Pernah tak korang rasa kalau pergi ke butik butik handbag ternama di Pavillion or KlCC rasa akward? Rasa tak selesa. hehehhe.. yer itulah yang aku rasa. Serba salah rasa nak beli barang. Rasa macam kita sedang diperhati atas bawah. Tapi eh ! korang pernah dengar Butik Sellection Premium Outlet?
Table Of Content
Haaa.. ini yang aku nak kongsikan betapa aku sangat sangat happy dengan layanan mereka. Bagi aku faktor layanan ni sangat sangat penting untung aku samada terus membeli atau terus keluar! Orang putih cakap customer service or hospitality.
Bila cakap pasal handbag ni sesetengah orang perempuan memang boleh jadi gila. Ada yang memang follow trend ada yang tak kisah sangat. Kalau sembang dalam group wassap cakap pasal handbag memang semua tak putus putus lah bercerita. Orang laki tak faham semua nih hahaha
Harga barang branded ni bukan murah, dari range RM500 hinggalah yang Ratus Ribu. Tanyalah mana mana perempuan semua ada perasaan ingin memiliki handbag branded. Kawan aku ada bag Hermes tauu… tapi kalau aku pakai Hermes mesti orang tak percaya hahahah betul dak? Cubalah google harga hahaha.. nangisss..
Pendek kata, setiap wanita dalam hati tu mesti rasa nak memiliki handbag branded walau sebiji.
Tipulah kalau kata tidak…
Menabung untuk beli handbag, jadi kenalah berbaloi
Disebabkan harga yang memang beribu ringgit aku sendiri sebenarnya menabung untuk mendapatkan handbag branded ini. Masa mula mula nak hidup banyak benda yang kita letakkan prioriti, bila dah stabil barulah aku rasa aku bersedia memiliki branded handbag.
Yer…. 10 tahun kerja baru dapat merasa handbag Coach yang pertama. Memang rasa confiden tu lain macam hahahah. Lepas tu dah sampai umur sekarang ni dah 47 kan, aku rasa sesekali kenalah rewardkan diri sendiri. Aku jarang membeli handbag tapi kalau nak beli aku prefer yang betul betul elok dan tahan lama yang penting Original.
Aku rasa koleksi handbag aku tak sebanyak orang lain. Aku rasalaa…. Hingga kini bajet untuk dapatkan handbag samada tabungan, ada duit ekstra atau pun ada special occasion. Purata aku beli handbag ni 1.5 tahun untuk 1 handbag baru sejak tahun 2010.
Kalau tahun lepas aku beli handbag sebab dapat pulangan duit Wang Tidak Dituntut yang kedua. hheheh… dapatlah seketul Tory burch tapi tu pun ada cerita hahhaha.. aku beli melalui PS nanti aku kongsikan dibawah.
Kali ni aku sebat handbag di Butik Sellection hheheh atas sebab lain. Husband aku dah niat bila settle masalah dia nak belanja aku plus untuk belated anniversary 4 March haritu . Kalau ikutkan aku tak nak berbelanja masa sekarang ni tapi dia cakap dia dah niat. ( sayang jugak dekat bini dia kan)
Dahulu, aku beli handbag sewaktu travel sahaja
Normally memang aku beli sewaktu travel aku akan pergi ke mana mana premium outlet. alaaa macam JPO dan GPO kita. Tapi opkoslah harga lebih murah. Kenapa aku suka beli sewaktu travel sebab murah sebab once masuk malaysia mestilah ada tax. Aku memang akan beli 2.
Eh, tapi pengalaman ke watertown premium outlet di Perth tak sama pulak macam di US dan UK, macam tak endah je bila aku masuk ke outlet dia orang. So … aku tak beli. Gotemba Premium outlet pulak harga mahal nak mampus.
Tapi sekarang dah tak boleh travel! Huwaaaa…. aku rasa 3 tahun lagi baru berani nak travel.
So macammana? Takkan aku nak kena beli dekat butik di Pavillion nak cari Personal Shopper pun ada yang genuine ada yang tak. Aduiii takut.
Jadi sewaktu aku google pasal handbag fake vs original aku nampaklah butik sellection ni dan lagipun geng blogger UN pun dah selalu membeli di sini . Harga memang tak bolehlah banding yang aku pernah dapat sewaktu travel sebelum-sebelum ini laa….
Mestilah ada tambahan kos berbanding kita pergi sendiri Lojiklah kan, jadi tak bolehlah bandingkan harga ‘apple to apple’. Tapi dari segi ORiginality aku memang confident!
Layanan Butik Sellection memang ada ‘class’
Kalau korang tengok entri aku sebelum nih aku selalu share tips shoppingkan. Paling best shopping of course di New York. Masuk Premium OUtlet dekat sana memang gigil, gigil tengok barang hahhaa. Barang murah dan layanan staff dia orang memang bagus.
Memang aku terkesima dengan layanan mereka.
Masa tu pun aku rasa pelik, kenapa baik sangat dia orang ni. Padahal aku orang asia. Tapi yerlah, masih ada gap sebab faktor bahasa dan culture yang berbeza. Aku rasa Puan rafidah (owner butik sellection) pun menyedari aspek ni sewaktu dia menjadi Personal Shopper dulu, maybe disebabkan pendedahan dia dahulu dia brief staff pastikan memberikan layanan yang baik kepada pelanggan seperti Premium Outlet di sana
Memang bijak !
Kalau korang masuk butik butik di pavillion tak pakai baju yang elok, or handbag yang cikai tak payahlah nak berangan nak masuk sana. Eh.. aku sorang yang rasa macam ni? Or aku yang low esteem ker? Yang pastinya aku memang tak selesalah. Padahal dulu anak sedara aku sendiri kerja di butik Coach, lepas tu dia pindah ke MK, LV and now Hermes, aku tetap rasa tak selesa. Walaupun boleh dapat harga diskaun dia aku masih rasa tak berbaloi.
Tapi kalau itu yang aku rasa, macam mana aku nak membeli.? Dahlah harga pun lebih mahal. hehhe harga mahal tapi nak jugak masuk butik itu kan. hehhe perasaan mencuba tu tetap ada.
Kita kena jadi Smart Buyer.
Bila aku masuk dalam butik ni, mula mula aku perhati dahulu. Ye aku memang observer dah namanya UX designer kaan.. hehhe . Aku tengok dulu dia orang layan orang lain. Dah dapat rentak baru sedap nak bertanya.
Aku yakin 110% Puan Rafidah aka owner butik sellection trained staff dia macam ni. Aku tengok dia memang hit the right time masa zaman skrg ni. Aku suka study pasal digital marketing, dan aku nampak Sellection.com menang award prestij dari The Brand laureate E- Branding Award untuk kategori Ecommerce bagi tahun 2020. Aku test market dekat FB ramai kawan – kawan aku tahu pasal sellection.com ni.
Aku suka layanan staff butik sellection
Aku rasa ianya salah satu butik yang menawarkan bayaran secara ansuran dan handbag boleh dimiliki dari bayaran yang pertama lagi. Patutlah ramai perempuan tahu. Akulah yang lembab hahha.
Staff Butik Sellection berjaya yakinkan aku
Walaupun aku punya ramai kawan yang kaki handbag tapi tetap tak pandai pandai jugak aku ni.. Balik balik aku pilih yang plain. Selamatlah kononnya senang nak match dengan baju. Bila aku masuk dalam butik sellection ni memang rambang mata walaupun tak sehebat butik di Pavillion.
Yang penting kita tak rasa takut nak cuba and pegang. Kebebasan berada di dalam butik sellection ni buat aku rasa selesa.
Hakikat sebenarnya, HUhuhu lama betul aku tak beli handbag di fizikal butik atau outlet. Last yang aku beli masa di Uk BIcester Village tahun 2016 dahulu.
Lepas tu aku beli secara online. Feel tu kurang, hahhaa tu belum lagi bad experience aku kena hadap, aku order online melalui PS dan delay hampir 4 bulan. Ko bayangkan betapa cuak and risaunya aku masa tu. Dahlah nak dapat duit WTD tu susah.
Sebab itu kali ini aku nekad kalau nak beli mesti di fizikal store aku nak pegang and tengok sendiri. Puncanya aku tiba tiba je rasa pelik kenapa handbag tory burch aku ni macam senang nak terkupik .. huhuhu … Mulalah rasa was was original atau tidak, kira ni baru setahun je aku pakai ni.
Kena cuba baru tahu
Berbalik pada kisah aku beli handbag kali ini, masa aku cuba satu-satu mata aku terpikat dengan handbag ni tapi aku tak yakin. Aku rasa ini bukan style aku, memang lari betul dengan taste aku yang simple minimalis.
Dia pujuk aku letak dan pakai dibadan. Walla…. terus aku rasa macam WOW!!. nampak lain sangat aku rasa. Anak dan laki aku pun terus immediate cakap memang nampak kelas. Kalau tak kerana dia yakinkan aku untuk mencuba memang aku tak dapat ‘ perasaan’ itu. Anak aku tu beria cakap memang ini terbaik untuk aku. Owh anak aku ni suka follow program di youtube pasal brand, memang dia ni ada taste jugak sebenarnya.
Now i know, betapa kita kena experience and feel juga. Rupanya design yang aku pilih ni adalah limited edition. Tapi sebelum aku decide tu, aku teruskan dengan design yang lain juga, untuk pastikan betulkah itu yang aku mahukan. Staff sellection layan je aku hahaha.
Aku bukan apa, nak test juga betulkah pilihan aku kali ini. hahhaha.. terukkan aku … Betul jugak dia cakap, disebabkan ianya limited edition kita payah nak jumpa orang pakai handbag yang sama.
Setelah 1 jam lebih di dalam butik sellection akhirnya aku grab handbag coach ni seperti yang dicadangkan. Dari 6 pilihan narrow down kepada 2 dan akhirnya 1 ini. Balik rumah bila unboxing, anak and laki aku yang beria cakap good choice and memang lain dari yang lain. Aku pun heran kenapa dia orang ni pulak yang suka sangat sangat.
Thanks to 2 orang staff butik sellection yang berjaya yakinkan aku.
seronok baca pengalaman akak. best yer merasa bawa beg mahal. bila lah ada peluang tu…
Lawa lawa! Yes smart pilihan handbag akak. Nina pun baru jer shopping kat sini. Yup puashati dengan layanan derang. Superb
lawa kak pilihan akak. cun melecung. tq bg tips.
Cantik pilihan akak. Kalau camni layanan dorang, memang bestlah nak shopping. Seronok sikit nak pilih beg sampai jumpa yg puas hati..
Cantik ni Kak Azni ..Mmg kena gan Kak azni .. Bagus laa ada yang bagi pandangan masa nak membeli.. dapatlah kita buat pilihan dengan tepat kan kak ..
ihhh.. xleh tengok banyak2 nanti tergoda
Simple & cute !! Barula meskom.. kihkihkih
Aduh lawanya semua..tak tau dah nak pilih mana kalau sampai sana..hahaha. Ni rasa nak terjah juga ni
dah lama tak beli handbag, aduyai tergodanya…rambang mata tengok semua handbag semua tu, cantik-cantik belaka…
Terbaek, sis loveee butik ni
Syok baca.. jenjalan shopping cari beg idaman 😍😍
Woww sangat. Rambang mata dibuatnya…
Bestnya shopping handbag branded. I loike…next time bolehlah try terjah butik Sellection😍
Cantiknye handbag flower2
Cantik beg pilihan Kak Azni.