Sinopsis drama isteri untuk diikhtiraf sebenarnya telah bersiaran dari awal bulan Mei2018 di RTM. Aku pun tanpa tak sengaja telah mengikuti drama ini yang bagi aku menarik dan penuh geram dengan lakonan Redza Rosli.
Aku betul betul tak perasan kewujudan drama in pada mulanya kerana terlampau fokus pada drama NUR di tv3. Nasib baik aku sempat marathon untuk episod sebelum ini.
Agak cliche percintaan diantara watak orang kaya dan orang miskin, tapi watak sekelilngnya seperti lakonan sheila rusli sebagai mentua yang agak evil, watak along sejuk je lihat dia yang membuatkan orang tertanya tanya kenapa tiba tiba dia muncul.
Watak ana julia yang amat menjengkelkan tapi rupanya adalah sepupunya sendiri.
Cerita terus berkembang dengan beberapa plot yang agak menyakitkan hati dengan tingkah laku Tengku wildan sehinggalah dalam ig dia digelar #wildanthesetans. INi yang membuatkan aku terus nak menonton drama ini.
Sinopsis drama isteri untuk diikhtiraf
Mengisahkan Safiyya (lakonan Elvina Mohamad) menjadi yatim piatu apabila ibu-bapanya terlibat dengan kemalangan jalan raya. Semenjak itu dia dibesarkan oleh datuknya di kampung. Masa berlalu Safiyya telah menamatkan pelajarannya di universiti dan gigih mencari pekerjaan. Suasana di hari pengebumian ibu bapanya agak sedih, dimana bapa saudara dan ibu saudaranya mencadangkan dia diserahkan kepada rumah anak yatim.
Namun datuknya tidak sanggup melepaskan saffiya semasa kecil, dan membesarkannya terus sehingga berjaya dalam pelajaran. Kerana itu saffiya terhutang budi dengan datuknya dan hanya ingin bekerja di kawasan kampung namun nasib tidak menyebelahi.
Dengan bantuan kawannya Yati, Safiyya mendapat beberapa pekerjaan. Tetapi tidak bertahan kerana sering berhenti kerana gangguan di tempat kerja. Kali terakhir Safiyya bekerja di hotel tapi pada hari pertama bekerja dia telah cuba diperkosa Tengku Wildan (lakonan Redza Rosli) anak Tengku Hairie (Arash Mohd) tuan punya resort
Akibatnya, Safiyya melarikan diri dan mengambil keputusan tinggal di kampung sahaja.
Tanpa disangka-sangka Tengku Hairie datang ke kampung dan menemui Datuk Safiyya atas urusan jual beli tanah. Terpesona dengan kejelitaan dan kebolehan Safiyya, Tan Sri Tengku Hairie mengatakan hasratnya untuk meminang Safiyya dan dikahwinkan dangan anaknya Tengku Wildan.
Raja Mona (lakonan Sheila Rusly) dan Tengku Wildan menentang cadangan ini tetapi bapanya tetap dengan keputusannya. Safiyya juga menentang keras apabila diberitahu datuknya mengenai cadangan Tengku Hairie.
Tengku wildan akhirnya akur kerana mengimpikan jawatan CEO bila ayahnya pencek kelak.
Datuk Safiyya jatuh sakit dan dalam keadaan serba salah Safiyya menurut kemahuan datuknya untuk berkahwin. antara skrip dalam Sinopsis drama isteri untuk diiktiraf
Sampai sahaja di bilik, terus Tengku Wildan mengunci pintu bilik. Safiyya terus merenggangkan tangan Tengku Wildan dari pinggangnya. Namun, lelaki ini lebih pantas bertindak memeluknya. Terkejut Safiyya lantas menolak dada Tengku Wildan dengan tangannya.
“Siapa pandai-pandai main kat bawah tu? Macam mana boleh terlanggar abang aku kat bawah tadi? Siap pegang-pegang lagi kenapa?” Bertalu-talu soalan meluncur dari mulut Tengku Wildan. Bernanah hatinya melihat Tengku Wafie yang tidak berkelip memandang Safiyya. Namun, dia tidak salahkan Tengku Wafie dalam hal ini. Tengku Wafie pun belum mengenali Safiyya lagi. Dan isterinya ini pun pastinya tidak mengetahui kepulangan Tengku Wafie semalam kerana Safiyya pulang lewat malam tadi.
“Manalah saya tahu abang awak ada pulan,” balas Safiyya. Dia masih cuba melepaskan dirinya daripada Tengku Wildan.
“Kenapa turun bawah tak pakai tudung tadi?” soal Tengku Wildan tadi. Bau wangian dari tubuh Safiyya membuatkan dadanya berombak kencang. Wajah mulus Safiyya direnungnya. Memang cantik.
Maka bermulalah kesengsaraan Saffiya. Tengku Wildan hanya berpura – berpura melayan Safiyya dengan baik bila berada di depan keluarganya saja, namun sebenarnya Tengku Wildan melayan Safiyya seperti orang gajinya saja. ini lah antara intipati Sinopsis drama isteri untuk diikhtiraf
Dalam masa yang sama Tengku Wildan mabok cinta Ana Julia (lakonan Janna Nick) namun pada awalnya Ana Julia tidak melayan Tengku Wildan sehinggalah dia mengetahui status sebenar Tengku Wildan yang merupakan anak orang kaya, barulah Ana Julia cuba berusaha untuk menjadi isteri Tengku Wildan. Paling menyakitkan hati, tengku wildan sanggup membawa saffiya sekali semata mata untuk dating bersama ana julia.
Semuanya kerana kasihkan Datuk yang membesarkannya dari kecil
Kesian dekat Saffiya..
Baru sekali layan cerita ni. Mungkin masih belum mendapatkan feel dalam hati.
bagus juga ada masa terluang untuk menonton TV..
saya agak sibuk kebelakangan ini..
sembas imbas sahaja drama-drama Melayu dalam TV
Kalau ade novel ni utk dijual tlg bgtahu ye