Peluang latihan caregiver dan Pekerjaan di iRehab adalah satu peluang yang menarik untuk mereka yang terkesan degan musim pandemic Covid ini. I-Rehab memahami bahawa ramai di antara kita yang mencari pekerjaan sejak wabak ini dan I- rehab mahu anda menjadi sebahagian daripada pasukan mereka
Peluang untuk menjadi fisioterapi tidak mudah, ianya makan masa bertahun tahun untuk melengkapkan ada menjadi fisioterapi yang layak. Tetapi selain fisioterapi korang boleh intai peluang pekerja untuk menjadi ‘caregiver” di pusat ini atau dimana-mana sahaja.
Percayalah Ini antara permintaan atau demand dalam bidang pekerjaan yang agak tinggi buat masa ini dan juga memberikan imbuhan yang agak menarik.
Program latihan dirancang untuk melengkapkan anda dengan kemahiran yang diperlukan untuk memberi rawatan yang berkesan kepada warga tua dan ahli keluarga di bawah jagaan anda.
Kursus komprehensif ini merangkumi pembelajaran kemahiran praktikal dalam menangani pesakit dengan betul, dari membantu ADL (Aktiviti Kehidupan Harian), hingga keadaan yang lebih kompleks (pesakit di tempat tidur).
Kursus latihan caregiver di i-Rehab
Berita baik ialah mereka menawarkan latihan dan peluang pekerjaan bersama kita untuk menjaga orang tua. Tidak kira sama ada anda mempunyai pengalaman atau tidak, kami akan dapat membantu anda
kursus latihan pengasuh satu (1) hari yang terdiri daripada kelas dan pengalaman langsung di kemudahan iCenter dan iHome kami.
Bayaran kelas adalah RM 70 dan setelah selesai anda akan diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada pasukan kami.
Objektif latihan dan kursus
- Untuk melatih menjadi CAREGIVER” sebagai suatu kerjaya.
- Mewujudkan kesedaran di kalangan mereka mengenai status dan keperluan warga tua/pesakit;
- Mewujudkan kesedaran dan sikap positif terhadap warga tua/pesakit;
- Memahami keperluan warga tua /pesakit secara menyeluruh dan mengenalpasti sumber-sumber bagi memenuhi keperluan tersebut;
- Bertindak secara bersendirian bagi memenuhi keperluan warga tua/pesakit; dan
- Mewujudkan kemahiran dalam pemerhatian tingkahlaku warga tua / pesakit secara bersendirian dan hubungannya dengan orang lain.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai peluang pekerjaan di iREHAB, korang boleh hubungi mereka di talian 017-9880324 atau 012 9061690.
Boleh juga layari laman tertera di bawah untuk mendapatkan lebih info dan maklumat.
Semoga banyak peluang pekerjaan yang terbuka lebih-lebih lagi musim pandemik COVID19 ini.