Nasib baik aku sempat pergi Buffet Ramadhan Four Points by Sheraton Puchong. Serius best and mantop mantop menu dia. Memang bulan ramadhan nih tak putus putus dengan jemputan buffet. Alhamdulilah syukur. Tapi itulah aku nak cakap, best lah buffet ramadhan kat sini.
Table Of Content
Buffet Ramadhan Four Point by Sheraton Puchong 2018 kali ni didatangkan khas dengan tema Warisan Sajian . Juadah menyajikan makananan yang pelbagai juga. Walaupun kebanyakkan hotel pasti menyediakan Kambing Golek dan Satay tapi ada sesuatu yang istimewa pasal satay di sini.
Harga Berbaloi
Untuk minggu terakhir ini, Hotel four Points By Sheraton ini menawarkan hanya RM78.00 dewasa dan RM39.00 untuk kanak kanak. Mesti korang terkejut kan. Memang tak dapat harga macam ni di Kuala lumpur atau selangor.
Maka tak hairanlah aku tengok FULL HOUSE pada hari yang aku pergi tu. Family, Corporate, OFis mate dan artis Maya Karin pun aku jumpa hari tu.
Memang berbaloi baloi.
Pilihan Modernmumtingy untuk Buffet Ramadhan Four Points
hahaha standardlah aku, aku mesti suggest makanan apa yang best dan wajib untuk korang cuba.
- Asam laksa
aku memang akan test banyak tempat yang offer laksa or asam laksa. Anak tokay laksa, macam ni lah .. hahaha. Tapi asam laksa dia orang ni memang best ya amat. Kuah dia tu memang mantop. Tengah menulis ni pun dah kecor air liur. Power! - Satay
Aku selalu marah laki and anak aku yang akan amik satay setiap kali pergi buffet. hahah tak puas puas. Tapi satay di sini luar biasa. Anak aku yang mula mula terjah dan rasanya 2/3 kali dia ulang. Bila dah pekena secucuk .. betul memang sedap. Jadi korang yang akan kesana nanti jangan lupa lah yer terjah kaunter satay.
Warisan Sajian Buffet Ramadhan Four Points
Pilihan makanan memang banyak. Kalau aku nak tulis satu satu memang lah jenuh. hahah.
Juadah itu antaranya pelbagai jenis nasi dari nasi kandar, nasi putih, nasi goreng. Noodles pulak seperti, asam laksa, mee kari nyonya,
Kambing bakar? opkos lah ada. Tak lengkap lah buffet ramadhan tak kambing tu. hehe tapi yang rare aku tak jumpa dekat tempat lain. Ada yong tau fu. hehhe yang rare ni lah yang aku suka nak cuba.
lauk pauk seperti Kurma kambing, ayam masak kicap, ikan keli berlado, sotong kunyir, sup tulang. Ulam ulaman tu opkos lah ada. Kuih muih , sayur sayuran complete semua’
Haa itu belum lagi kebab dan seafood bakar bakar and version goreng pun ada. Tapi aku terkilan tak sempat nak sambar ketam goreng tu. Aduii tengok meja sebelah makan tu melelih air liur aku.
BACA : Nak makan hotel lain? boleh refer senarai buffet ramadhan hotel di kuala lumpur and selangor
Ambience
Aku suka setup interior design disini. Walaupun berkonsep terbuka tapi masih terbahagi kepada seksyen seksyen tertentu. Furniture pun cantik haha. Dah namanya perempuankan. Tapi paling best ada sudut untuk kanak kanak tengok TV dan aktiviti. Coolkan.
Parking pun senang sangat. Walaupun mula mula aku cuak sbb kawasan tu memang agak pack. rupanya nya parking dibawah hotel ini bersambung dengan pusat komersil puchong. So jangan risau bab ini okay.
Orang kata tak kenal maka tak cinta. Selama harini aku lalu lalang je depan hotel ni. Tak pernah pulak nak singgah. Tak sangka makanan makanan dia memang best. Of course aku akan datang lagi nanti maybe HI tea pulak sebab tengok promo dia orang ni pun best.
Untuk maklumat lanjut:
Four Points by Sheraton
- No Tel: +60 3 5891 8855
- Email: eatery.puchong@fourpoints.com
- Website: http://www.fourpointspuchong.com/warisansajianjuadah
- Facebook: FourPointsPuchong
- Instagram: @Fourpointspuchong
sedapnya menu dan tempatnya cantik