Aku share Resepi koay teow thng ni untuk korang yang banyak tanya dekat facebook and IG masa aku post hari tu . Nak kata macam koay teow sup tu hampir sama tapi tetap rasa lain sebab ada perbezaan. Ada minyak bawang dan bukan versi tumis
Table Of Content
Korang kena cuba baru tahu.
Selain dari nasi kandar femes di Pulau Pinang, nanti korang cubalah google tempat mana yang ada jual koayteow thng ni.
Kalau ikut pembacaan ianya resepi sangat sangat popular di Penang dan SIngapore. Dengan kata lain resepi dari Chinese.
Aku pun hanya kenal koay teow thng ni melalui kak ipar aku, Simple and light rasa dia . Masa belajar di USM Penang ada satu foodcourt buat hampir sama macam ni. Kira kegilaan pelajar pelajarlah masa tu. Tak tahu lah ada ke ada lagi atau tidak.
BACA : Resepi Udang Kam Heong
Ada beberapakali aku buat untuk majlis makan-makan di rumah. Ramai pulak yang suka dan memang ramai yang pertama kali lah cuba. Aku rasa aku pernah makan koay teow sup macam ni masa pergi hotel di penang.
Okay korang bersedia nak cuba?. Meh aku nak ajar cara buat. Nak cari orang melayu buat menu ni macam susah kan .
So nah buat sendiri .
Resepi Koay Teow Thng
- Ayam atau Daging
- Bawang putih
- Tomato
- Lada hitam
- Daun ketumbar
- Tomato
- Daun bawang
- Fishcake
- fishball
- Kicap sotong
Tips: Satu ekor ayam satu labu bwg putih
2 ekor 2 labu
Cara- cara buat koay Teow Thng
Nak mudah beli ayam potong kecil-kecil rebus terus dgn ketumbar, Tapi pastikan bersihkan akar ketumbar, tumbuk sikit bagi pecah bahgian akar tu bahgian daun potong seinci lebar,
Jangan lupa potong tomato dalam sup, rebus sekali semua, takyah tumis2
Kalau daging beli tulang utk buat stok, daging rebus lepas tu carik-carik kan. Ayam pun boleh juga buat camtu, beli rangka untuk stok kuah bahagian dada atau yg isi banyk rebus juga, lepas tu carik²kan juga, tapi agak leceh sbb bnyk kerja
Semasa tunggu air rebusan ayam tu korang ambik Bawang putih tumbuk dgn lada hitam, tidak pun beli jer lada hitam kasar, bawang putih jer tumbuk kemudian korang masuk kan dlm stok ayam tadi
Bagi mendidih dulu baru masukkan sos ikan, serbuk perasa
Jgn masuk garam
Pantang dia bukan tumis, jangan letak garam..!
Minyak Bawang
- Kupaslah bawang beberapa ulas. Wajib buat minyak bawang tu sebab sup tadi tak tumis
- Bawang putih pun tak payah dadu, lambat kerja nak potong sebiji
- Tumbuk agak kasar lepas tu goreng minyak,
- Jangan hitam biarkan jer sejuk dlm minyak
Bahan Hidangan
- Beli la fish cake, Bebola ikan rebus potong letak masa nak makan nanti
- Ayam tu ricik ricik halus yer
- Siapkan cili kicap dan juga minyak bawang putih
Dah siap Koay Theow Thng
Dah boleh makan terus. Tapi kalau nak best boleh beli koayteow yang halus tu. Bukan yang besar. Baru syiok Makan
Nak buat memang senang. Rasa macam orang pantang pun sesuai kan. Cuma kicap sotong tu sahajalah yang mungkin tak sesuai orang pantang takut gatal.
Info Ibu Hamil
Info Resepi
Info Motivasi
Sedapnya tengok, kadang malas makan nasi, makan benda simple macam ni la.
Lama dah memerhati menu yang Azni selalu sebut ini. Senang jer yer ghopernya. InshaALLAH, nanti teman cuba buat. Suka yang senang-senang gini.
yer nany .. jgn lupa buat and tag sis tau
Kalau x makan koay teow nnak tukar dengan mee lain sedap juga tak?
heheh tak pernah try pulak ..