pandang suaminya. Geram dengan suara tawa itu.
“Ini cerita tahun bila Fira bawa keluar ni?”
“Tak kisahlah tahun berapa pun, yang penting abang pernah cakap macam tu, kan? Kecil hati Fira, tau!”
“Kecik hati dengan abang la ni?”
“Memang pun. Dah buat orang macam tu, pandai pulak ajak orang kahwin. Tak malu.” Fira mengejek.
Lagi sekali Affan hamburkan tawanya.
Bahagia yang disangka sampai ke petang, rupanya masih ada halangan dan rintangan.
Nadia
“Kalau you nak tahu, bukan Affan yang nak sangat kahwin dengan you tapi mak teh yang paksa dia. Sebabnya mak teh kesiankan you.” –
Mampukah Fira terus memujuk hatinya supaya bersabar dan bertahan? Atau sudah sampai masanya untuk dia mengalah dan lepaskan segalanya?
JUDUL : Sinopsis Sabarlah Duhai hati
- EPISOD : 35
- TARIKH TAYANGAN : 28 April 2021
- WAKTU SIARAN : Isnin–Ahad, 7.00 malam
- SIARAN TV : Slot Akasia TV3
- PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis
- PENGARAH : Mohd Fazli Yahya, Eez Jalaluddin
- PRODUKSI : Suhan Movies & Trading
- PELAKON : Saharul Ridzwan, Amyra Rosli, Aiman Badrul, Puteri Sarah Liyana, Izzue Islam, Iman Suhana, Fadilah Mansor, Balkisyh Semundur Khan, Haleeda, Emelda Rosemila, Kodi Rasheed, Hisyam Bakar, Danish Hazriq, Pablo Amirul, Ann Zain
WATAK PELAKON Sinopsis Sabarlah Duhai hati
- Saharul Ridzwan sebagai Affan
- Amyra Rosli sebagai Fira
- Izzue Islam sebagai Nazim
- Puteri Sarah Liyana sebagai Dian
- Iman Suhana sebagai Nadia
- Aiman Badrul sebagai Danish
- Fadilah Mansor sebagai Opah
- Balkisyh Semundur Khan sebagai Mak Teh
- ZanaHaleeda sebagai Laila
- Emelda Rosemila sebagai Shima
- Kodi Rasheed sebagai Rizal
- Hisyam Bakar sebagai Pak Teh
- Pablo Amirul sebagai Johan
LAGU TEMA (OST)Hanyut – Black Hanifah
No Comment! Be the first one.