Review Cetaphill : Penyelamat kulit semasa kena air karat

Setiap kali aku dengar sesiapa sahaja yang mengalami masalah kulit seperti break out atau rashes, benda pertama yang akan keluar dari mulut aku pergi cari Cetaphill ! 110% persen aku yakin! Jadi kali ni terasa terpanggil pula nak cerita or review cetaphill ni

Tiada pernah timbul keraguan kerana aku lah antara testimoni yang pernah melalui saat sukar 15 tahun dahulu. Syukur sangat aku bertemu jodoh dengan Cetaphill.

cetaphil2

Kisah Percutian di Pulau Perhentian yang menyeksakan

Semuanya bermula dari percutian yang indah indah di Pulau Perhentian pada tahun 2004 dahulu, tapi akhirnya aku sengsara yang amat selama beberapa hari. Bermula gara gara aku terkena air karat di Resort tersebut. Memang Spoiled lah percutian aku masa tu.

Aku rasa korang pun tahukan,  biasanya keadaan di pulau,  barang barang mudah teroksida untuk menjadi karat.  Termasuklah paip atau saluran air di resort tersebut. Hari pertama tu mungkin kulit aku boleh bertahan, masuk hari kedua terus jadi gatal dan rashes kemerahan.

Ya Allah waktu itu  punyalah aku rasa pedih dan gatal ya amat. Kulit kemerahan  seperti terbakar sehingga beberapa hari, bayangkan selama 3 hari di pulau perhentian aku kena bertahan sehingga aku balik ke KL. 2 kawasan yang affected adalah di kawasan muka dan kaki. hahah pelikkan 2 tempat yang berbeza.

Kaki aku pula jadi seperti berkudis buta pula. Malu jer bila asyik tergaru garu. Gatal tu memang tidak boleh ditahan tahan lepas tu pedih ya amat, sedap sangat menggaru.

Review Cetaphill

Dr. Pakar kulit sendiri yang syorkan produk Cetaphill

Sekembalinya aku ke kuala Lumpur, setelah beberapa hari pergi klinik biasa pun tak jadi apa. Akhirnya aku ambil keputusan untuk berjumpa dengan pakar kulit di SJMC. Huhuh muka tu… Dahlah sun burn tambah kena rashes pulak. Malu wey!

cetaphill5

Selain dari ubatan secara ambil oral, aku dibekalkan denganCetaphil Gentle Skin Cleanser untuk cuci badan dan muka.

Harga produk cetaphill ini memang boleh tahan tapi berbaloi baloi kalau untuk orang yang pentingkan kesihatan kulit.

Aku teruskan penggunaan Cetaphill ini sehinggalah kulit aku jadi sihat semula. Alhamdulillah. Lega sangat sangat.

So dari kisah ini, Moral of the story, kalau nak travel memang set Cetaphill ini sentiasa ada dalam set skincare aku. Takut sangat berulang lag

Dan…. Itulah pertama kali aku mencuba produk Cetaphill.

Perasaan pertama aku menggunakan produk ini rasa seperti pelik dan janggal kerana ianya tidak berbuih. Rupanya itulah yang terbaik, kulit kita kekal dalam kelembapan PH yang sepatutnya. Bukan menegang ye.

Kebaikan Cetaphil ini ialah ia bersifat pembersihan lembut walaupun pada kulit yang paling sensitif. Ia melembutkan kerana ia membersihkan, bebas daripada wangian, sabun dan lanolin dan cukup lembut untuk digunakan pada kulit bayi. So takkan merengsakan kulit langsung.

Iman pula kena gatal gatal dan kulit melecet

Aku ingat lagi masa Iman umur 3 tahun dia pernah kena gatal-gatal di kawasan kelengkang. So aku memang terus ke farmasi untuk membeli Cetaphill. Memang diakui bahawa Pembersih Kulit Cetaphil Gentle sesuai untuk semua jenis kulit dan umur. Sangat disyorkan oleh ahli dermatologi dan pakar kanak-kanak untuk setiap hari

2 method menggunakan Cetaphill

Terdapat 2 cari mengikut kesesuaian korang

  1. Dengan air – Sapukan pada kulit lembap muka atau badan, sapu perlahan-lahan dan bilas.
  2. Tanpa air – Sapukan pada kulit dan gosok perlahan sebelum mengeluarkan lebihan dengan kain lembut.

Tips cara terbaik penggunaan Cetaphill Gentle Skincare

  1. Basuh tangan terlebih dahulu
  2. Pam 1-2 Cetaphill Gentle Skincare ke atas tangan
  3. Massage kawasan muka dan make up dan juga sekeliling mata tanpa air
  4. Ambil Cotton pad untuk clearkan sisa make up yang ada
  5. Pam 1-2 cetaphill gentle skincare dan urutan di muka dengan circular motions untuk 2 minit sehingga menjadi foamy
  6. Bilas
  7. Keringkan dengan towel
cetaphill4

Kenapa Wanita Sangat sesuai menggunakan Cetaphill Gentle Cleanser

Ia sesuai untuk digunakan dalam mengeluarkan make-up dan pembersih ini tidak comedogenik yang pasti ia tidak menyumbat liang-liang. Cetaphill bersifat pH seimbang ia juga tidak akan membuatkan mata pedih dan ia juga membantu mengekalkan kelembapan kulit.

Jadi, bukankah ini yang semua wanita idam idamkan. ? Bukan aku sorang kan.

Pendek kata Ia sesuai untuk digunakan: Normal / sensitif, kering / sangat kering, kulit bayi / bayi dan mereka yang mempunyai jerawat, ekzema, psoriasis dan rosacea. Kalau untuk complete set penjagaan rapi sebagainya, ada beberapa range produk yang lengkap untuk setiap jenis kulit juga

Cetaphil Moisturising Cream

Sejak menginjak umur 40an, perubahan kulit ni memang terasalah sangat-sangat. Aku ada kongsikan kisah perubahan kulit aku dalam entri sebelum ini. Sebenarnya banyak entri pasal kesihatan kulit sebab aku treat blog ini sebagai journal aku.

Semua orang akan melaluinya, lambat atau tidak sahaja. Tak boleh lari.. hahaha.

Tetapi, takkan lah nak mengalah begitu sahaja, kenalah ambik langkah langkah awal sebelum jadi lebih teruk. Jadi dalam rutin harian aku tak pernah tinggal lagi pakai moisturiser cream ini walaupun duduk dalam rumah.

Aku tak suka keadaan bila muka aku macam kering, tak ada pelembab.

Aku jadi macam obsess dengan segala mak nenek krim pelembab, selalu aku bilang pada orang yang lebih muda, tunggulah korang masuk umur 40 nanti, akan fahamlah tahap panik aku.

So alang alang aku dah menggunakan set pencuci Cetaphil, aku memang pastikan aku pakai Cetaphil Moisturising Cream.  Atas kerajinan aku sejak sejak berumur ini, hehehe aku boleh cakap kualiti kulit aku sebenarnya lebih baik dari zaman muda dulu dulu.

cetaphill1

Umur 40an seperti aku kulit mudah menjadi kering

Cetaphil UVA / UVB SPF 50+

cetaphill3
Mak dan anak kongsi jer set moisturiser and sunblock

Korang tahu dak, laki aku sendiri yang cakap, antara banyak banyak benda yang tak boleh tinggal  adalah sun block. Mentang mentang lah dia dengar talk pasal kesihatan di pejabat dia, balik dia kongsikan info ini dengan aku pulak.

Tapi dia suka hati sahaja nak pakai atau tidak, orang laki kaan. At least adalah jugak kesedaran. Dahulu aku memang naif, yang aku tahu tepek lipstick sahaja lepas tu terus start motor aku pergi kelas, owh ini masa zaman aku belajar di USM  Pulau Pinang. Korang tahulah panas pulau ni macam mana kan.. Haaa kan muka aku dah ada melasma dan jeragat. Aduii dulu aku memang takt ahu apa pasal penjagaan muka ni.

Jadi, aku cadangakan sebaik korang dah cuci muka dengan Cetaphil cleanser, aku sarankan korang pakailah serum, moisturiser, sun block, primer and barulah pakai foundation. Haa berlapis lapiskan kan, tapi ini lah rahsianya kalau korang nak kulit elok dan juga supaya make up akan lebih tahan lama.

Aku dapat tips ini masa aku attend kelas make up MUA dari MAC tau. Jadi janganlah korang ambik mudah penggunaan sun block ini.

Tekstur Sunblock ini aku rasa agak creamy dan cerah, so bila oleskan pada muka tu  kena ratakan betul betul, jangan nampak bertepek tepek. Kalau tak nanti nampak tak cantik nanti.

Aku juga ada sunblock dari jenama lain , dan aku boleh cakap dan ulas yang Cetaphil UVA/UVB Defense ini agak pekat so korang tak payahlah letak banyak banyak. Memang berbaloi.

Kenapa Cetaphil sangat sesuai digunakan

Pencuci muka ni sesuai untuk digunakan dalam mengeluarkan make-up ringgan. Pembersih ini tidak comedogenik yang pasti ia tidak menyumbat liang-liang. Cetaphil bersifat pH seimbang. Ia juga tidak akan membuatkan mata pedih dan ia juga membantu mengekalkan kelembapan kulit. Lepas guna berapa bulan ni, muka dah rasa lebih sihat dan lembut.

Jadi, bukankah ini yang semua wanita idam idamkan? Bukan aku sorang kan. Pendek kata Ia sesuai untuk digunakan: Normal / sensitive/ berminyak/ kering / sangat kering/ kulit bayi / dan mereka yang mempunyai jerawat, ekzema, psoriasis dan rosacea

Umur 40an seperti aku kulit mudah menjadi kering

reference : https://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/elderly-skin-conditions#1

Semakin berumur semakin kulit kering, sangat berbeza dari zaman remaja. Muka kurang berjerawat tetapi kulit kering ini pasti akan buatkan kita lebih mudah berkedut dan juga pigmentation.. TIDAKKKKK!!!

Nightmare untuk aku dan semua orangkan. Kalau korang baca kisah catatan aku untuk sebelum sebelum ini acapkali aku tulis, untuk umur sekarang aku lebih pentingkan kesihatan kulit dari pandai make up. Macam satu perjuangan pula untuk aku.

Alhamdulillah, aku berani cakap kulit aku memang lagi elok dari zaman remaja sebab dahulu aku tidak ambil kisah penjagaan kulit. Betapa pentingnya kulit kita kena sentiasa lembab dan dilindungi seperti sun block.

Dahulu aku naif dalam penjagaan kulit. Sekarang berkat pembacaan dan exposure alhamdulillah aku rasa confident dengan kulit aku sendiri. Selain perlu cuci muka bersih, prep untuk make up memang aku pastikan kulit aku perlu ada serum, moisturiser, dan sunblock. Rutin yang wajib bukan sahaja untuk kulit cantik tapi make up pun akan lebih smooth dan tahan lama.

Jangan terus tepek bedak dan foundation di muka tanpa step yang aku kongsikan ini tau.

cetaphill1 1

Maklumat lanjut:

Selain beli dari farmasi korang boleh juga dapatkan secara online. Kadang -kadang bila ada promosi yang best tu aku cadangkan korang amik pek promosi. Berbaloi baloi .

21 Comments

  1. mekyunie October 15, 2019
  2. Yaya Natsumi October 15, 2019
    • azni October 15, 2019
  3. ziana eunos October 15, 2019
  4. Fas October 15, 2019
  5. Qiss October 15, 2019
  6. ajumohit October 15, 2019
  7. NUR AMNI INSYIRAH October 15, 2019
  8. Dik bee October 15, 2019
  9. AlongMurni October 16, 2019
  10. Ayu Rafikah October 16, 2019
  11. Norliza Nordin October 16, 2019
  12. Ai October 16, 2019
  13. Mohamad Khairil Bin Hassan October 16, 2019
  14. Nadia Johari October 16, 2019
  15. Veronica October 17, 2019
  16. Wan Syahida October 18, 2019
  17. mazharalti October 19, 2019
  18. Bondachanteq October 19, 2019
  19. Lia Hasty October 23, 2019
  20. Lutfiani May 4, 2020

Add Comment

error: Content is protected !!