Korang pernah cuba Resepi aiskrim Malaysia ni?

Dalam era kreativiti kulinari, resepi aiskrim Malaysia viral menjadi tumpuan ramai. Memang tidak ada yang lebih memuaskan daripada menikmati aiskrim homemade yang lembut dan sedap. Jika anda ingin mencuba sesuatu yang baru, mari kita lihat bagaimana cara untuk mencipta aiskrim viral sendiri! Buat sendirikan lebih jimat, pasti anak-anak pun seronok

Tips untuk Menghasilkan Aiskrim Homemade yang Sedap

  • Gunakan susu segar berkualiti untuk aiskrim yang lebih lembut.
  • Jangan terlalu banyak gula agar rasa aiskrim tidak terlalu manis.

Variasi Resepi aiskrim malaysia yang Boleh Dicuba

Aiskrim Asam Boi

  1. liter air3/4 cawan gula (boleh kurangkan kalau taknak manis)
  2. 40 – 50 biji asam boi (adjust ikut tahap masam yg korang nak)
  3. 2 sudu besar tepung jagung + 1/2 cawan air (nak bagi tekstur creamy sikit, tak suka xyah buat)tambah kordial asam kalau nak lagi masam
  4. 10-12 plastik aiskrim ( saiz plastik : 1.5 x 12 inci)

Aiskrim Bandung

  1. 1 tin susu cair/sejat/segar (370ml)
  2. 500ml air masak
  3. 1/2 cawan susu pekat manis
  4. 3 – 4 sudu besar sirap ros
  5. 1/2 sudu besar tepung jagung

Resepi Ais krim MILO

  1. Air Milo
  2. Susu cair
  3. Susu pekat
  4. Coklat tabur
  5. Plastik aiskrim

Cara – Cara 

Kalau nak buat aiskrim milo, mungkin memerlukan air panas untuk membancuhnya. Selepas selesai bancuhan tadi, biarkan ia sejuk sepenuhnya sebelum memasukkan kedalam plastik aiskrim bersama coklat tabur. Kalau tak coklat tabur cair. 

Resepi Aiskrim Malaysia Solero

  1. 1.5 liter air
  2. Gula (Sesedap rasa)
  3. Serbuk limau nipis atau pati limau nipis (Sesedap rasa)
  4. Pewarna hijau (gelap sikit cantik)
  5. 2 sudu tepung jagung

Cara Penyediaan

Kacau semua bahan hingga larut.Kemudian masak hingga mendidih. Sejukkan.

Untuk Susu Perisa Vanilla 

  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat
  • 1 sdb ovallete
  • 1 sdb esen vanilla
  • Gula (Sesedap rasa. Tak perlu banyak sebab susu pekat dah manis)
  • 2 cawan kecil air
  • 2 sdb tepung jagung


Cara Penyediaan

Kacau semua bahan sehingga larut. Masak hingga mendidih.

Sejukkan.

Kemudian apabila semua bahan dah siap. Boleh tuangkan ke dalam plastik aiskrim. Masukkan yang perisa vanilla separuh terlebih dahulu dan kemudian baru masukkan yang perisa limau. Setelah semua siap dimasukkan ke dalam plastik. Basuh dahulu semua aiskrim tu agar tiada air manis yang melekat.

Masukkan dalam peti ais semalam.

BACA ; RESEPI UDANG PALING SENANG

Resepi Aiskrim Malaysia Oreo

Bahan-bahan

  • 1 tin susu sejat dan 1 tin susu pekat 
  • 5 tin air 
  • 1 penutup esen vanila 
  • 3 sudu tepung jagung 
  • 5 sudu besar gula 
  • 5 sudu besar krimer
  • Biskut oreo secukupnya 
  • Plastik aiskrim secukupnya 

Cara Penyediaan
Masukkan ke semua bahan – bahan ke dalam periuk kecuali biskut oreo. Hidupkan api dapur. Kacau selalu hingga mendidih. Setelah mendidih tutup api. Sediakan jug dan tapis bahan yang dah dimasak tadi. Kena tapis untuk elak ada ketulan – ketulan yang tak larut. Biarkan sejuk sepenuhnya. Sementara itu, pecahkan biskut oreo. Tak payah hancur sangat. Masukkan biskut oreo tadi ke dalam plastik aiskrim. Tuangkan ke dalam plastik aiskrim yang ada biskut oreo.Akhir sekali simpul dengan kemas hujungnya. 

Simpan dalam peti sejuk semalaman. 

Kredit : https://my-resepi.com/cara-untuk-membuat-aiskrim-malaysia-perasa-oreo-yang-lembut-gebu-dan-enak-anak-anak-pasti-berebut

Resepi Aiskrim Malaysia Cheese

Resepi aiskrim Malaysia

Bahan – Bahan 

  1. 1 tin susu cair
  2. 1 tin susu pekat (boleh guna 1/2 tin saja)
  3. 3 tin air
  4. 3 sudu gula (tak suka manis boleh kurangkan)
  5. 2 – 3 sudu tepung jagung
  6. 50 gm tatura cream cheese
  7. Secubit garam
  8. Filling blueberry & strawberry (masukkan filling dalam plastik aiskrim siap siap, lagi mudah paipkan guna piping bag)

Cara Penyediaan

1Masakkan semua bahan di atas (kecuali cream cheese) dengan api sederhana, Bila dah mendidih, masukkan cheese.Biarkan bancuhan dah agak suam, blendkan sampai cheese dah tak berketul. Sekiranya masih tak halus. Tapiskan bancuhan. 

Kredit : Bintu Zain MAHN

Resepi Aiskrim Malaysia Blue Dynamite

Resepi aiskrim Malaysia

Bahan – Bahan 

  • 1 tin susu cair.*
  • 1 tin susu pekat manis.*
  • 4 tin air.*
  • 1/2 sudu kecil garam.*
  • 5 sudu besar tepung ubi rata ya, jangan membukit sangat. (Di bancuh dgn air dahulu.)
  • Pewarna makanan (biru)
  • Gula – gula  dynamite secukupnya.

Cara Penyediaan

Cara – Cara 

Masukkan bahan yang bertanda * ke dalam periuk dan kacau bagi sebati. Kemudian didihkan atas api sederhana hingga mendidih. Sentiasa kacau supaya tidak berkerak.

Dah mendidih, masukkan air tepung ubi dan pewarna biru ke dalam susu tadi. Kacau bagi sebati dan mendidih. Tutup api dan sejukkan terlebih dahulu dan tapis ke dalam jug. Masukkan 2 biji gula dynamite yang telah di ketuk hancur, ke dalam plastik aiskrim.

Tuang susu biru ke dalam plastik, simpul bagi kemas siap.

Kredit : Che Marlyah Ina Saad MAHN  

Resepi Aiskrim Malaysia Choki Choki

choki2

Bahan – Bahan 

  1. 2 sudu besar tepung jagung + Sedikit air sejuk. ( bancuhkan terlebih dahulu _
  2. 1 cawan susu segar / susu cair*
  3. 2/3 cawan susu pekat*
  4. 4 cawan air*
  5. 1 sudu kecil esen vanila*
  6. Secubit garam*

Cara Penyediaan

Dalam periuk, panaskan  ke semua bahan yang bertanda *. Selalu kacau campuran. Masukkan agen pemekat.

Apabila sudah mendidih, tutup api. Dan biarkan sejuk.

Sementara itu,  boleh masukkan satu  Choki-Choki dalam plastik aiskrim. Bila susu dah sejuk, boleh masukkan dalam plastik. Biarkan membeku dalam freezer.

Kredit : Hajar Binti Md Said MAHN

Resepi Aiskrim Malaysia Jagung

Bahan-bahan

  1. Bahan – Bahan 
  2. 1 tin susu cair
  3. 1 tin susu pekat
  4. 4 tin air
  5. 2 1/2 sudu besar tepung jagung
  6. 1 sudu teh esen vanilla
  7. Secubit garam
  8. 1/2 tin jagung ayam brand
  9. 1/3 botol perisa jagung jenama double lion
  10. Pewarna kuning secukupnya

Cara Penyediaan

Masak kejap atas dapur bahan – bahan di atas. Bila dah masak, sejukkan sekejap. 

Kemudian dah boleh isi dalam plastik aiskrim.

Nota : 

  • Kalau suka kurang manis, boleh letak 5 tin air.
  • 2. Kalau suka jagung banyak, boleh letak 1 tin jagung.

Kredit : Noor Mazwin MAHN

Resepi Aiskrim Malaysia Sumi Jelly

sumi

Bahan – Bahan 

  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin susu cair
  • 4 tin air
  • 3 paket sumi jelly
  • Secubit garam

Cara Penyediaan

Masak susu dan air sehingga mendidih dan sejukkan. Pecahkan sumi dan masukkan dalam plastik aiskrim. Kemudian tuang susu tadi. Simpulkan 

Dah siap, simpan dalam peti beku.

Kredit : Majalah Resepi Online Facebook

Resepi Aiskrim viral ala magnum

Cara buat aiskrim lembut

Aiskrim vanila tu guna resepi aiskrim oreo mcflurry yang nina pernah share sebelum ni..

Bahan-bahan

  1. 2 cawan whipping krim(dairy)
  2. *guna whipping krim aiskrim lagi gebu lagi putih nak guna susu cair@susu fullcream pun boleh je
  3. 1/2cawan susu pekat
  4. 1sudu kecil ovellate
  5. Sedikit esen vanila

Cara Penyediaan

*campurkan kesemua bahan mix@blender hingga kembang gebu(nina pakai blender je)mix@blender hingga adunan kembang 2kali ganda

350gm coklat masakan@dark chocolate apa apa brand pun boleh je(nina guna yang timbang kilo je lebihan buat almond london)

*double boilkan hingga cair bila dah suam masukkan ke dalam piping bag dan picit ke dalam plastik aiskrim dan ratakan

*agak agak je tak nipis sangat tak tebal sangat

*tuang adunan aiskrim dan bekukan 5,6jam@semalaman

***salutan coklat tu tak perlu mengeras kalau dah mengeras dia tak bersalut dengan ais krim

***nak lagi senang buat pendek2 je.. Nina potong sikit plastik aiskrim tu

***adunan aiskrim dan coklat tu tak bercampur eh jangan risau kalau guna resepi yang ni adunan aiskrim tu likat boleh tuang macam biasa je

***coklat tu pekat bila ratakan dalam plastik,coklat akan lekat kat keliling plastik jadi bahagian tengah2 tu automatik kosong sebab tu boleh tuang aiskrim bahagian tengah

Kredit : raja amanina dan siti zubaidah mohd ruslan

RESEPI AISKRIM CAPPUCCINO OREO

Bahan-bahan

  • 3 tin susu cair
  • 2 tin susu pekat
  • 12 tin air penapis
  • 5 sudu gula (ikut tahap kemanisan)
  • 3 sudu tepung jagung yang sudah dibancuh
  • 1 sudu kecil garam

Cara Penyediaan

Masukkan oreo crush siap siap ke dalam plastik aiskrim.
Susu dah mendidih, masukkan cappuccino emulco yang dibeli di bakery. Kacau sehingga sebati. Tunggu susu sejuk baru masukkan ke dalam plas

Senangkan buat aiskrim malaysia ni?

Sekarang anda tahu rahsia untuk mencipta aiskrim lembut dan sedap seperti yang sedang viral di Malaysia. Jangan ragu-ragu untuk mencuba resepi ini dan nikmati aiskrim buatan sendiri di keselesaan rumah anda!

Dengan resepi aiskrim Malaysia viral ini, anda dapat menikmati aiskrim homemade yang unik dan memuaskan tanpa perlu ke kedai. Jom cuba

Add Comment

error: Content is protected !!