Tolonglah dengar apa yang aku nak sampaikan ini, kalau korang malas sangat nak ambil tahu berkenaan penjagaan muka tetapi 2 benda ini korang tak boleh tinggal. UV sunscreen dan moisturizer. Seriyes korang jangan tinggal, sebab kita ni nak melawan pelbagai cabaran kulit kita contohnya faktor UV, pencemaran dan kulit kering.
Table Of Content
- Kenapa Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Berbeza
- Kandungan Utama Pelembap Muka Aqua Whitening Cream
- Terokai Kelebihan Moisturizer Terbaik Aqua Whitening Cream
- Effek Pencerahan Yang Power
- Kelembapan yang tak terhingga
- Primer make up Terbaik
- Sesuai untuk Semua Jenis Kulit
- Cara Pakai Mosturizer Dengan Betul
- Jaga dan Semailah Kecantikan Anda
Untuk aku yang akan berumur 50 tahun ini (huhuhu) memang akan selalu hunting 2 produk ini., kali ini aku nak kongsikan percubaan aku dengan produk Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream. Kira tips yang paling simple untuk korang hadam, Korang jaga dua benda ni, insyallah korang dapat lawan aging proses sedikit sebanyak.
Setuju tak kalau aku cakap orang kulit kering akan lebih senang nampak muka berkedut?
huhuhu, aku memang dah mula ambil serius penjagaan kulit muka, dan badan sejak awal 40an. Agak terlambat, tapi better late than neverlah kan. Dahulu aku tersangat naif and tak berapa cerdik. Kesan tidak menggali ilmu maka setepeklah melasma di muka aku .
Sejak dari itu aku memang rajin membaca dan test sendiri dengan beberapa produk.
Dan sekarang memang aku sedikit OBSES dengan moisturizer sebab orang berumur macam aku, memang memerlukan kulit yang lembab untuk mengelakkan kedutan dengan cepat. Well, kesannya setiap kali aku pergi buat skin analysis kiranya mendapat pujianlah jugak.
Macam aku cakap awal tadi, kali ini aku nak kongsikan produk Hansaegee Nature ni, apa yang buat dia unik, faedah yang kita boleh dapat, dan kenapa dia antara produk best dalam dunia kecantikan ini.
Kenapa Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Berbeza
Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream adalah sejenis moisturizer water based. Uniknya moisturizer/pelembap muka ni selepas disapu dan digosok perlahan akan mengeluarkan titisan air di kulit muka. Ini yang buat aku tergoda.
Dalam dunia penjagaan kulit semua orang mencari kulit yang glowing dan sempurna, Pelembap muka Aqua Whitening Cream macam harapan bagi kita yang nak cari penyelesaian yang tak payah nak complicated tapi tetap berkesan dan natural. Ia juga adalah moisturizer yang sesuai untuk kulit berminyak, jangan risau.
Ianya produk korea yang aku yakin sangat berkualiti dan telah lepas proses kualiti yang bagus,
Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream berbeza kerana formula yang memang berbeza, ianya seumpama produk gabungan alami dan sains. Dicipta dengan teliti dan ia dapat tackle masalah kulit kita dengan mudah.
Kandungan Utama Pelembap Muka Aqua Whitening Cream
Moisturizer yang terbaik semestinya dari hasil kajian yang mendalam dan pemilihan bahan yang teliti untuk bagi manfaat optimum pada kulit.
- Niacinamide
- Mempercepatkan dan membaiki kulit yang Kemerahan & Terbakar Matahari, Serap kelembapan Sampai ke Lapisan Kulit Terdalam, juga dikenali sebagai vitamin B3, berguna untuk kulit yang menua. Menolong membaiki tona kulit tak sekata.
- Selain daripada itu ia juga mampu membuat kulit lebih cerah, membersih, dan tegang serta dapat mengawal minyak/sebum berlebihan di wajah. Niacinamide juga mampu mengecutkan pori besar.
- Kesannya diformulasikan dengan ekstrak herba yang tembus masuk dalam kulit, pulih dan stabilkan tahap lembapan dalam kulit, menjadikan kulit lebih berseri.
- Camellia Japonica Seed Oil
- Non-comedogenic iaitu tidak menyumbat liang pori pada kulit dan tidak menyumbang kepada jerawat.
- Ia juga baik pulih kekeringan dan kerosakan kulit akibat sunburn,
- dan yang paling penting, dia boleh simpan lembapan jauh ke dalam lapisan kulit paling bawah supaya kulit wajah kekal segar sepanjang hari.
Tapi sebenarnya banyak lagi selain 2 killer kandungan di atas, antaranya ,Ekstrak Root Angelica Acutiloba, Ekstrak Cnidium Officinale Root, Ekstrak Buah-buahan Florida Gardenia, Ekstrak Root Paeonia Albiflora, Ekstrak Daun Ekstrak Pinus Densiflora, Prunus Armeniaca (Apricot) Minyak Kernel, Ekstrak Rehmannia Chinensis dan sebagainya.
Terokai Kelebihan Moisturizer Terbaik Aqua Whitening Cream
Effek Pencerahan Yang Power
Salah satu benda paling best pasal moisturizer water based terbaik ni ialah dia boleh bagi kulit kita nampak lebih cerah. kulit tidak lagi kusam, sebab bila guna pelembap muka ni disebabkan kandungan produk ini yang sangat-sangat best. Rupanya bahan Niacinamide dalam produk Aqua whitening cream ini sangat-sangat membantu mencerahkan kulit kita juga tau.
Kelembapan yang tak terhingga
Tidak pernah lagi kita lihat pelembap muka yang mampu menghasilkan water drop selepas kita oles beberapa kali dan terus menyerap ke dalam kulit. Moisturizer water based Aqua Whitening Cream tidak berhenti atas permukaan sahaja, dia pastikan kulit kita lembap sampai ke dalam, so kita punya kulit nampak lembut dan bermaya dan paling best dapat efek bouncy selepas itu. Lagi satu aku nak kongsikan tekstur dia sangat sangat ringan, tidak likat. Memang ‘watery based’ dan semestinyalah sesuai dijadikan moisturizer untuk kulit berminyak. Jadi bila ia diletakkan di muka aku rasa sangat macam ringan Sahaja dan tak menyumbat pori. Macam kita letak air dimuka, sejuk dan ringan jer.
Repair Kulit Muka Sunburn
Dekat Malaysia ni, kalau tak nak jadi lobster, kena lah melindungi kulit dari sinaran UV. Jadikan rutin pemakain Krim muka ni jadi macam perisai, bagi lapisan pertahanan terhadap sinar matahari yang bahaya. Ia dapat membantu Membaiki SunBurn & Redness dengan baik.
Dekat atas tadi aku ada sebutkan beberapa bahan dalam moisturizer terbaik Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature antaranya camelia japonica seed oil ini lah membantu menghalang kulit kita dari rosak dek sinar UV dan atas sifat ‘water based’ ini ia membantu menyejukkan pula kulit kita.
Primer make up Terbaik
Kalau nak tahu cara make up tahan lama dan cantik, korang kena prep muka dengan betul. Aqua Whitening Cream ni boleh dijadikan sebagai primer sebab tekstur ringan dan lembab pelembap muka ni memang buat boleh buat kita senang hati, boleh apply dengan smooth je atas kulit. Jadi macam ritual kecantikan yang menyeronokkan pula setiap hari.
Yang penting ia melembapkan kulit, make up lebih pigmented dan lebih tahan lama. Terbukti tau, sebab kawan-kawan aku siap tanya kenapa make up nampak stay lama, apa lagi aku pun share lah produk nih .
Sesuai untuk Semua Jenis Kulit
Tidak kisah kulit kita kering, kulit berminyak, atau campur-campur, moisturizer water based ini memenuhi keperluan pelbagai jenis kulit. Jadi asas untuk siapa saja yang nak nampak glowing. fast-absorbing, refreshing dan tidak melekit.
Yang paling best ia tidak mempunyai kandungan merbahaya, no harmful ingredients. Tidak ada Paraben, tidak ada Alkohol, tidak ada Sulfate. So memang sesuai untuk semua orang.
Cara Pakai Mosturizer Dengan Betul
- Lepas bersihkan muka, urut dengan lembut krim ni kat muka dan leher. Dalam beberapa saat, titisan air akan muncul kat kulit.
- Tepuk dan oles sahaja kulit sampai pelembap muka ni meresap sepenuhnya.
- Boleh tambah dengan sunscreen, primer dan seterusnya foundation untuk dapatkan hasil makeup yang lebih tahan lama dan glowing
Jaga dan Semailah Kecantikan Anda
Dalam pasaran memang banyak pilihan penjagaan kulit, Krim Pencerah Aqua Hansaegee Nature bersinar macam 1 panduan sejati. Tingkatkan rutin penjagaan kulit korang dan semoga mendapat manfaat yang sebaiknya..
Kalau korang nak tahu lebih lanjut boleh tengok website and social media Hansaegee
- Website: www.hansaegee.com/shop
- IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
- FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
- Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
No Comment! Be the first one.