ASTRO penipu!

Astro penipu | Korang allert tak pasal bil astro korang?Aku mmg tengah sakit hati ni… dan ini bukan kali pertama berlaku. Kali kedua. Aku memang rasa ASTRO ni penipu. Bukan hal bil ini sahaja tapi ada beberapa kes lain . Nanti aku ceritakan .

Cam kes aku ni, aku terkejut giler kut, tiba2 naik jadi RM172. dan ini kali kedua terjadi. nasib baik aku check.!. Mentang2 lah aku buat direct debit depa amik kesempatan. Reason why direct debit ni untuk elakkkan terlupa bayar bil. tapi kalau dah macam ni, rasanya kena pikir balik nak jadi direct debit atau tak.

Aku memang geram kalau orang kacau plan kewangan aku nih. Bayar mahal oit

Bila aku call punyalah susah nak dpt.kali pertama call, customer service ni pun pelik and dia minta aku hold dulu sbb nak tanya supervisor kut. pastu terputus. Sepatutnya dia orang call balik lah kan. Nampak tak? Maknanya customer service pun tak tahu nak cakap apa.. Something fishy pasal Astro nih. korang rasa?

korang agree ke kalau aku cakap Astro penipu

Macam aku aku cakaplah Ini kali kedua terjadi. So masa aku call kali kedua customer service ni cakap ini  billing teknikal issue. Kalau sebulan maybelah… tapi still kena pulangkan duit… tapi ni 2 bulan beb. Rata rata aku tanya kawan aku ramai yang tak alert. nampak tak … pandai ASTRO nih…

Haa.. aku siap ckp lagi ni kes mmg nak menipu pengguna. Aku tak salahkan customer service ni, kesian jugak dia orang , tapi nih game orang atas depa kut nak kaut keuntungan pada pengguna.  Tang depa kemainkan.  

Customer service ni kata akan pulangkan balik duit untuk 2 bulan yang lepas. Aku nak tengok betul tak depa pulangkan duit. Kes sebelum ni aku lupa nak follow up duit pulangan. kalau 100 org depa tipu mcm ni. mcm mana kalau 1000?, 10,000 orang? . tak sabar jer nak potong astro ni. cuba korang kira.. cam kes aku RM30.00 kenaikan bil  ini untuk 10,000 orang.. perghh… depa dpt extra income RM300,000 kowt.

Rupanya bukan aku sorang yang kena… ramai jer mangsa lain… tapi tak semua orang bising.

astro penipu
astro penipu

Pernah tak dapat offer dekoder atau promosi baru ?

Masa nak offer tu kemain, takder kontrak lah.. amik jer, konon sebab pelanggan setia untuk astro. Tapi bila aku nak potong masa aku mengamuk bil yg pertama tu ..derang ckp aku ada kontrak untuk 2 tahun. Boleh macam tu.. Memang kurang ajaq betul depa nih …So aku kena tunggu untuk 1 tahun lagi sampai bulan 10. 2017.  Lepas tu memang bye bye lah ASTRO

Aku ni simpan astro sebab laki aku nak tgk bola jer… padahal jarang tengok TV d ah. memang rasa tak sabar sangat nak potong. So kali ini aku saja simpan info ni blog supaya aku ingat kenapa aku marah… hahah biasalah melayu mudah lupa. Jadi Okt 2017 ni aku nak tgk balik entri aku ni, kenapa aku marah ….

Mintak maaflah kepada semua pekerja ASTRO kalau satu hari company ni bankrupt or korang tak dapat bonus banyak. Aku hanya fight untuk hak pengguna saja.

3 Comments

  1. Darma Yusuf July 7, 2018
  2. Norejam Asurin December 20, 2019
    • azni December 20, 2019

Add Comment

error: Content is protected !!