Resepi Ikan Masak Cuka ini agak asing dalam keluarga aku sendiri. Namun diperkenalkan oleh mak mertua aku. Nampak simple tapi sesuai kalau makan dengan nasi panas. Mula mula rasa macam pelik, tapi lepas tu eh ketagih pulak rasanya. Serius sedap.
Table Of Content
Apa rasanya?
Terasa masam masam manis ala ala acar gitu. Kalau rasa mulut tawar dan kurang berselera makan, lauk ini memang sangat sedap. Makan pula dengan nasi putih panas panas, lagi lah ngam. Kalau orang tak sihat elok sangat kalau dpat nih. Kalau melawat orang di hospital jangan lupa bawak masakan ini, dahlah senang dan membuka selera makan.
Pilihan ikan, Rasanya boleh cuba segala jenis ikan , tapi tengok dekat blog Azie kitchen dia pakai ikan duri lemak lemak manis katanya. ikan duri ni juga dikenali dengan nama ikan mayong. Mungkin aku boleh cuba. Ikan duri ni aku suka makan telur dia yang bulat-bulat tu. kawan aku ada kedai di Nilai dulu selalu jadikan ini killer dish dia.
Ada orang pakai ikan pelaling pun sedap masak cuka
Resepi Ikan Masak Cuka
Bahan-bahan
- Ikan tongkol /bawal /nyok2 /kembung/ lain2
- Bawang putih 7 ulas-dikupas sahaja
- Bawang merah kecik 10 biji-kupas kulit sahaja
- *Klu xde boleh pkai bawang besar 3 biji-dipotong
- Biji sawi 1 sudu kecil
- Halia 2 inci-dihiris
- Cili api
- Sedikit kunyit
- Cuka 5 sudu besar-boleh adjust
- Timun
- Tomato
Cara-caranya
- Lumur ikan dgn kunyit dan garam. Goreng ikan macam biasa. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan minyak, tapi boleh sahaja pakai lebihan minyak gorengan ikan tadi tu. Tumis bawang, halia, kunyit dan biji sawi sampai naik bau
- Masukkan air dan cuka. Beleh adjust nak masam lebih atau kurang, Nak berkuah banyak atau sikit
- Masuk timun dan ikan. Biarkan merenih lebih kurang 10 minit.. Masuk tomato..tutup api..
- Masak sehingga mereneh sekejap supaya ikan sebati dengan kuah. Masukkan timun dan bolehlah ditutup api.
- Sedia untuk dihidangkan.
Nota:Mesti ada rasa masam masam cuka, masin dan manis. Angkat dan hidang..
Simple..tapi sedap ya amat!!
No Comment! Be the first one.