Resepi Kaswi Gedik masak cara biasa atau guna TM6, sila cuba

Aduh, kaswi Gedik ni dah jadi fenomena pulak yer, sana sini orang update rupa kaswi pandan gedik yang viral nampaknya nampak berbeza dengan kaswi biasa. Cantik sangat rupanya ditambah kegedikan. So ini cara masak Kaswi Gedik dengan cara biasa atau untuk pengguna TM6 boleh cuba cara ini.

katanya guna TM6 lagi senang, mari kita tengok. Banyak orang refer resepi kaswi pandan azie kitchen atau resepi che nom . Tapi yang ini kita refer dekat kenalan di facebook .

Aku rasa part kegedikan bila pakai acuan kaswi viral tu, itu yang nampak cantik and berkilat bila dioles dengan minyak.

Resepi Kuih Kaswi Gedik cara biasa

Bahan-bahan

  • 1 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula putih
  • 2 cawan air
  • Sehelai daun pandan

(Masak sehingga mendidih dan sejukkan….)

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 2 cawan air lagi
  • 2 sudu besar air kapur
  • Sedikit garam
kaswi gedik

Cara masak kaswi gedik

  • Masukkan bahan diatas didalam bekas/ mangkok kemudian tuangkan air gula merah yg telah ditapis tadi kalau nak warnanya hitam masukkan sedikit kicap pekat dan kacau sebati ( wah ini baru tahu tips guna kicap ni)
  • Pastikan air kukusan tu dah mendidih..
  • Sapu loyang dengan sedikit minyak baru masukkan adunan tu..
  • Kukus selama 45 minit atau pun sejam..
  • Sejukkan dulu lepas tu boleh la potong dan digaul dgn kelapa parut yg dicampur sedikit garam dah siappp …

Foto&airtangan- Eniza M. Salim, Kredit resepi-Jamilah Jamilah

kaswi gedik

Resepi kaswi Gedik dengan TM6

Untuk pengguna TM6 pula boleh cuba cara ini, katanya mudah sangat-sangat.

Bahan-bahan Kaswi Gedik dengan TM6

Campur kesemua bahan dalam MB

  • 120g Tepung Gandum
  • 80g Tepung Ubi Kayu
  • 90g Gula Merah (jaggery)
  • 60g Gula putih
  • 1 tsp garam pink
  • 420g Air pandan (blend 7-9 helai daun pandan, tapis)
  • 1/2 tsp air kapur (wajib ada)
  • Blend 30 sec/sp9
  • Isi air 1liter dalam MB
  • Panaskan 5min / Varoma/sp2

Langkah-langkah masak dengan TM6

  1. Oles acuan dengan minyak
  2. Tuang bahan blend tadi dalam acuan. Bila air dah panas, naikkan varoma
  3. Steam Kueh Kaswi 15min/Varoma/sp2
  4. Kueh dah siap angkat keluar dari varoma. Biarkan betul2 sejuk pada suhu bilik baru keluarkan dari loyang. Sis guna cara longgarkan tepi kaswi dengan toothpick.
  5. Kelapa parut bole kukus sekejap 5min/Varoma/sp2

Siap. Dah bole makan dengan gembira

Kredit resepi dari Zeti Khalid di Facebook

kaswi1

Seperti biasa aku suka kumpul resepi yang aku rasa mudah untuk dibuat, sebab hahah bukanlah rajin sangat nak memasak ni, instead orang kumpul resepi dalam buku, aku tulis siap-siap ikut kategori resepi macam sebelum ni aku tulis pasal resepi cakoi

dengan kata lain sebenarnya aku suka simpan resepi yang aku suka makan.

Baca : Resepi donut mudah dan gebu

2 Comments

  1. IQ July 31, 2023
  2. aqilarin July 31, 2023

Add Comment

error: Content is protected !!