Sinopsis Andai Itu Takdirnya, Shukri Yahya pembuli dan pukul Isteri !

Sinopsis Andai Itu Takdirnya | Lakonan mantap Shukri Yahya sebagai seorang lelaki dan suami Gila! Buli dan pukul isteri sesuka hati si manis Hannah Delisha sebagai Aleya. Semua kerana CINTA, dan kerana cinta juga syed adam aizrul lakonan Shukri yahya berubah hati sesuka hati.

Sekejap sayang, sekejap benci !

Drama drama andai itu takdirnya adalah adaptasi novel Andai Itu Takdirnya 1 & 2 karya Siti Rosmizah yang akan mengisi slot Megadrama di Astro Ria. Drama bersiri 60 episod dibawah arahan Jamal Khan terbitan SR One Sdn Bhd.

Akan mula bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 6 Mac 2023, jam 10.00 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. 

Drama ini confirm akan bikin semua wanita dan perempuan emo tahap tak boleh terima, tambah-tambah isu hangat pelakon Hafidz Roshdi tu. macam boleh relate sangat dengan dram ni kan

sinopsis andai itu takdirnya

Sinopsis Andai Itu Takdirnya

Aleya lakonan hannah delisham watak gadis manis yang berasal dari keluarga yang sederhana meminati salah seorang rakan kolejnya iaitu Syed Adam Aizril. Syed Aizril dikenali dalam kalangan wanita kerana ketampanannya dan penampilan yang menarik.

Sebagai anak kepada seorang tokoh korporat dan berharta, dia sudah biasa dengan gaya hidup kaya dan berbangga dengan kekayaan keluarganya. Dia biasa mempunyai standard yang tinggi dan sentiasa memandang rendah terhadap orang lain.

Sewaktu belajar bersama-sama di Kolej syed azril dengan bongkak tetap meninggi diri dan memperlekehkan kemampuan orang lain seperti Aleya. Memang dasar orang kaya tak sedar diri, dia ingat semua orang boleh dibeli dan hidan begitu sahaja

Mujur Aleya seorang gadis yang kuat dan bukan calang-calang orangnya

Namun, tanpa disangka, berlaku satu kejadian yang menyatukan Syed Aizril dan Aleya. Si bongkak dan si manis bersatu.

Aleya memulakan kehidupan baharunya sebagai seorang isteri tetapi malangnya Syed Aizril menyeksa hidupnya. Syed Aizril tidak cinta langsung dengan si aleya

“Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling.”

aleya

Tidak lama selepas itu, Syed Aizril ditimpa kemalangan. Ia mengubah hidupnya dan dia menyesali semua kesalahannya terhadap Aleya. Demi cinta dan anak-anak, Aleya menerima juga Syed Aizril dalam hidupnya. Aleya dan Syed Aizril hidup bahagia bersama anak-anak selepas mengharungi pelbagai rintangan dalam perkahwinan mereka.

drama andai itu takdirnya

Andai itu takdirnya 2

Perkahwinan Syed Aizril dan Aleya tercabar sekali lagi apabila Syed Aizril jatuh cinta pada Sharifah Emilin yang muncul secara tiba-tiba dalam hidupnya. Janjinya terhadap Aleya mudah dilupakan. Pada ketika ini, perasaan Aleya terhadap Syed Aizril sudah hilang sepenuhnya. Hidupnya kini hancur kerana egonya. Patutkah Aleya beri peluang sekali lagi kepada Syed Aizril? 

Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris.”

Cinta…cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.

Begitulah nasib perempuan, ingin dicintai dan dikasihi tapi sering dicurangi.

Andai Itu Takdirnya

  • Episod: 60
  • Tarikh Tayangan: 6 Mac 2023
  • Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
  • Rangkaian: Slot MegaDrama, Astro Ria / Astro GO
  • Penulis Skrip: Wan Mahani Wan Hassan & Liza Ali
  • Pengarah: Jamal Khan
  • Produksi: SR One Sdn Bhd

Baca : Sinopsis Ku Akad kau dengan Bismillah

Lagu Tema (OST) Andai itu takdirnya 2

  • Andai Itu Takdirnya – Vanessa Reynauld
  • Takdir Cinta Kita – Asfan Shah & Erin CTJ

18 Orang Pelakon drama andai itu takdirnya

  1. Shukri Yahaya sebagai Syed Aizril
  2. Hannah Delisha sebagai Aleya
  3. Dayang Areeda sebagai Sharifah Emilin
  4. Puteri Sarah Liyana sebagai Umairah
  5. Idzham Ismail sebagai Ikram
  6. Fahrin Ahmad sebagai Lukman Hakim
  7. Aida Khalida sebagai Puan Sri Syarifah Aisyah
  8. Zulkifli Ismail sebagai Tan Sri Syed Abas
  9. Esma Daniel sebagai Syed Rahim
  10. Laila Nasir sebagai Sharifah Rosnah
  11. Razman Mahayuddin sebagai Faizal
  12. Atikah Suhaime sebagai Sharifah Azreen
  13. Safura Yaacob sebagai Puan Ramlah
  14. Hariz Hamdan sebagai Azhar
  15. Kamal Bakar sebagai Encik Idris
  16. Nur Dhia Irdina sebagai Dania Arisya
  17. Rayyan Mikail sebagai Dany
  18. Aiman Badrul sebagai Darwin 

Baca novel online andai itu takdirnya

Rasa tak sabar nak tahu keseluruhan drama ini kan, kalau dapat beli novel ini ataupun baca novel online andai itu takdirnya pun lagi senang
Ada sesiapa tau mana nak cari? hehehhe boleh share link dengan sis ker ?

One Response

  1. Mimi March 8, 2023

Add Comment

error: Content is protected !!