Pelepasan cukai 2022 | Siapa siap awal akan dapat cepatkan? Jom declare seawal mungkin sebelum 15 mei 2023. Jadi sebelum masuk bulan cukai apa kata korang siap sedia dengan segala yang berkaitan dengan pengecualian cukai ni supaya tak kalut, tak lupa. So nak kongsikan dengan korang senarai pengecualian cukai di bawah ini yang korang kena tengok betul betul sebelum isi borang BE Manual
Table Of Content
Kesedaran declare cukai pendapatan
Rugi kalau tak claim tau.
Aku dari dulu ni macam ejen LHDN tau, jenuh educate opismate untuk isi and submit income tax ni hehe selain dari tukang push hutang, and saving aku memang concern bab-bab kewangan ini. Pernah lah beberapa kali aku ni tukang tolong isi untuk kawan-kawan.
Aku selau berpendapat ilmu ilmu pengurusan kewangan ni dikalangan orang kita amat rendah berbanding dengan bangsa cina.
Work smart orang cakap, duit tak banyak tapi kena pandai urus. Selagi boleh claim rebat tax, so apa salahnya. Pulunlah.
Memang tak banyak orang alert pasal pengecualian cukai lhdn 2022 ni, haiyaa manyak rugi. Kalau aku masuk page FB hutang tu aku boleh nampak betapa lemahnya orang paham pasal isu-isu kewangan dan berbankkan.
Ramai tidak tahu apa item bawah pelepasan cukai
Last year, aku tolong kakak aku isi sebab dia dah berhenti kerja tapi still dapat elaun atas penggunaan sijil broker dia. So kenalah declare. Adui, tahun tahun dahulu tu rupanya dia salah isi. Sepatutnya dia dapat pulangan tapi dia pulak kena bayar.
Pengecualian Cukai Lhdn 2022. Siapa yang kena cukai?
Untuk first timer, korang kena paham ini. LHDN kata kalau gaji setahun selepas tolak KWSP lebih RM34,000 barulah kena daftar nombor cukai / hantar borang cukai.
Contoh:
- Gaji setahun sebelum tolak KWSP = RM38,202
- Potongan KWSP (11%) = RM4,202
- Gaji setahun selepas tolak KWSP = RM34,000 (dibundarkan)
Sekiranya pendapatan korang tak sampai pun RM34,000 setahun (lepas tolak KWSP) tapi majikan tiba-tiba ada buat potongan PCB, maka submit saja borang cukai tu, insha-Allah dapat refund.
Jadi menjelang bulan cukai yang bakal menjelma Mac ini, jika rasa tak nak bayar cukai banyak sangat, ini maklumat/dokumen yang perlu disimpan
So basically, benda-benda yang orang terlepas pandang untuk Tax relief / pelepasan cukai 2022 dari Dari page LHDN. aku memang refer pada website LHDN untuk bab pelepasan cukai ni.
Contoh Pelepasan Cukai Individu
- Melancong dlm negara rm1000.
- Insurance nyawa dan kwsp utk penjawat awam max rm7000
- Insurance nyawa / life takaful utk bukan penjawat max rm3000
- Insurance medical / education max rm3000
- PRS – Private Retirement Scheme max rm3000
- SSPN utk anak2 max rm8000
Yang paling penting resit dan statement kena simpan cantik2 ya kawan2. Sebaiknya dari awal tahun dah set folder dalam komputer tu. Scan and simpan disitu, buat folder setiap tahun nanti senang nak refer.
Untuk takaful statement akan diberi mengikut tahun. Jaditahun 2022 akan dpt pada awal tahun 2023. Boleh roger agent anda utk maklumat lanjut okey.
Okay hadam senarai pelepasan cukai ni betul betul, jangan terlebih claim pulak. Kalau sapa-sapa claim untuk rawatan perubatan ibu bapa kena hati-hati sebab banyak kawan kena trigger untuk LHDN audit.
Yang penting jangan menipu, tak baik tau tipu dosa hahaha
Pelepasan cukai 2022 individu
Bil. | Jenis Potongan Individu | Amaun (RM) |
1 | Individu dan saudara tanggungan | 9,000 |
2 | Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan) | 8,000 (Terhad) |
3 | Perbelanjaan pembelian peralatan sokongan asas (untuk kegunaan individu kurang upaya, suami / isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya) | 6,000 (Terhad) |
4 | Individu kurang upaya | 6,000 |
5 | Yuran pengajian (Sendiri):Peringkat selain sarjana atau doktor falsafah – bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;Peringkat sarjana atau doktor falsafah – sebarang bidang atau kursus pengajianKursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri (Terhad RM2,000) | 7,000 (Terhad) |
6 | Perbelanjaan perubatan bagi:Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius (Diri sendiri atau suami / isteri atau anak-anak)Perbelanjaan perubatan bagi rawatan kesuburan (Diri sendiri atau suami / isteri)Perbelanjaan perubatan bagi pemvaksinan (Diri sendiri atau suami / isteri atau anak-anak) (Terhad RM1,000) | 8,000 (Terhad) |
7 | Perbelanjaan (Terhad RM1,000) bagi:Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak) seperti yang ditakrifkan oleh Majlis Perubatan Malaysia (MPM).Ujian pengesanan COVID-19 termasuk pembelian kit ujian kendiri ke atas diri sendiri, suami / isteri atau anak.Pemeriksaan kesihatan mental atau konsultasi ke atas diri sendiri, suami / isteri atau anak | |
8 | Gaya hidup – Perbelanjaan untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi:Pembelian dan langganan buku, jurnal, majalah, surat khabar dan lain-lain penerbitan seumpamanya (Bukan bahan bacaan terlarang);Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (Bukan untuk kegunaan perniagaan);Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 dan bayaran keahlian gimnasium; danBayaran bil bulanan untuk langganan internet (Atas nama sendiri) | 2,500 (Terhad) |
9a | Gaya hidup – Pelepasan tambahan kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi:Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997Bayaran sewa atau fi kemasukan ke fasiliti sukanBayaran fi pendaftaran bagi menyertai pertandingan yang mana penganjur diluluskan dan dilesenkan oleh Pesuruhjaya Sukan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 | 500 (Terhad) |
9b | Gaya hidup – Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak dan bukan untuk kegunaan perniagaan | 2,500 (Terhad) |
10 | Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan sendiri bagi anak berumur 2 tahun dan kebawah (Potongan dibenarkan sekali setiap DUA (2) tahun taksiran) | 1,000 (Terhad) |
11 | Bayaran bagi yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak / tadika yang berdaftar | 3,000 (Terhad) |
12 | Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) (Tabungan bersih adalah jumlah simpanan dalam tahun 2022 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2022) | 8,000 (Terhad) |
13 | Suami / Isteri / Bayaran alimoni kepada bekas isteri | 4,000 (Terhad) |
14 | Suami / Isteri kurang upaya | 5,000 |
15a | Anak yang belum berkahwin dan berumur di bawah 18 tahun | 2,000 |
15b | Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah) | 2,000 |
15b | Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:mengikuti pengajian tinggi sepenuh masa (Tidak termasuk kursus matrikulasi / pra-ijazah / A-Level) di universiti, kolej atau institusi pelajaran yang serupa dengannya di Malaysia; atauberkhidmat di bawah satu ikatan artikel atau indentur untuk memperoleh kelayakan perdagangan atau profesion di Malaysia; atau mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan. | 8,000 |
15c | Anak Kurang upaya | 6,000 |
Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan. | ||
16 | Insuran nyawa dan KWSP Kategori penjawat awam berpencenPremium insurans nyawa yang tidak membuat carumah KWSP / skim yang diluluskanATAUKategori SELAIN daripada 16(i)Premium insurans nyawa (Terhad RM3,000)Caruman kepada KWSP / skim yang diluluskan (Terhad RM4,000) | 7,000 (Terhad) |
17 | Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertangguh (Deferred Annuity) | 3,000 (Terhad) |
18 | Insurans pendidikan dan perubatan | 3,000 (Terhad) |
19 | Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 atau Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 | 350 (Terhad) |
20 | Perbelanjaan pelancongan domestik bagi:Bayaran penginapan di premis penginapan yang berdaftar (Klik sini) dengan Pesuruhjaya Pelancongan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992Bayaran masuk ke tempat tarikan pelancongPembelian pakej pelancongan domestik melalui ejen pengembaraan berlesen yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Pelancongan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 | 1,000 (Terhad) |
21 | Perbelanjaan bayaran pemasangan, sewaan, pembelian termasuk sewa-beli peralatan atau langganan bagi penggunaan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik bagi kenderaan sendiri (Bukan untuk kegunaan perniagaan) | 2,500 (Terhad) |
untung lah siapa yang dapat refund banyak tu. boleh lah buat beli baju raya blink blink.