Psst.. aku ni seperti kerasukan sedikit ! Tahun 2023 ni aku seakan gila mengumpul handbag, hehehe mungkin disebabkan walkin closet yang aku idam-idamkan sejak dahulu telah lengkap untuk simpanan handbag. Aku jadi bertambah semangat untuk menambah koleksi termasuk handbag lokal seperti Jovi Leather haaa, ini yang aku nak kongsikan Jovi leather review pulak betapa aku dah soping sakan handbag, wallet dan Lanyard kali ni.
Table Of Content
Harga mampu milik tau!
Ini semua gara-gara pinterest dan IG Home decor yang aku ikuti selama hari ini, berangan sungguh nak miliki koleksi handbag bersusun yang boleh ditukar ganti. Dan satu lagi disaat umur aku mencecah hampir 50 tahun, aku baru bersedia untuk merewardkan diri sendiri barang-barang yang diidamkan setelah berhempas pulas sewaktu bekerja dan menyimpan sejak dari muda.
Sambil aku shopping di sini, aku nak bagi idea kepada para suami korang boleh jengah JOVI leather untuk mencari idea hadiah untuk isteri. Semua ada under 1 roof. Senang cerita.
Bestnya kalau dapat hadiah handbag
Feeling untuk isteri kalau dapat hadiah handbag tu memang best. Perempuan dan handbag tak boleh dipisahkan. Kalau handbag jenama besar bukan murah tau.
Tapi kalau tahu caranya, boleh dapat yang berbaloi. Ini yang aku nak share dengan korang.
Jangan tak tahu yer, dahulu aku hanya mampu memiliki handbag berjenama selepas 9 tahun bekerja. Pada masa itu aku rasa handbag ni mahal sangat untuk aku. Dan dahulu tak banyak pilihan mampu milik untuk produk lokal.
Bagi aku masa muda masa untuk mengumpul simpanan dan membuat prioriti kepada benda yang lebih penting seperti membina aset, travel dan juga usaha untuk mendapatkan zuriat.
Kiranya ini semua 20 tahun dahulu punya cerita, masa tu tak banyak personal shopper lagi. Jadi untuk aku spend banyak-banyak agak tercekik juga. Ini semua adalah Delay Gratification bagi aku.
Pada masa itu aku mengandaikan harga handbag berjenama kesemuanya berharga RM2,000.00 ke atas. Ianya suatu amaun yang agak besar untuk aku yang lebih suka membelanjakan wang kepada harga tiket kapal terbang atau pun hotel percutian yang indah.
Nak masuk butik-butik handbag di Mall pun aku agak cuak dan takut. Aku dahulu agak naive dalam pemilihan jenis handbag ini, cukup seadanya.
Namun sekarang makin memahami kualiti yang diperlukan untuk setiap handbag. Selain membeli sewaktu travel aku juga mendapatkan koleksi handbag samada mendapatkan direct dari luar negara atau melalui personal shopper.
Namun, hahaha sehingga saat ini, aku belum berani dan tidak tergamak untuk membelanjakan wang untuk handbag yang mencecah RM3,000 ke atas.
Produk Lokal pun hebat rupanya !
Tahun 2023, aku mula berubah untuk mencuba produk buatan Malaysia. Persepsi aku mula lebih terbuka.
Mengapa tidak aku membelanjakan wang kepada handbag yang lebih berkualiti dengan harga yang lebih murah ? Pengalaman kualiti bag jenama antarabangsa tidaklah kesemuanya indah belaka. Ada yang menggelupas setelah beberapa tahun.
Kalau kulit insyallah tahan lama.
Dalam kesibukan aku mengejar koleksi handbag antarabangsa sebenarnya Malaysia mempunyai produk lokal yang berkualiti.
Banyak Brand lokal yang berkualiti !
Aku baru tahu ada beberapa jenama baru yang agak strong pada masa kini. Antara design produk handbag lokal yang aku maksudkan salah satunya produk dari JOVI Leather
Dahulu femes lah dengan produk Bonia dan sembonia, ia agak lama berada dalam pasaran namun aku tidak beberapa meminati design bag tersebut yang agak outdated bagi aku.
Dalam keghairahan aku mengumpul handbag beberapa tahun, aku baru menyedari beberapa faktor yang akan membuatkan sesuatu handbag yang boleh bertahan lama, bukan sekadar brand.
Kualiti material dari Kulit yang akan membuat handbag itu berkualiti dan mudah dijaga dan akan bertahan lebih lama akan membuatkan korang rasa berbaloi
Handbag Jovi leather Berkualiti
Eh! aku baru tahu produk JoviLeather adalah produk lokal yang telah bertapak semenjak tahun ….., itupun aku terjumpa dengan tidak sengaja sewaktu browse internet mencari handbag kulit berkualiti
Produk mereka terdiri daripada pelbagai jenis beg, dompet, dan aksesori kulit lain yang boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan.
Rupa-rupanya Jovi Leather adalah sebuah syarikat pembuatan kulit yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Mereka telah menghasilkan banyak produk kulit berkualiti tinggi yang dibuat daripada kulit lembu yang tahan lama.
Pilihan aku di Jovi Leather semestinya material kulit penuh, lebih tahan lama dan lebih lasak. Itu definasi produk berkualiti bagi aku. Korang boleh masuk website JOVI, dan boleh lihat pelbagai collection yang ada.
Impressive, setanding Handbag antarabangsa.
Jovi leather review yang positif
Disebabkan brand ini agak asing bagi aku, jadi aku cuba mendapatkan beberapa review terlebih dahulu.
Salah satu sebab utama produk-produk dari https://jovileather.com/ mendapat pilihan pengguna di Malaysia adalah kerana kualiti dan reka bentuk yang mereka tawarkan atau boleh juga masuk di shoppee untuk sebarang pembelian
Jovi Leather telah menerima banyak review yang positif dari pengguna sebelum ini. Banyak pengguna yang telah memuji kualiti dan reka bentuk yang unik dari produk-produk Jovi Leather.
So why not aku cubakan!
Hadiah untuk isteri bajet RM200-RM500
Alang-alang aku dah start membeli beberapa handbag di Jovi ini, aku boleh suggest pada korang especially pembaca lelaki yang membaca entri aku nih. Korang selalu blur nak beli apa untuk isterikan.
Dengan harga yang berpatutan, confirm ramai yang akan berpuas hati dengan pembelian dari Jovi Leather. Berbaloi katanya. Produk-produk mereka sangat berkualiti dan tahan lasak, menjadikannya pilihan yang tepat untuk menambah koleksi isteri korang
Paling menarik sebarang pembelian sekiranya korang request untuk ia dipakejkan bersama dengan packaging yang menarik, lengkap sebagai satu pengalaman yang pasti mengujakan untuk para isteri seperti dari butik mahal
Idea hadiah untuk Isteri dari Jovi leather
Setiap produk dihasilkan dengan cermat menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan dihasilkan oleh tangan-tangan yang terlatih. Jovi Leather turut mengambil kira pelbagai faktor seperti trend fesyen terkini dan keperluan pengguna untuk memastikan setiap produk yang dihasilkan memenuhi kehendak pasaran.
Sekiranya sang suami tidak punya bajet yang besar, aku memang sarankan korang beli handbag disini. Alah membeli menang memakai, harga reasonable dan kualiti pun cantik, yang penting kena ada niat mencari “hadiah untuk Isteri“, insyallah rezeki suami kan mencurah-curah tau
Antara barang2 yang aku rasa menarik untuk hadiahkan pada isteri tidak kira umur, kerana semua ini adalah suatu yang evergreen dan sesuai untuk semua golongan. Hadiah ini sesuai untuk hari jadi, anniversary dan juga hari ibu setiap bulan 5 (May).
- Elise Wallet
- Aku suka warna wallet ini, nampak tak stylo cara aku pegang tu.
- Aku suka dia ada bling-bling kiri kanan, memang berbeza dengan koleksi yang sedia ada.
- Susunan untuk letak kad pun lebih tersusun
- Tambahan tali siap engrave nama tu memudahkan cara memegang wallet ini lebih selamat
2. Lanyard
- Aku memang suka lanyard material sebegini dari material plastik yang ofis sediakan.
- Sebenarnya size tali yang kecil itu yang buatkan aku rasa nampak lebih kemas untuk sipemakai
- Nampak lebih elegant dan terasa agak special kalau pergi ofis, lain dari orang lain
3. Claire Tote bag
- Mula-mula terpikat sebab warnanya
- Muat untuk masuk Ipad air, dan buku nota
- Size tidak terlalu besar dan tidak kecik, just nice !
4. Alicia handbag
- Sizenya yang comel dan sesuai untuk kasual dan juga untuk majlis keramaian
- Yang paling penting aku suka bag ini sebab bau kulit
- Kiranya aku jatuh cinta dengan bag ini sebab comel tapi ellegant
Cantik nyer hand bag tu. Nak hadiah camni jugak lah.
kan .. affordable pulak tu. yang penting kulit