District 21 IOI Putrajaya yang memang sesuai untuk anak-anak beriadah

Macam mana aku tau pasal tempat district 21 IOI erk? haaa.. dari wassap group. bila dok tanya mana nak bawak anak p jalan dalam masa hujan sekarang nih . Tempat aktiviti adventure untuk anak-anak,

so one of my fren yang suggest tempat ni. Katanya budak-budak confirm akan enjoy. Orang tua pun akan enjoy. Tetapi mesti kena ada parents sekali untuk masuk. Gambar-gambar ini masa iman sekolah rendah, dan tidak semua tempat dia orang boleh masuk dan main yer.

district 21 ioi

Makanya… masa cuti selepas krismas acara survey pun and tinjau tempat dulu ngan iman. Yerlah kan mana tahu merbahaya atau tidak. Keselamatan okay ke tak.

Tapi Alamak dia tergedik gedik dah nak p situ. Acaner nih .sbb tengok semua aktitviti agak lasak untuk seorang mak follow. (ekceli maknya malas nak berpeluh) hhehehe

so janji dengan iman tunggu weekend baru kita mai semula. Korang rasa dia bole tahan ? hahahaha, bernanah telinga nak jawab soklan dia bila nak pergi.

district 21 ioi

Unfortunately iman demam pulak dah… so janji ngan dia  kalau dia dah kebah baru okay untuk pergi.. nnt dia tak enjoy pulakkan.  so pada hari yang dijanjikan pagi pagi lagi dah bangun si hero ni. mujor demam dah okay .

Baca : Tempat menarik di Kuala lumpur

Harga Tiket District 21 ioi

Fees sorang RM55 harga promo lepas ni naik RM75 per person.. untuk omak yang follow ni kena bayar rm15 kut… errr.. rasanyalah.. sebab papanya yang bayar.

Bagi aku tempat ni sangaaatt bagus untuk lepaskan anak anak yg asyik melekat ngan gadget gadget.. haaa berpeluh peluh iman and mr. asben.  nampak sgt derang enjoy walaupun bak kata asben aku .. memang letih gilerr dan sakit jugak tulang belulang.

Aku rasa sekarang ni ada promosi district 21 ioi birthday promotion

Harga Tiket District21 terkini

Harga Tiket Walk-InAktif (RM)Pelawat (RM)
Hari Biasa6410
Hujung Minggu/Cuti8010

malas nak cakap byk.. heheh tapi korang boleh tengok gambar gambar iman and papanya enjoy sangat sangat [tweetthis]berbaloi bawak anak ke district 21[/tweetthis]berbaloi bawak anak anak ke #district21 ] tu. nak kata mahal ker murah dengan harga rm55.. nak tgk dari segi peralatan semua tu dengan krew yang ada berbaloi ler sgt kan. pergi fun fair pun mahal jugak kalau campur semua main.

Pergi district 21 ioi ni dok lah berapa lama pun sampai tak larat heheheh… so parents out there..

bring ur kids ke sini. confirm derang enjoy sesangat

District 21

media-library-modern-mum_s-thingy-wordpress-27

IOi Putraja

Add Comment

error: Content is protected !!