Ibu bapa mana yang tidak berasa gembira apabila melihat anak-anak berjaya dengan kehidupan masing-masing. Terasa indah sangat apabila anak-anak gembira dan bahagia dengan kejayaan hidup masing-masing. Selain itu, makin membanggakan apabila anak-anak tersebut bahagia dan berjaya di dunia dan di akhirat.
Table Of Content
- Asyraf Khalid Berjaya Berkat Bimbingan Mentor Yang Betul
- Perubahan Asyraf Khalid Kini Terlihat, Mengerti Hidup Dunia Akhirat
- Datuk K Cemburu Dengan Kesungguhan Mentor Anaknya Itu Dalam Membimbing Usahawan Agar Berjaya
- Untuk Berjaya, Jangan Pernah Berlagak Seolah-Olah Pandai Dan Tidak Mengharapkan Bantuan Daripada Mereka Yang Arif
Inilah perasaan yang sedang dilalui oleh Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa tatkala anak lelakinya Asyraf Khalid berjaya mempamerkan sebuah kejayaan besar dalam hidupnya. Seperti yang kita ketahui, Datuk K sememangnya sudah terkenal sejak dulu lagi sebagai salah seorang usahawan terkenal. Kini, anak lelakinya pula telah berjaya mewujudkan sebuah perniagaan dengan nama Mutyara.
Asyraf Khalid Berjaya Berkat Bimbingan Mentor Yang Betul
Asyraf Khalid telah berjaya membawa nama perniagaannya setelah mendapat bimbingan daripada Mentor yang betul iaitu Datuk Wira Dr Azizan Osman. Perubahan Asyraf Khalid ini disebabkan telah mengikuti program Titan yang diusahakan oleh Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman sejak 3 tahun yang lalu.
Berkat kejayaan itu, dalam satu hantaran video dikongsikan Asyraf semalam melalui Instagram miliknya, Datuk K telah merakamkan penghargaan kepada Dr Azizan Osman yang dapat mengubah dan telah membimbing anaknya itu. Ucapan tersebut dibuat ketika makan malam dan sempena sambutan hari lahir Datuk K. Datuk K telah berterima kasih kepada Dr Azizan Osman kerana berjaya membimbing Asyraf Khalid dalam bidang bisnes yang dijalankan. Selain itu, Azizan Osman turut mengubah kehidupan peribadi Asyraf Khalid menjadi insan yang lebih baik dan berjaya berbanding dulu.
Di bawah ini merupakan video yang dikongsikan oleh Asyraf Khalid dalam Instagramnya yang mendapat tontonan 15,000 penonton:
Perkara ini diakui oleh Asyraf Khalid sendiri. Menurutnya,
“Membuat beliau bangga dengan saya merupakan ‘big why’ selama ini. Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik,”
Perubahan Asyraf Khalid Kini Terlihat, Mengerti Hidup Dunia Akhirat
Dulu Asyraf Khalid merupakan budak nakal dan selalu mengecewakan Datuk K selaku bapanya serta merasakan dirinya tersebut tidak mampu untuk mencapai kejayaan. Disebabkan itu, Asyraf Khalid ketika ini sangat gembira dan bersyukur kerana berjaya membuatkan ayahnya berbangga dengan pencapaiannya selama 3 tahun dalam dunia perniagaan.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.
“Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini,” jelasnya.
Dalam pada itu, Asyraf Khalid telah melihat Datuk Wira Dr Azizan Osman sebagai mentor yang terbaik buat dirinya. Bagi beliau, Dr Azizan Osman bukan hanya membimbingnya mengenai bisnes semata-mata, malahan turut membimbing secara holistik termasuk kepimpinan dan perhubungan sesama manusia serta bersama Maha Esa.
Malah nilai-nilai murni yang ada dalam lingkungan anak didik Azizan dan RichWorks ini membuatkan beliau menjadi insan yang lebih baik.
“Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan,” ujarnya.
Datuk K Cemburu Dengan Kesungguhan Mentor Anaknya Itu Dalam Membimbing Usahawan Agar Berjaya
Sementara itu, Datuk K dalam ucapannya juga turut mencemburui dan kagum dengan kebolehan yang dimiliki oleh mentor anaknya itu dalam melahirkan ramai usahawan jutawan yang berjaya.
View this post on Instagram
“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat.
“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya
sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.
“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana
tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” jelasnya.
Sementara itu, Datuk K turut mengingatkan supaya usahawan yang berjaya agar tidak melupakan individu yang masih merangkak dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan sebagaimana yang diperolehi oleh mereka.
“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi ‘be humble, more humble and more humble’, ajar mereka untuk capai kejayaan,” ujarnya.
Untuk Berjaya, Jangan Pernah Berlagak Seolah-Olah Pandai Dan Tidak Mengharapkan Bantuan Daripada Mereka Yang Arif
Jika benar-benar rasa diri tersebut belum berjaya dan mahu perniagaan seiring dengan orang lain yang sudah berjaya, maka jangan sesekali sengaja tunjuk lagak pandai. Jika tidak mengetahui sesuatu perkara tidak apa, asalkan bertindak dengan segera untuk mendapatkan mentor yang tepat dan sanggup berkongsi segala ilmu pengetahuan dengan anda.
Mengaku tidak tahu adalah lebih baik daripada mengaku serba serbi tahu tetapi pada hakikatnya tidak pandai untuk melakukan satu perkara apa pun dengan sendiri.
Kesimpulannya, untuk berjaya anda harus mencari mentor yang berjaya. Yang paling mudah adalah dengan mengikuti kelas bimbingan Dr Azizan Osman iaitu Titanium RichWorks. Ianya juga antara pilihan yang berbaloi kerana Dr Azizan Osman mempunyai ilmu yang banyak untuk dikutip dan digunakan oleh usahawan-usahawan yang ingin berjaya.
No Comment! Be the first one.