Renew Insurans dan roadtax online senang banyak

Akhirnya sampai lah masa insurans aku tamat tahun ini pada 22 may 2020. Maka bermulah proses Renew insurans online. Tapi kali ini paling best kena time bulan puasa, time covid-19 dan PKP. haru dibuatnya Kalau buat cara konvensional memang turun naik pejabat poslah jawabnya. Tapi yang sebenarnya 4 tahun kebelangan ini , aku dah mula renew insurans dan road tax online sahaja. Senang boh!

Tapi aku ada satu masalah, setiap kali nak renew aku ada penyakit was was. kelakar kan. Disebabkan tu lah aku selalu buat last minit. Padahal aku dah survey rega bulan lepas tau. Tapi idok juga aku proceed untuk payment, aku kadang memang nak harga yang murah and terbaik lah. bab kewangan ni aku suka nak study .

memang penyakit aku ni kan, konon ada lagi promotion best .. gitew

Tapi again, aku nak cakap sebenarnya memang mudah sangat korang nak survey harga depan mata dalam laptop dari korang call satu satu, or pergi turun naik pejabat untuk renew insurans. INi lah kelebihan teknologi

hehehe aku baru tahu laki aku selama hari ini pakai agen untuk renew lesen. Tergelak besar aku. Padahal bukan dia tak tahu computer. Ada saja laptop depan mata. lagi satu faktor sebab aku company IT, geng – geng dah terbiasa share benda-benda nih. Mana mana yang ada promosi best dan lebih menguntungkan pengguna meamang kami suka sangat

Renew insurans online

Kalau roadtax pulak memang kita selalu masuk portal myeg kan. Tapi now banyak dah portal yang offer. Korang hanya perlu rajin goolge dan study.. tapi kalau terlebih study and compare jadi lah macam aku hahaha.. sampai last minit.

Okalah mari kita sama pikir kelebihan insurans online ni.

kelebihan renew insurans online

  1. Senang buat perbandingan antara setiap syarikat insurans
  2. Senang track rekod
  3. Segala maklumat masuk dalam Email
  4. Proses semudah ABC
  5. Kelebihan lebih kepada pengguna
  6. Jimat masa
  7. Sistem berpusat dari segi info kereta

Antara portal yang boleh menawarkan perbandingan insurans secara online

  1. www.compare.myeg.com.my
  2. www.bjak.com.my
  3. www.ringgitplus.com
  4. www.ibanding.com

so aku masuk 3 dari portal di atas untuk bandingkan harga memang korang akan nampak hasil yang berbeza. Pastinya disebabkan oleh promosi promosi dan kerjasama yang di jalan kan oleh pihak portal tersebut. So harga tu memang akan berubah-berubah kut! hahaha aku tak tau. Aku lupa nak rekod yang aku cari sebelum nih.

Renew insurans online

Lagi satu kelebihan dan nasihat sis heheh, tak payalah nak loyal pada 1 satu insurans. Setiap tahun apa yang murah dan lebih baik untuk korang ambil jer.

4 Comments

  1. IQ July 11, 2020
  2. Nadia johari July 12, 2020
  3. Ai July 13, 2020
  4. Marina July 15, 2020

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!