Buffet Ramadhan 2023 | Ramadhan tiba… ramadhan tiba. Mesti terbayangkan jingles yang mengalunkan irama ini. hahha Gitu! 2 tahun kita tak enjoy berbuka puasa beramai ramai di Hotelkan. Tahun lepas ada, tapi aku rasa macam tak berapa meriah. Aku rasa mesti ramai yang rindu hamparan makanan hotel yang perlbagai dari kambing golek, nasi beriani dan juadah dessert dan manisan dalam buffet ramadan nih.
Table Of Content
Aku pernah buat entri senarai buffet ramadahan 2018, sebab aku memang suka makan buffet tapi dah makin berumur ni memang aku agak memilih. Hakikatnya pada tahun tersebut memang ramai yang memang mencari info sebegini. Jadi aku andaikan tahun ini juga ramai yang cari termasuklah syarikat-syarikat korporat
Buffet Ramadhan 2023
Aku mengandaikan tahun 2023 ini will be hit setelah kita dilanda covid tahun 2020, dan 2021 yang lalu hampir lumpuhkan industri perhotelan negara kita.
Jom aku kongsikan Senarai Buffet Ramadan 2023 Kuala Lumpur dan Selangor, senarai dari hotel 5 bintang hinggalah restoran
Korang boleh search, dan sort kolum dalam table ini (pada bahagian arrow) untuk memudahkan pencarian korang. Nak cari nama hotel ka, nak cari harga ka, semua boleh.
Harga Buffet Ramadhan memang mencanak naik disebabkan harga barang yang turut tidak stabil, tetapi inilah masanya untuk korang menikmati makanan yang pelbagai juadah bersama keluarga dan handai taulan. lain feelnya kalau makan di hotel ini.
Insyallah aku akan terus update senarai ni, update terkini pada 7 Mac 2023, if salah korang bagi tau aku okay. Juling jugak buat table ni hahhaha. Aku rasa aku aku dah buat yang terbaik untuk senaraikan best buffet ramadhan 2023
Insyallah aku akan terus update entri ini satu persatu iftar buffet ih. terkini maklumat yang aku update ini pada 7 Mar 2023.
Senarai Buffet Ramadhan 2023
Review Buffet Ramadhan
Aku sempat pergi beberapa review buffet ramadhan di sekitar Kuala Lumpur dan selangor
Review Buffet Ramadhan di Hotel Fairfield di Jalan Pahang
Aku berkesempatan review buffet ramadahan di hotel bar yang terletak di jalan pahang. Bagi orang yang ‘sedang-sedang’ pilihan makanan disini pun cukup memadai. Paling best ada disediakan durian D24 untuk para tetamu. Sesuatu yang luar biasa.
Hotel ni hotel baru tau, so dia orang tengah berusaha mencipta nama ataupun branding.
Nak tahu apa yang ada disana boleh baca entri aku Buffet Ramadhan Hotel Fairfield
Review Buffet Ramadhan di Hotel Westin Kuala Lumpr
Berbeza degan hotel Fairview, hotel ini memang di dalam kategori 5 bintang, Juadah makanan tersedia dari pintu masuk hinggalah ruangan di belakang. tepuk dada tanya selera, atau tepuk perut boleh makan ke?
Memang teramat banyak, tapi korang kena try cuba nasi beriani dan daging kambing bakar makan bersama air asam.
nih link untuk aku review hotel westin tu
Review Buffet Ramadhan bawah RM100 di dewan MBSA
Buffet Ramadhan dibawah RM100 dibawa khas oleh Selera Nusantara Catering khas untuk Buffet ramadhan 2023 ini. Bertempat di dewan Bankuet MBSA, Shah Alam, dan ianya merupakan satu lokasi yang sangat popular dengan pelbagai acara dan keramaian.
Buffet Ramadhan ini akan bermula pada 25 Mac sehingga 20 April 2023, 6.30 petang sehingga 9.30 malam
Setup tempat ini biasa-biasa sahaja. Tapi masakan dia sedap sangat sangat, serius weh. Makanan tak banyak macam tempat lain. sedang-sedang elok untuk perut kita.
Makanlah Buffet Ramadhan dengan berhemah
Walaubagaimana pun kemeriahan buffet ramadhan selangor ini bukan sahaja makanan yang lazat, tetapi juga suasana yang meriah dan mesra bersama keluarga dan rakan-rakan. Setiap kali aku menghadiri Bufet Ramadan, aku teruja melihat kepelbagaian makanan yang disediakan, termasuk manisan tradisional, lauk pauk dan minuman segar.
Macam aku cakap di atas, pada tahun 2023, bufet Ramadan akan menjadi lebih menarik kerana banyak restoran dan hotel telah menambah hidangan baharu pada menu mereka.
Namun, kita tidak boleh lupa bahawa bulan Ramadhan adalah bulan ibadat dan penyerahan diri kepada Allah. Oleh itu, kita harus berhati-hati untuk tidak makan berlebihan ketika berbuka dan pilih makanan yang sihat dan berkhasiat untuk tubuh anda.
Tips Makan Buffet Ramadhan
Sewaktu menghadiri Buffet Ramadhan, ada beberapa tips yang boleh diambil kira untuk menikmati hidangan dengan selesa dan menjaga kesihatan pada masa yang sama. Berikut adalah beberapa tips yang boleh dipraktikkan:
- Mula dengan makanan yang sihat – Ambil makanan yang sihat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan terlebih dahulu sebelum mengambil hidangan lain yang lebih berat. Ini akan membantu untuk mengisi perut dengan makanan yang sihat dan mengurangkan keinginan untuk makan lebih banyak.
- Pilih hidangan yang sedikit berbeza – Jangan mengambil hidangan yang sama berulang kali kerana ini akan menyebabkan anda cepat kenyang. Sebaliknya, cubalah untuk mengambil hidangan yang sedikit berbeza setiap kali anda mengambil makanan. Ini akan memberi anda peluang untuk mencuba pelbagai hidangan dan menjaga keseronokan semasa menikmati Buffet Ramadhan.
- Kawal saiz hidangan – Ingat bahawa Buffet Ramadhan bukan perlumbaan untuk makan sebanyak mungkin. Oleh itu, kawal saiz hidangan dan ambil hanya secukupnya sahaja. Jika anda makan dengan terlalu banyak, ini akan menyebabkan anda merasa tidak selesa dan tidak menikmati hidangan.
- Minum air secukupnya – Pastikan anda minum air secukupnya semasa Buffet Ramadhan. Ini akan membantu anda merasa kenyang dan memastikan tubuh badan anda sentiasa terhidrat. Jangan minum minuman manis atau berkarbonat kerana ini hanya akan menambah jumlah kalori yang tidak diperlukan.
- Berbincang dengan kawan-kawan – Buffet Ramadhan adalah masa yang baik untuk berkumpul dengan kawan-kawan dan keluarga. Jangan terlalu fokus pada makanan semata-mata. Ambil masa untuk berbincang dan bersosial dengan orang sekeliling anda.
Akhir kata, aku nak mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Jaga kesihatan dan jangan lupa pilih makanan sihat selepas bufet Ramadhan. Terima kasih kerana membaca blog aku hari ini.
Menariknya. Senang nak buat pilihan berbuka puasa dengan family nanti.
Banyaknya Buffet Ramadan…
Banyaknya Buffet Ramadan…
Banyak rupanya buffet ramadhan puasa nanti..boleh la bawak family