Tips simpan duit raya untuk anak anak. Memang sungguh tak sangka iman sangat-sangat menghargai duit raya yang dapat kali ni. Mungkin sebab dia dah pandai kira duit kut, maklumlah.. matematik darjah 2 dah makin susah.,haha. so dah main angka-angka besar. Dan boleh paham angka puluh, ratus and ribu
Entahlah.. maybelah kan.. tapi aku sebagai mama dia, kiranya macam dapat satu kepuasan bila dia pandai value duit yang dia dapat tu. Jadi aku nak rekodkan entri ini sebagai satu info tips simpan duit raya
Untuk mak- mak Seronok setiap kali baju raya ni sebab ada alasan nak beli baju raya ikut Trend Warna Baju Raya terkini.
Aku bukan nak lahirkan dia sebagai mata duitan. Tapi aku nak supaya di beringat, atau nak didik dia bahawa bukan senang nak dapat duit ni. Kita kena latih anak-anak dari kecil bab kewangan.
Walaupun orang cakap money is not everything tapi money is something tau. Kalau tak pandai manage duit, memang hancur la. Kalau dapat duit berjuta pun tapi tak pandai uruskan kewangan memang abislah kena kikis nanti.
Tambah-tambah dalam keadaan ekonomi sekarang nih pun dah susah, macam manalah agaknya pada masa depan kan. Rasanya makin lagi tough. Jadi iman kena belajar dari sekarang.
Sebenarnya aku ada juga test dia, waktu singgah di 7 Eleven masa musim raya baru ni. Iman ada request nak singgah beli air, dahaga katanya.. so cakap kat dia, apa kata dia pakai sahaja duit yang ada tu…. “
tak nak!, pakai duit mama laaa. duit iman untuk simpan”
rasa kelakar pun ada bila dia cakap macam tuh. hahaha.. Pandai dia kan ..
“Iman nak masuk duit dalam bank lah mama”
Berbeza dengan sepupu dia yang hampir sebaya dengan iman ni. Dia memang seronok dapat duit raya tapi diberi kebebasan untuk menggunakan duit tu. Takpalah… lain orang lain cara kan. Yang penting iman paham apa yang dia lakukan.
Lagi satu aku discover something pasal iman ni. Pelik plak aku tengok cara dia kira duit ni, siap susun satu satu mengikut sampul yang dia dpt .. dan juga dia boleh ingat sapa yang bagi tu. hahahah… nak kata OCD tak pulak.. barang kat rumah bersepah tapi bab duit ni kemain pulak dia.
Smlm, sampai2 je rmh terus kira duit raya. Tp yg menariknya dia boleh ingat sapa yg bg duit raya tu bila tgk sampul jer.. lepas tu cara dia susun duit mcm tu .. hurm… nak kata ocd brg lain berterabur plak. Misteri plak rasa… nak kena paham “kenapa” … menarik utk study the other side of @imanrifqi_ ni… #kbba9 #malaysianblogger
Iman ni memang anak tunggal (setakat ni) tapi, aku ni sebenarnya takut kalau iman ni jadi mcm dalam citer anak ku sazali. Banyak orang cakap. “alaa.. anak sorang jer.. tak yah lah nak kedekut” .. urmm.. ni bukan kedekut tapi lebih mendidik kut. Sebab sorang lah lagi kita nak didik yer dak….
Kalau korang ada follow David Bechkam and posh spice yang kaya raya tu pun walaupun dah milionaire dia orang tetap suruh anak mereka Brooklyn untuk kerja di cafe sewaktu summer holiday. Rasanya ramai anak anak orang yang sukses praktik kan benda yang sama. Kita yang biasa biasa ni pula yang tak sedar diri.
Tak sabar nak tunggu iman besar. Boleh dia tahu susah senangnya kalau kerja nak dapatkan duit. Itu antara pendidikan yang paling mahal yang dia akan dapat nanti. Alhamdulillah, duit berlakon dengan izzue islam dulu, dia hanya ambil rm200 sahaja untuk beli toys, yang lain dia yang simpan.
So you see….. this is the value yang aku nak terapkan pada iman.
BACA : Iman dalam drama Mr.Maid Suami Ibu
Ini tips simpan duit raya yang aku nak share dengan korang. Sekali lagi aku tekankan, aku bukan untuk lahirkan seorang mata duitan yer, tapi lebih penting untuk anak2 paham value duit tu atau pendidikan kewangan
Tips simpan duit raya untuk anak anak paham nilai duit.
- Buat tabung untuk anak-anak dari kecik
Letak di bilik dan di ruang tamu tapi kena cakap kah itu duit dia. So kalau jumpa duit syiling boleh masuk terus dalam tu. For record, dari iman kecik sewaktu merangkak, kalau jumpa duit di lantai dia tak pernah pun masuk mulut. Otomatik dia akan masuk dalam tabung. So 2 in 1 kan.. Jadi kalau mama & papa dia letak duit syiling di meja tu dia pahamlah nnt dia akan masuk dalam tabung
- Buka akaun untuk anak
Sebaik anak lahir, pastikan korang buka akaun untuk anak. Boleh transfer duit bulanan secara online sahaja. Konsep sikit2 lama jadi bukit. Walaupun RM10 tapi istiqamah, Insyallah duit tu akan beranak. Iman ada akaun tabung haji, ASB dan juga bank rakyat. So dia memang selalu tanya berapa duit yang dia ada. Untuk orang bukan have have macam kami, rasanya ini lah sumbangan yang penting untuk kami didik dia. Owh.. untuk tabung travel yang kami sediakn RM600 sebulan tu, kami masukkan dalam tabung haji iman. Jadi iman boleh dividen and bonus. So iman juga yang untungkan.
- Bawa anak pergi bank setiap kali masuk duit
Rutin setiap lepas hari raya, memang akan bawak dia sekali untuk masukkan duit raya. Paling kelakar masa dia umur 2 tahun kut. Selepas masuk duit di kaunter, dia belek buku bank nak cari duit dia, sebab dia tak paham lagi masa tu konsep bank. Tahun ni papa dia yang bawak. Alhamdulillah duit raya + duit tabung syiling yg berjumlah RM600 dah masuk dalam ASB. (walaupun mama dia yang kena tambah rm40 untuk genapkan rm600).
- Set bajet bulanan untuk beli toys untuk anak anak.
Allocation untuk iman beli toys Rm30 setiap bulan. Mula mula memang dia akan desak nak beli toys setiap kali pergi ke Toys R Us. Tapi, makin besar dia paham kalau nak hadiah yang paling besar dia kena kumpul jumlah bulanan yang dia dapat. So dari situ dia faham nilai duit untuk barangan yang dia akan beli nanti.
- Ajar anak bersedekah.
Setiap kali hari jumaat, papa iman akan bg amount RM2 untuk sedekahkan di masjid yang dia kan pergi untuk sembahyang jumaat. Paling kelakar, iman siap mintak papa dia sediakan duit RM2 untuk kawan karibnya supaya dapat sedekah juga. hahahha….kelakarkan.
Selain dari tu kalau jumpa orang minta sedekah, dia akan minta duit dari mama or papa untuk bagi sumbangan. Moral yang dia dapat ialah, dengan nilai RM1 yang mereka dapat tu mereka boleh beli makanan untuk teruskan hidup. Mula mula kami yang suruh dia bagi, tapi seterusnya dia sendiri yang mintak untuk bagikan kepada peminta sedekah tu. Simple je kan.
Walaupun kadang2 kalau pergi pasar malam tu ada juga dia minta macam2 tapi kita lah nak ingatkan dia balik.
BACA : wajib pelajari pengurusan kewangan
Ilmu kewangan pun kena ajar
Perjalanan iman masih jauh, sementara mama & papa masih sihat dan bekerja , ini lah sumbangan yang kami dapat lakukan pada dia.Moga dia pun terus istiqamah bila besar nanti dan pandai uruskan kewangan. Benda benda macam ni tak dapat dipelajari di sekolah, tapi ianya perlu didik sedari kecil. Moga perkongsian ni dapat bantu semua orang juga.
Kami pun masih bertatih. Harapnya ada juga pembaca sudi share bagaimana nak mendidik anak dalam bab kewangan ni.
Aku ada tulis entri lain berkenaan simpan duit anak anak nih, tapi dari angle general
Semoga iman membesar sebagai Johan..
Saya simpan duit raya FL kat dlm Tabung Haji
tahniah iman, woww bnyk duit raya. Syoknya iman.. along kena campur dan bahagi 4 duit raya bila dh bercampur. Hehehe bila nak open house ni iman?
baiknya along…….
terimakasih untuk tips ini hehehe
hehehh nnt ada anak wat tau
Good boy Iman..
heheheh tqa auntie ema
Bagusnya imaan. Cepat jadi jutawan ni
Good boy, iman.. Anak saya lagi suka dengan sampul dari duit raya. Hahaha.
Jemput baca bahaya impetigo pada kanak2 : http://nurulatiqah.com/impetigo/
Hahahah ok ini lawak