Pengalaman Vaksin di PWTC. Kalau di PWTC kebanyakkan memang ramai yang dapat Astrazeneca, sebab ada kawan aku yang amik di sunway pula ramai yang dapat Pfizer. Tak kisahlah , Janji dapatkan. Cuma dekat sunway tu nampaknya ramai orang tua berbanding di PWTC.
Table Of Content
Kawan sebaya aku tu dapat under tabung haji sebab dia sepatutnya buat haji tahun lepas. Memang rezeki cikrin kitalah, walaupun tak dapt pergi haji tahun ini tapi dipermudahkan dapat vaksin Pfizer pula.
Pesanan paling penting untuk korang Pastikan HP batteri penuh, kerana setiap station nanti kita perlu check in untuk kehadiran kita
Kalau ada antara korang terkesan dan hilang pendapatan kerana dikuarantin atau masuk hospital, kora boleh mohon Bantuan Khas COVID19 tau. Jangan lupa baca part ni.
Dos pertama Vaksin Astrazeneca
28.5.2021 – Alhamdulillah both of us, aku dan abam berjaya dapat slot utk vaccine masa keluar 1st batch aritu. Masa tu we all dah boleh agak, macam susah org kl/selangor nak dapat pfizer. Frontliner and org tua confirm confirm lah akan dpt priority.
Kalau tak kerana iman kena covid haritu tu mungkin kami pun tak rebut. Trauma masa iman kena tu buatkan kami cakap “tak boleh jadi nih”. Ada teragak2 juga terutamanya abam lah, dia risau part citer ada block di jantung tu.
Tapi aku cakap kita rebut jelah dulu, kemudian kita decidelah kalau tak nak pun
Bila tengok keadaan skrg kami lega buat keputusan amik vaksin ni awal2. Kira kami first batch yang rebut untuk vaksin Astrazenga ni lah. Tengok orang yang berebut untuk 2nd batch nih adeh, memang semua maki hamun je aku tengok. Nasib baiklah kami dah rebut awal-awal.
Walaubagaimanapun kena ingat. bila dah vaksin pun masih boleh kenakan..Cuma kesan dia tak seteruk orang yang lain.insyallah kita semua jaga sop.
Jangan dok merayau yer semua. Kita buat balik mcm pkp 1.0
Pengalaman Vaksin di PWTC
Kalau ikut my sejahtera jadual aku pada jam 5.00 petang, laki aku pulak 4.30 petang. Korang tak payah datang awal. 30 minit sebelum tu baru dia orang panggil untuk Que/ beratur. Kami pun macam tersalah timing, Nak dekat kul 3.45 baru nak cari parking.
Aku memang impressed dengan kelancaran pemberian vaksin di PWTC dan aku rasa Khairy Jamaluddin telah membuat perancangan yang rapi untuk setiap tempat PPV vaksin ini. Dan kalau korang ada ikuti pembentangan vaksin oleh beliau pada 28 July 2021, sangat mengkagumkan bagi aku.
Kesemua ahli parlimen pun memberikan sokongan yang penuh kepada beliau sepanjang perbentangan tersebut tidak seperti ahli parlimen yang lain.
He’s doing a good job!
Parking
Disebabkan sedikit jam di kawasan PWTC menuju ke sunway putra, so masa agak sempit dan akhirnya we all decide nak park pakai vallet sahaja di sunway putra mall tu dari kalut cari parking nanti.
Takpalah bayar RM12 pun dari dok gaduh cari parking nanti hahaha, 3 jam untuk valet parking yer. sempat pi shopping food selepas tu.
Korang ada pilihan parking di PWTC sendiri, Sunway putra mall, parking public di tepi PWTC
Ada yang datang naik Grab pun senang sebab takut ada kesan pening pening selepas vaksin.
Jangan Datang Awal 3 jam, Korang akan kacau sistem yang ada!
Ingat! kita akan dibenarkan beratur 30 minit dibenarkan sebelum jadual yang ditetapkan dalam mysejahtera.
Aku memang tak paham, ada je spesies takut apa tah. Vaksin kul 7.00 petang kul 4.30 ko datang buat apa,, Heran lah aku. Ini yang boleh buat semua jadi kelam kabut. Korang ingat vaksin ni akan habis? Memang kiasu orang yang perangai macam ni. Lepas tu korang boleh pulak kondem kerajaaGagal.
Benda simple ikut peraturan macam ni pun korang tak boleh follow. haissh….
Nasib baik masa hari aku pergi sana macam okay sahaja walaupun memang aku jumpa 2/3 orang yang datang awal 3 jam! The next day aku tengok dalam twitter rupaya kecoh juga di PWTC, sebab ada orang yang positif datang. Aduh apa lah jenis manusia macam nih.
Bahaya kalau ramai ramai ni
Walaubagamanapun pengalaman vaksin di pwtc dan Proses vaksin sangat smooth and sistematik, . Ada polis, rela anda volunteer yang berkawal di setiap station. Dan semua bakal penerima vaksin pun behave je hehehhe. Ada tempat kena berdiri, ada tempat kena duduk masa isi borang. Thumbs up to volunteer. Aku sampai rasa nak daftar jadi volunteer dekat myvac sebab macam terharu sangat semua orang bersusah payah nak tolong kan.
BACA: TIPS PERSEDIAAN VAKSINASI
Korang check dalam apps temujanji dalam Mysejahtera tu, Korang station 1,2 or 3. Selepas itu follow sahaja line yang telah dibuat sebelum korang tempuhi stop seterusnya.
Tempat pertama
Sebaik korang sampai PWTC korang turun dekat bahagian bawah tu, bukan bahagian atas yer. Nanti korang dengarlah orang jerit slot 4 petang, beratur sekarang. Standby hp yang cukup battery sebab dia orang akan ulang kali check my sejathera kita untuk pastikan kita berada di station yang betul
Apa apa hal korang tengok lah korang berada di station mana untuk proses cucuk nanti. Di pwtc ada 3 station yer. Pen jangan lupa! ada 2 tempat nanti korang kena isi borang. Bahaya kalau kongsi dengan orang lain.
Pintu masuk 3 station nanti akan berbeza dan berpecah.
Tempat Kedua
Dah masuk dalam building pwtc. korang akan berdiri dalam 10 – 15 mins kut. Dun worry sebab dah ada aircond. Senyaaaap jerr, terlampau senyap sampai aku pulak stress. hahahah. dahlah berpecah dengan husband. Korang tengoklah ganbar ni, memang dia orang jaga jarak betul dan patuh SOP
Tempat Ketiga – Pengalaman Vaksin di PWTC
Sebelum naik Escalator, akan ada kerusi banyak-banyak. TUnggu sahajalah derang suruh naik tangga ikut station. Sila penuhkan kawasan depan untuk memudahkan orang lain. Masa ni ketiga-tiga station akan bertemu.
Derang akan panggil ikut station. Korang jangan lari berebut berebut perangai pelik naa.. semua orang akan dapat vaksin.
Tempat keempat
Dekat sini korang akan diberi borang macam aku janji terima. Ada 2 bahasa. Sini korang kena isi form yer. Dalam banyak banyak benda aku paling tahan dengan Voice OVer untuk guide kita atau instruction untuk isi borang tu kelakar … hahaha sis terhibur, very manglish . Padahal tu dah recorded, bunyi macam malas + penat. Or to be fair tu bukan dari professional Narrator. Macam budak sukarelawan sahaja. haduii geli hati betul.
Korang jgn lupa bawak pen tau!
Tempat kelima
Station untuk konsultansi dengan doktor. Sis cakap lah before keluar ni ada pening2 sikti sebab check macam low blood sangat. Doktor suruh minum air banyak banyak sebab itu sahaja nak bagi naik balik.
Lepas tu cakap jugak kerisauan post vaksin. BIla boleh amik ubat panadol. Tapi doktor ni baguih dia tak kata apa yang betul and tak betul, ikut kesesuaian badan, If rasa tak tahan ambiklah.
Tempat keenam
Tempat kena cucuk lah. Ada bilik bilik kecik haa. so duduklah kat luar tu dulu sebelum derang panggil. Sis ingat boleh selfie hahaha. Skali tak boleh daaa, tapi sempat lah amik gambar. Cuma dok kalut tutup handphone nurse tu dah terus cucuk daaa.
Tak sempat nak drama
Kesimpulan Pengalaman Vaksin di PWTC
Sis debar nak hadap simptom post vaksin ni sebenarnya tapi sis suka betul dengan perancangan dan penelitian dalam merangka program PPAV ni. Korang pergila vaksin cepat cepat, jangan takut. Kalau ramai tak nak vaksinm Selagi tu lah kita tak dapat kembali seperti dahulu.
tak sabar nk dpt cucuk vaksin jugak..ok simpan cerita org lain as reference
Alhamdulillah UN pun blum ambil. Harap nama naik cepat la juga.