Hebat rupanya pemain bolasepak morocco nih !!

Pemain bolasepak Morocco | pertama kali melihat dia orang beraksi aku dah macam “wow” dan impressed gila dengan ketangkasan dia orang. Aku tengok dia orang ni macam mesin yang bergerak ke atas ke bawah. Lain macam. Disebabkan aku tengah suka gila-gila tengok dia orang main aku nak tuliskan jugak dalam blog aku nih. Biar jadi kenangan

Kalau Iman dengan pasukan Portugal, Husband aku pulak peminat team bolasepak france.

Aku dari awal dah jatuh hati dengan team dia orang ni. tapi awal-awal pun semasa worldcup ini berlansung lah hahha.. tak ada lah awal sangat. So disaat itu aku pun terus menggodek siapakah dia orang nih.

Kalau ikutkan ada beberapa negara afrika dan beberapa negara islam yang masuk kali ini macam Qatar, Iran, Saudi, Ghana, Senegal. Tapi entahlah maybe instict aku ni dari awal dah cakap mereka pasti akan sampai ke Semi Final sekurang-kurangnya. Dan ini amat ditentang hebat oleh laki dan anak aku hahahha. Dia orang cakap impossible bolehkan spain tu ..

Tapi … tengokkk sapa sangka dia orang boleh kalahkan pemain bolasepak Portugal. Bukan kaleng kaleng yer . Menangislah Christian Ronaldo tu huhuhuhu

Tular Pemain Kehebatan Pemain bola sepak Morocco

Player morocco bukanlah biasa2, mereka memang bermain di kelab bolasepak terbaik cuma tidak kerap masuk TV je

bak kata sorang influencer iffat sale Semalam tu kiranya perlawanan bola antara pemain bola sebenar & pemain bola populis.

Rupanya Morocco ni dah jadi champion African Nation Championship pada tahun 2018 & 2020 tapi macam biasa, game di afrika memang orang tak minat nak tengok

Tapi sekarang tular betapa pemain pemain bola Morocco nih sangat sangat menghormati dan menyanjugi ibu bapa mereka, macam Achraf hakimi walaupun dia boleh bermain untuk spain tetapi dia memilih untuk mewakili negara ibunda ibuanya yakni Morocco atau maghribi.

Demi Ibu bapa katanya.

Hebatkan dia orang. Tular gambar mereka meraikan kemenangan dengan sujud syukur dan memeluk ibu masing masing untuk meraikannya kemenangan

pemain bolasepak morocco
images form aljazeera

hahahahha itu yang anak aku tak puas hati dengan jawapan aku

“kenapa Mama sokong sangat Morocco nih? ” – Iman

“Sebab negara Islam dan sebab power” – mama

JAwapan yang tak boleh diterima katanya, sebab ini football! patut mama kena sokong team yang betul betul boleh main. Tapi nampaknya team mama dia ini lah yang berjaya tundukkan team Portugal Iman tu .. ngeh.. ngeh

Puas hati mama dia ni.

JOmlah kita kenal dan ambil tahu pemain bolasepak Morocco ini sebenarnya main di mana ? Ternyata hampir ke semuanya hebat-hebat, jauh meninggalkan negara kita ni, sorang pun tak ada yang main di arena antarabangsa. Eh ada sorang anak muda, entah apalah nasib dia Luqman hakimi tak dengar cerita dah.

Ikut kata husband aku Hakim Ziyech tu memang dah lama main di Chelsea namun bukanlah 11 pemain utama,. dan sering direhatkan di bench. ish ish .. rugi kan. Tengok England pun tak layak masuk final hahaha.

Maybe selepas world cup ini mereka akan lebih dipandang tinggi.

Kelab pemain bolasepak morocco

  • Goalie:Yassien bounou: Sevilla (spain)
  • Defend:
    • Achraf hakimi : PSG (france)
    • Jawad el yamiq : Valladolid (spain)
    • Romain Saiss : Besiktas (turkey)
    • Yahia Attiyat Allah : Wydad AC (morocco)
  • Midfield:
    • Azzedine Ounahi : Angers (france)
    • Sofyan Amrabat : Fiorentina (italy)
    • Selim Amallah (belgium) : Standard Liege (belgium)
  • Penyerang:
    • Hakim Ziyech : chelsea (england)
    • Youssef En Nesyri : Sevilla (spain)
    • Sofiane Boufal (france) : Angers (france)
  • Sub:
    • Noussair mazraoui: Bayern Munich (german)
    • Abdo Hamdallah: Al-ittihad (arab)
    • Anass zaroury: Burnley (england)
    • Abdelhamed Sabiri: Samprodia (italy)
    • Munir mohamedi: Al-wehda (arab)
    • Ilias chair : queen park ranger (england)
    • Zakaria aboukhlal : Toulouse (france)
    • Abde ezzalzouli : Osasuna (spain)
    • Achraf dari : Brest (italy)
    • Walid cheddira : Bari (italy)
    • Ahmed reda tagnouti : wydad fc (morocco)
    • Bilal El Khannouss : KRC genk (belgium)
    • Bard Bennoun: Qatar SC (Qatar)
    • Yahya Jabrane: Wydad FC (morocco)

==

Coach yang berjaya membawa morocco ke piala dunia ialah Vahid Halilhodvic, tetapi dipecat selepas prestasi yang merudum dalam african cup nation 2021.

Walid Regragui dibawa sebagai coach baru bagi menghadapi piala dunia pada bulan ogos 2022. Kawan ketaq habis sebab tak pernah jadi coach negara, hanya coach kelab sebelum ni.

Namun taktikal yang digunakan di Wydad Fc sebelum ni berjaya membawa kejayaan kepada team morocco.

Kalau dapat pergi final, comfirm nama coach & semua player ni naik mendadak.

One Response

  1. Myzan December 13, 2022

Add Comment

error: Content is protected !!