Kenapa kontraktor melayu asyik menipu? | ayat aku ni boleh jadi kontroversikan hahaha. Tapi to be frank sebenarnya kita mengharapkan orang melayu Islam lebih faham atas ‘amanah’ dan tanggungjawab yang client berikan. So ‘weight’ tersebut lagi besar nilainya.
Table Of Content
- Pengalaman dengan Renovasi dengan Melayu, Indon dan Cina
- Terkena dengan kontraktor melayu asyik menipu untuk siapkan bumbung ACP
- Kontraktor Pertama
- Masalah PKP katanya
- Kontraktor ke dua : Abang Besi, ini antara kontraktor melayu asyik menipu kah?
- Apa hak pengguna ?
- Mintak Deposit nak ambil bumbung dekat supplier konon
- 𝟯 Perkara boleh dilakukan bila kena tipu
Mungkin dalam satu hal sebenarnya aku nasib tak berapa baik bila terkena macam ini. Ada orang okay sahaja tak ada masalah pun.
Aku hanya nak luahkan geram aku dan pertahankan hak sebagai pengguna. Dan supaya pengguna lain pun tidak kena dengan geng-geng yang sakan buat promosi di FB tapi kualiti ke laut . Biar dia orang tahu betapa kena jaga kualiti semua ni.
Frust tau kenapa kita selalu dengar ” malas nak buat dengan orang melayu sebab banyak kerja tak siap” . so inilah yang terjadi dengan aku.
macam manalah kita nak support #bmf kan.
Tujuan aku tulis ni nak cakap bukan orang melayu tak nak tolong orang melayu, tapi janganlah penaiya orang lain. kita pun menyimpan duit kut nak buat semua benda-benda ni
Pengalaman dengan Renovasi dengan Melayu, Indon dan Cina
Pengalaman aku buat renovasi dari tahun 2003 terhadap rumah yang aku buat sekarang ni,aku pernah hire Indon, Melayu dan Chinese untuk segala barang dalam rumah aku ni. Kontraktor india sahaja yang aku tak pernah buat. Tapi renovasi yang aku buat kecil kecilan sahaja, bawah 50k kut.
Maklumlah rumah aku ni hanyalah basic sahaja, developer Talam Berhad yang dah bankrap dah pun huhuh . Tapi pada tahun 1998-2000 hanya beberapa developer mampu milik sahaja yang ada, gaji pun kecik lagi jadi beli rumah Talam sahaja yang mampu tambah-tambah dekat dengan ofis aku di bukit Jalil
Nak beli rumah Sime Darby hahahah jenuh lah weh, even masa laki aku kerja dengan sime darby pun aku rasa tak mampu nak beli
Aku pernah juga upah sorang runner china untuk dapatkan pendaftaran PBT dalam RM500.00 tapi aku rasa macam kena tipu pulak.
Aku nak share pengalaman aku buat renovasi yang kecik dah besar dari dahulu dan sekarang. Aku tak pernah ada masalah dengan kontraktror Indon, aku rasa dah buat renovasi banyak 5 kali kut dengan dia orang. heheh bila ada duit aku buat sikit sikit, tak ada duit aku duduk diam.
Maklumlah, Kita bukan orang have have kan.
Aku bersyukur pengalaman renovasi dengan kontraktor Indon sebanyak 5 kali dengan 3 kontraktor indon yang berlainan. Ada yang aku repeat. Tak ada masalah lansung. Bab ini memang syukur sangat-sangat. Harga berpatutan, dan dapat siap on time. Masalah kecik kecik tu biasalah .
Eh.. tapi ada satu yang ada bermasalah tak silap.
Untuk kontraktor cina aku hire dia orang untuk buat Pagar, dan bumbung pergola aku . Syarikat Delux dan pagar aku masih tahan elok hingga ke hari ini walaupun dah menjangkau 17 tahun.
Eh nanti aku kongsikan projek terkini aku make over toilet dengan kontraktor INdon yang bagi aku sangat bagus.
Terkena dengan kontraktor melayu asyik menipu untuk siapkan bumbung ACP
Tapi kali ini aku nak share aku pasal nak buat bumbung ACP sahaja. hahaha 2 orang kontraktor aku hire untuk benda ini sahaja. Kalau ada indon aku hire indon dah.
Alkisah bumbung pergola aku ni dibuat dari tahun 2006 kut dengan syarikat Delux di IOI. Syarikat Chinese. Aku boleh cakap harga memang mahal tapi On TIme! aku set time and dia terus pasang sekali harung
Setelah 15 tahun bumbung aku tu pun mula mereput dan pecah, material yang aku pilih ni memang lojiklah rosak setelah berbelas tahun. So mulalah pencarian kontraktor baru.
Kontraktor Pertama :
Kebetulan kawan aku ada buat bumbung ACP pada masa itu, rumah kawan aku ni kira sebelah taman sahaja. Agak delay juga untuk deliver tapi adalah jugak hasilnya setelah delay 2 bulan katanya
Memandangkan dah ada testimoni so aku pun terus decide nak buat dengan dia pada April 2021, sebab aku target pada hari raya nanti dah ada bumbung baru. Kesilapan aku, kami transfer duit deposit 50% tapi sampai sudah dia tak bagi pun invoice . Deposit tu untuk dia beli besi katanya, baru dia boleh mula kerja
Masalah PKP katanya
Tapi nasib tak baik PKP (2021) sebelum raya tu sampai lah raya, so agaknya dia guna duit aku untuk survive. Laki aku ni baik sikit heheh kalau aku memang aku mengamuk dah. Siyes laki aku baik hehhe… or maybe orang perempuan ni emo kut!
So macam-macam cara kami buat, cari bekas pekerja dia , ugut nak buat report polis dan macam-macam lah. hahah boleh gaduh laki bini pasal ni.
Akhirnya pada Sepetember 2021 dia balas mesej laki aku, dia kata nak pulangkan duit. tapi to date dia hanya bayar RM700 sahaja. huhu at least dapatlahkan.. nanti nak kejar lagi RM300
Aku impressed jugaklah akhirnya dia bayar juga duit tu, sebab yang aku dengar family dia kena covid agaknya tau takut kut hahaha.
So yang 300 ni camana? takkan aku nak halalkan pulak
Kontraktor ke dua : Abang Besi, ini antara kontraktor melayu asyik menipu kah?
So kali ini laki aku cari dekat facebook, bila search nama tu macam popular lah pulak. so abam pun panggil dia orang. Wah memang proper, ada team mai ukur semua, lepas tu siap cakap boleh follow up dengan customer service team untuk tanya status.
Kalau tengok website dia orang ni macam hebat dah Abang besi ni hahahhaa
hehehe.. gitu cara derangkan, kira dah cantik dah tu
So dari bulan September 2021 dia memang cakap backlog banyak, okaylah we all pun paham kalau delay sebulan dua. Tapi hingga February 2022 belum settle oit!
Sakit hati betul
Mula-mula cakap backlog, lepas tu alasan banjir di Shah alam pada bulan 12. Tapi ofis dia orang di sungai buloh, dan akhirnya kita orang naik ofis dia orang tengok sendiri nak tahu status production kita orang ni diman
It seems staff dia cerita derang ni ada masalah management sebenarnya pusingan duit tak betul lah nih
Apa hak pengguna ?
Aku dah mula sakit hati, dan aku pun bagi komen di FB dia supaya orang lain pun tahu. hahahah jangan main main dengan social media yer. Kebetulan ada 2/3 kawan nak buat juga dengan dia orang terus PM tepi setelah nampak komen aku and akhirnya tak berani terus nak buat
Aku bukan nak tutup rezeki dia orang tapi apa hak kita sebagai pengguna. kita dah bagi duit deposit on time tapi dia orang buat apa dengan duit kita? pusing modal ? or sebab ada 2 bini? (selalunya macam tulah kan kontraktor melayu)
Ini lah yang aku cakap, kalau syarikat melayu ni yang beragama islam kenapalah tak jujur and buat kerja dengan amanah?
Kalau dari bulan september 2021 – February 2022 maknanya dah 6 bulan kan!
Sewaktu kami kalut cari info rupanya terjumpa page Abang besi penipu. katanya dahulu dia orang ni dah ada masalah partner katanya . Tapi aku peduli apa , itu bukan masalah aku.
Mintak Deposit nak ambil bumbung dekat supplier konon
Paling kelakar kenapa aku rasa dia orang tak jujur selepas aku pergi ke ofis dia orang pada bulan 12, akhirnya dia kata nak install pada bulan 2. Aku ingat masalah aku dah selesai. Rupanya dia bukak bumbung lama pasang besi tapi hahahha bumbung ACP tu tak ada. So dah hampir sebulan runag pergola aku dibiarkan begitu sahaja
Tukang pasang hanya cakap dia orang hanya tukang pasang. Ajer gilerr!!!
Sebelum pasang dia mintak duit lagi RM900 untuk beli bumbung. Aku dah cakap asalnya dia pasang baru aku bayar on the spot. Tapi katanya duit tu untuk beli bumbung,.. hahahah harey.. nampak sangat penipu
Setelah aku bombard lagi di FB, dia orang boleh pM tepi kata tunggu aku punya time pulak. Eh apa gila dia orang nih
Jadi, apa masalah syarikat melayu nih? cuba korang huraikan masalah aku ni
So hari in 11 Feb 2022, dia kata nak mai 18hb 2022. Kita tengok yer dia orang tepat janji atau tidak
Update : Akhirnya dia orang install pada 18hb 2022… akhirnya …
𝟯 Perkara boleh dilakukan bila kena tipu
Perlukah aku buat sampai stage ini bila kontraktor melayu asyik menipu kan?
- Buat laporan polis di balai berdekatan. Berikan butiran kontraktor, kerja yang dilakukan dan jumlah bayaran yang ditipu.
- Buat aduan bertulis di pejabat negeri CIDB berdekatan. Berikan maklumat kontraktor.
- Jika kontraktor tersebut berdaftar dengan CIDB, butiran lengkap kontraktor boleh didapati dari sistem pendaftaran laman sesawang CIDB.
- .Dapatkan khidmat nasihat dari Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional atau NCCC.
- .Aduan boleh dibuat melalui talian di laman sesawang nccc.orf.my/v2/index.php/ingin-membuat-aduan-e-aduan . Buat aduan di bawah sektor Pembinaan atau Penyelenggaraan Rumah
salam puan. saya pun br kena tipu ni dengan abang besi. bayar deposit since feb 2022. sampai sekarang belum pasang apa lagi pagar and grill. macamana puan buat aduan dan dptkan balik duit? saya sama juga niat nak tolong orang nelayu sendiri tapi kena lipat macam ni geram rasanye. our hard earned money buat main-main.
aduhhh .. sakitnya hatikan … apa lah syarikat melayu nih. saya ni jenuh ugut dia orang
Saya baru kena tipu dgn kontraktor …tp rasanya mmg scammer …cari kat Google terjumpa blog Abang Besi …rupanya dia pun kaki lipat jugak ye
Akak.., ini lagi satu abang kena dah.., konferm di tipu.., mungkin buat report.., dah lah separuh.., tak nampak pun besi…
allah .. kena jugak ? aduii company melayu ni kan .. tak tau nak cakap apa laa kan
Akak pon tengah bengang dgn abg besi, order gate + pagar + pintu tong sampah June, katanya 2 bulan baru boleh pag, banyak backlog, ok fine, bulan 8 dtg hantar besi aluminum panjang, sy pon terkejut kenapa hantar mcm tu, katanya nanti org yg nak pasang akan potong, selepas 3 hari orang nak dtg pasang duk termenung, mcm mana nak pasang, tak dipotong, kejer saya pasang jer, terus dia tinggalkan mcm tu. Sy call boss abg besi, suh tuggu nanti org lain akan datang paSang, 4 hari lepas tu baru datang pasang, masa tu sy di langkawi, balik umah tengok, gate jer dipasang, pagar tepi tak pasang, pintu tong sampah pon salah deisgn. Tunggu lagi sebulan baru dtg psg balik. Tak sampai 2 bulan karat semua keluar, masuk 4 bulan pintu gate sebelah menurun, dah sangkut nak tutup sbb tak balance, wasap abg besi tak respond, call 3 kali bru dia reply wasap suruh bg tau admin. Dah wasap admin siap bagi gambar video, haram tak respond. Sakit hati sungguh! Very bad service,very highly not recemended!
aduh .. terkena jugak yer .. kena push and paksa jugak .. kalau tak mmg derang kesedapan nih