Apakah amalan siti sarah ? Semalam satu hari aku rasa rakyat Malaysia suugul dan sedih. Sejak Arwah di masukkan ke ICU hari jumaat lepas boleh kata ramai yang bangun pagi akan terus check status IG Shuib terlebih dahulu.
Table Of Content
- Hidup susah senang bersama Shuib
- Antara perkongsian menarik apakah Amalan siti sarah dan shuib
- 1. Tentang mudah menjemput rezeki
- 2. Tentang adab/sahsiah juga
- 3. Tentang etika berbisnes/bekerja
- 4. Tentang kehidupan dgn pasangan/keluarga
- 5. Tentang kesihatan
- Apakah amalan siti sarah dan Shuib penting untuk kita tahu?
- Kata-kata mutiara
- Kongsikan Apakah amalan siti sarah ini
Ramai yang doakan siti sarah sedar kembali. Ramai yang simpati dengan baby baru sarah yang belum sempat menemuinya. huhuu sedihnya
Tak tahulah apa amalan siti sarah ni. Hebat sungguh! Satu Malaysia menangisi pemergian dia, semua terkesan dan berasa kehilangan.
Bak kata ustazah Asma,
“Pemergiaan dia menghidupkan jiwa-jiwa yang telah mati”
Siti Sarah adalah Artis, tetapi dia dimuliakan. Padahal dia tidak mengenali kita pun, dan kita pun hanya mengikuti dia di Sosial Media. Namun ada sesuatu tentang Siti Sarah Raisudin ini
YEr…. sesuatu !
Hidup susah senang bersama Shuib
Tertawa bila aku baca catatan sarah, dahulu mas kahwin hanya 15k tapi itu pun hutang katanya. hahahah. BIla shuib dah ada duit, dia nak bagi pada bapa sarah kena “bodoh” setepek. Simpan duit tu untuk anak katanya.
Shuib kongsikan permulaan hidup mereka di bulan puasa pun, makan di lantai beralaskan suratkhabar. Tapi siti sarah cakap dia akan Follow Shuib kemana jua
Namun, sekarang semuanya hampir terjawab bila Shuib sendiri membuat sessi live perkongsian pada hari kematiannya. Shuib nampak sedih tapi redho dan kuatnya dia menerima yang siti sarah tidak akan Kembali lagi. Memang kuat!
hampir 600k orang melihat perkongsian live shuib. Jadi aku titipkan dalam blog aku apa yang aku baca dari wasap kawan kawan-kawan dan sosial media yang lain .
Terima kasih kepada sarini yang telah berkongsi. Mohon izinkan saya simpan disini untuk simpanan peribadi saya dan mungkin ada pembaca lain yang ingin mengetahuinya
Antara perkongsian menarik apakah Amalan siti sarah dan shuib
1. Tentang mudah menjemput rezeki:
- Jangan pernah lupa solat 5 waktu
- Dengar/baca surah al-Waqiah bersama suami/isteri setiap pagi dan malam, amalan mereka laki bini dan terbukti
- Solat taubat selalu
- Banyakkan bersedekah/memberi dalam dan selalunya dalam senyap. Bak kata shuib dia pun tak tahu kepada siapa lagi sedeqah yang dia panjangkan
- Lupakan benda2 lagha/duniawi yang tak beri apa2 faedah atau pahala tak payahlah agingkan BTS, Black Pink tapi Nabi Muhammad Saw role model sebaiknya
2. Tentang adab/sahsiah juga
- Jangan sombong, jadi artis ni bila bila rezeki boleh ditarik. contohnya dia dulu 2 tahun job penuh. sekarang susah.
- Selalu tolong orang lain
- Mudahkan kerja orang lain ; terbaca perkongsian rebecca nur islam betapa dia tidak rapat dengan siti sarah tapi dia insist nak tolong sewaktu dia kena covid, kerana siti sarah yakin kalau dia mudahkan orang lain dia pun akan dipermudahkan.
- Sentiasa bersangka baik
3. Tentang etika berbisnes/bekerja:
- Ada Big Why that is in service of others (their Big Why is to provide lebih peluang pekerjaan kpd org susah)
- Ada dreams/goals yg sgt besar dan hebat (their dream is to expand Bubblebee to Makkah Madinah)
- Sentiasa usaha, sentiasa berdoa, mohon pd Allah
4. Tentang kehidupan dgn pasangan/keluarga:
- Always solat jemaah bersama
- Appreciate every moment with him/her; kita boleh lihat dia sering bergurau senda dengan shuib.
- Jadilah isteri terbaik yg membahagiakan suami, bila suami bahagia Allah redha dan semua dalam hidup akan dipermudahkan walaupun ada pelbagai dugaan
- Jadilah suami yg memimpin, yg solat berjemaah 5 waktu dgn keluarga. Jadilah imam keluarga supaya isteri respect.
- Be a provider.
- Baca buku hadith, share dgn anak2 dan isteri
- Baca Quran sama2
- Selalu ada humour in relationship
- Pasangan kita milik Allah. Semua ni milik Allah yg Allah boleh ambil balik bebila Dia nak. So make the best out of everything.
- Sentiasa BERSYUKUR. Dlm sharing Shuib, tak henti2 dia ucap syukur sebab Allah bg pinjam Sarah 11 tahun. tidak henti syukur dalam hidup yg dia dah lalui selama ni.
- Shuib ulang kali cakap rezeki dia sebenarnya adalah dari sarah, dia hanya menumpang sarah.
5. Tentang kesihatan:
- Ambillah supplements dan vitamin yg premium
- Jangan kedekut beli semua ni sbb nak jaga kesihatan kita sebelum terlambat
- Jaga pemakanan, ambik byk buah2an dan sayur2an
- Jangan kedekut dgn family utk beli barangan kesihatan utk langkah pencegahan
- Ambil vaksin supaya at least ada some protection. Dalam keluarga dia, semua covid positive kecuali Shuib, selepas maid dia terkena covid akibat lepas buang sampah kat belakang rumah dan bersalaman dgn kawan dia. Maid dah pun meninggal Jumaat lepas (innalillahi wa inna ilaihi rajioon). Shuib kata asbab dia negatif mungkin sebab dia dah ada satu dos vaksin. Arwah Sarah tak ada vaksin.
- Dia sebelum ni bukan seorang yg menjaga bab kesihatan dan pemakanan ni tapi dia dah sedar betapa pentingnya utk jaga kesihatan. Menghindar lebih baik drp terkena. Sebab kalau terkena teruk, ttidak ada uturn dah.
- Pentingnya ada oximeter dalam rumah dan terus bawak ke hospital kalau oxygen level jatuh bwh paras 96%. Dia kata satu dia kesal sbb oxygen level Sarah was already below 94% tapi terlambat bwk ke hospital, thinking that it’s ok.
Apakah amalan siti sarah dan Shuib penting untuk kita tahu?
Bagi aku sangat penting, Aku rasa seperti Allah nak tunjukkan sesuatu kepada kita. Never ever judge orang lain walaupun dia bermula sebagai artist, pengakhiran itu lebih penting.
Siapalah kita untuk menghakimi orang lain.
Kata-kata mutiara:
- Jadilah hamba sebenar-benar hamba kepadaNya
- Bila kita tengak gunung Everest tu dekat2, besar sgt gunung tu sampai tak mampu nak tengok. Tapi bila kita tengok daripada jauh, gunung tu boleh muat dlm mata kita. (Honestly I find this so intriguing and reflective alhamdulillah).
Semoga nota di atas memberi manfaat pd semua inshaaAllah. ❤️
May we be steadfast servants inshaaAllah. Amin.
sumber : sarini
Kongsikan Apakah amalan siti sarah ini
Aku sangat suka perkongsian shuib, terasa dekat di hati mungkin ikhlas dari hati. Walupun ada kala dia kelihatan sedih tapi dia tersenyum bangga dengan isterinya.
Maka terjawablah sudah Apakah amalan siti sarah, moga pencatit dan rumusan dari sarini juga peroleh pahala yang tak putus putus untuk membuat kebaikan.
Alhamdulillah… lepas dah bahagian dia… Asbab tu saya nampak ramai artis mula berubah ke arah yang lebih baik…