Kota Kinabalu, 15 Oktober 2022 – Kolaborasi De’Xandra dan MK | De’Xandra melancarkan inspirasi wangian terkininya melaui kolaborasi bersama artis tanahair terkenal MK yang di dalam sebuah majlis pelancaran penuh gemilang yang diadakan di Suria Sabah Mall, Kota Kinabalu.
Table Of Content
Set produk kolaborasi De’ Xandra bersama MK yang dikenali sebagai MK Collection itu merupakan edisi terhad De’ Xandara yang sudah mula dijual pada hari pelancaran tersebut. Setiap set MK Collection mengandungi dua botol mintak wangi bersaiz 35ml dan 15ml dan dipakejkan secara ekslusif dengan kotak keras, paperbag yang menarik beserta kad istimewa dari MK.
Apa yang lebih menarik dengan set MK Collection ini ialah wangiannya telah dipilih sendiri oleh MK. Ini sudah tentu menjadi sesuatu yang amat istimewa dan unik khasnya bagi peminat MK sendiri di mana mereka dapat memiliki wangian yang berkualiti oleh De’ Xandra dengan citarasa artis kegemaran mereka sendiri. Ianya juga bertepatan dengan tagline De’Xandra yang sentiasa Memikat, Melekat dan Teringat-ingat.
Kolaborasi De’Xandra dan MK k Clique
Pelancaran produk set kolaborasi De’ Xandra MK Collection ini juga seiring dengan kempen yang dikenali sebagai ARMY IN YOU. Kempen yang membawa mesej Perjuangan dan Pengorbanan dipilih sempena mengambil contoh perjalanan hidup MK yang gigih berjuang dan berkorban untuk menjadi seorang artis rap yang dikenali di Semenanjung.
Beliau yang berasal dari Sabah telah meninggalkan kampung halaman dan keluarga tercinta serta bertekad menempuh cabaran untuk mengejar impiannya. Perubahan hidup beliau ini ada diceritakan di dalam lagu ‘Mimpi’.
Kegigihan beliau inilah yang membuatkan De’ Xandra cenderung berkolaborasi dan seterusnya berkongsi semangatnya kepada masyarakat untuk terus berjaya. Bagi MK, wangian yang dihasilkan ini sangat bersesuian dengan personaliti beliau sendiri terutamanya dalam perjuanganya dalam industri hiburan tanahair.
Majlis tersebut merupakan pelancaran produk De’ Xandra yang pertama yang diadakan di Sabah. Kolaborasi ini telah berjaya menarik minat komuniti di Kota Kinabalu apabila majlis pelancaran tersebut telah dipenuhi oleh ratusan peminat De’ Xandra dan MK. Pelancaran tersebut juga telah disiarkan secara langsung di saluran Facebook De’ Xandra.
Kempen Army In You
Majlis pelancaran MK Collection tersebut juga turut diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti persembahan live oleh MK, booth jualan, ‘photobooth’, kuiz dan cabutan bertuah yang menyediakan pelbagai hadiah yang bernilai sejumlah RM5000. Antara hadiah yang disediakan ialah MK Set, merchandise MK dan juga wang tunai.
Untuk pelancaran kempen Army In You ini, De Xandra telah mengeluarkan 2 Set MK Collection yang terdiri daripada wangian untuk lelaki ‘Perjuangan’ dan wangian untuk wanita “Pengorbanan” boleh didapati dari reseller De’Xandra seluruh negara.
Walau bagaimanapun, keluaran produk kolaborasi ini adalah ini adalah stok terhad.
“Perjuangan” membawa seribu makna dalam perjuangan dalam kehidupan, jatuh bangun yang tidak terkira untuk terus berjaya. Umpama tentera yang sedang bertarung di medan perang, hanya dengan memenangi peperangan itu yang akan membuatkan mereka dapat kembali ke negara dan keluarga.
Motivasi sebeginilah merupakan satu faktor yang akan menjadikan kita untuk cuba mengharungi kehidupan walau apa pun rintangannya.
“Pengorbanan” pula disesuaikan dengan kaum wanita yang sentiasa menyokong dan berkorban untuk suami dan keluarga. Sangat berkesan dan menarik kombinasi Perjuangan dan Pengorbanan ini
Bermula pada 2015, De’Xandra terus meningkat sebagai jenama wangian Malaysia yang terkenal dengan mendekatkan diri dengan masyarakat melalui strategi pemasaran yang bijak. De’ Xandra juga telah giat berkembang di luar negara seperti di Brunei, Singapura dan Kemboja.
BACA : Kenapa Diet Gagal Dikalangan Ibu IBu
Peluang bina perniagaan bersama De’Xandra
Pada hari pelancaran tersebut pihak HQ De’xandara telah membuka Booth station Recruitment kerana terdapat permintaan yang tinggi dari pelanggan yang ingin mendapatkan produk De’ Xandra di Sabah sendiri
Malah pihak De’ Xandra amat mengalu-alukan kepada sesiapa yang berminat untuk menambah pendapat bersama mereka. Bagi yang berminat boleh terus menghubungi website mereka untuk mendaftar sebagiai reseller.
Pakej Tambahan yang di tawarkan pada masa pelancaran
Pihak De’ Xandara turut membuka tawaran pakej produk semasa majlis pelancaran dengan tawaran harga yang sangat menarik.
- Pakej sapu rata menawarkan diskaun sehingga 44% hanya berjumlah RM279.00
- Pakej Mimpi menawarkan 20% diskaun berjumlah RM199
- Pakej Merais pula hanya berharga RM150.00
Maklumat De’Xandra
- Website : http://Dexandra.com
- Facebook : https://m.facebook.com/dexandrahq
- Instagram : https://www.instagram.com/dexandra_hq
Nanti nka try perfume baru ni pulak